About Me

3 Minggu Yang Mengharukan

 Sejak 3 minggu lepas, memang saya sibuk nau. Nau nau! Hari-hari ada kat sekolah, termasuk Jumaat Sabtu dan Public Holidays. Adakalanya sampai jam 6!

Nak mengumpul, nak menyedia, nak compile, nak kemas kan, keje dia memang bukan sehari dua. Kena ada komitmen, ada perancangan, ada strategi. Kadang-kadang blank, tapi mujur ada sahabat-sahabat dan pakar-pakar untuk di rujuk. Sangat membantu dan sangat berterima kasih.
Betul lah orang cakap bukan senang, nak senang nih.
Pada kebanyakan masa, orang selalu nampak masa kita dah berjaya saja. Masa kita bersusah, jarang orang nak nampak dan highlight. Sedangkan pada saya, jerit payah tu lah yang banyak kita Kena kongsi supaya jadi panduan dan pengajaran untuk orang lain juga. The struggle is real!
Apa pun saya gembira, di sebalik segala kesibukan, segala urusan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Yang paling penting, kita dah buat yang terbaik atas komitmen yang kita ada.
Semoga urusan dipermudahkan. Amin!
P/s: Special thanks untuk pentadbir, rakan-rakan guru serta staf dan anak-anak murid yang sangat banyak membantu. Sayang anda sekalian!



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Mantap sekali gan....semoga semuanya dimudahka oleh yg maha kuasa.

    BalasPadam