About Me

Global Teacher Prize Ke Global Teacher Award? Yang Mana Satu Nih?

 Selepas perkongsian saya bersama Datuk Amin Senin, mantan KPPM pada Sabtu lepas, ramai pula cikgu-cikgu yang pm saya tanya pasal anugerah-anugerah nih.

Kemudian bercampur-campur pulak. Ada yang sebut Global Teacher Prize (GTP) dan ada yang sebut Global Teacher Award (GTA).
OK meh saya cerita sket apa beza dua anugerah nih. Nama hampir sama, tapi serius bukan benda yang serupa!
GLOBAL TEACHER PRIZE (GTP) nih anjuran Varkey Foundation yang berpusat di London. Diasaskan oleh Vikas Pota, majlis grand dia diadakan di Dubai pada setiap tahun sejak 2015. Semua finalis ditaja untuk diraikan. Kecuali tahun nih yang di rancang pindah ke London, pastu cancel buat secara virtual saja sebab COVID-19. Dimulakan dengan umum Top 50, pastu Top 10 pastu Juara akan bawak balik USD1JUTA. So far dah ada 8 cikgu Malaysia yang diberi pengiktirafan sebagai finalis Top 50.
Info lanjut baca sini ya https://www.globalteacherprize.org/




Manakala GLOBAL TEACHER AWARD (GTA) pula adalah anjuran AKS Award yang berpusat di India. Majlis diadakan di India pada setiap tahun bermula tahun 2018. Kecuali tahun ni yang di rancang pindah ke Dubai, pastu taktau ler jadi camana. Pemenang hadir majlis atas kos sendiri. Bilangan pemenang tak sama untuk 2 tahun sudah, tapi tahun 2019 ada 70 orang guru terima. Semua sijil tertera Winner. So far ada 3 cikgu Malaysia yang diberi pengiktirafan ini.
Info lanjut baca sini ya https://aksawards.com/gta/

So harapnya lepas ni lebih jelas antara dua anugerah ni. Jangan keliru OK..

Pesan abam, dalam keghairahan kita bekerja dan mengejar anugerah, jangan lah sampai ditipu atau kena scam dengan mana-mana pihak, baik dalam atau luar negara.
Anugerah dan pengiktirafan nih diberi, bukannya dibeli!

Bak kata sahabat baik saya
Cikgu Romie
, kalau kita dapat anugerah, dan kita boleh cerita kenapa kita dapat anugerah tu, maknanya betul lah tu kita layak. Tapi kalau dapat anugerah, kita pon tak tahu kenapa dapat, haaa.. Kena belajar lah semak semak semula..
Wallahualam.

Catat Ulasan

0 Ulasan