About Me

Kisah Paya Bakau Kita Bersama Pelajar Tingkatan 4 SMK Jerlun

Sambut Hari Malaysia hari ini dengan anak-anak 4 Arif melalui satu lawatan ke khazanah alam kita, iaitu Paya Bakau.
Meskipun cuma hanya ada secoet saja kat kawasan Kuala Jerlun nih, tapi fungsi sebagai benteng pertahanan semulajadi tu tetap ada.
Misi kami nak tengok akar sokongan yang ada pada pokok-pokok yang hidup kat kawasan lembap camnih. Kawasan yang jadi persempadanan Air laut dan Air tawar. Terus berkenalan juga dengan jenis pokok-pokok dia macam, bakau, Api-Api, berembang atau kedabu.








Fauna plak cuma dapat jumpa ketam kecil saja. Target nak tengok belacak jugak tak kesampaian. Air laut pon tengah pasang.
Apa pun, terima kasih buat anak-anak 4 Arif yang cukup bersemangat berkumpul pada hari cuti nih, siap basah kuyup kena hujan, demi misi ilmu kita! 💕

@ Kuala Jerlun 

Catat Ulasan

0 Ulasan