About Me

Dapat Biasiswa "World Top University", Selamat Jalan Sir Afeze!

 Nak ucapkan Selamat Jalan buat adik hebat, Sir Asrul Afeze dari SMK Keladi yang akan terbang ke Scotland malam ni.

Walaupun frust sket sebab tak dapat nak tengok dia jadi Guru Cemerlang, tapi abam happy sebab dia dapat tawaran jauh lagi menarik.





Sir Afeze akan sambung master TESOL di universiti 20 terbaik dunia, iaitu University of Edinburgh, Scotland (sama alma mater dengan Dr Amalina Bakri) untuk setahun, dengan biasiswa penuh oleh MARA di bawah program khas WTU (World Top University). Gaji jalan, biasiswa pun dapat. Giler best weyh!!! 😍😍😍
Hebat anak #Kulim kita. Memang kelas yang tersendiri sangat. Dan yang penting, dapat pi tak main kabel-kabel tau!!
So abam nak doakan semoga Sir Afeze nih sehat walafiat di tempat orang, terus berjaya dan sentiasa ingat Allah walau di mana kita berada. Balik dan sumbang kepakaran untuk anak Malaysia pulak OK! @ Smk Keladi Kulim

Catat Komen

0 Ulasan