About Me

Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar, Baling.

Hari nih kena 'culik' dengan Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah untuk bersama-sama bantu pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar, Baling.
Tak lain tak bukan, studio yang dimulakan oleh ustad kreatif rajin lagi tersohor, Ustad Azlan Idris atau lebih dikenali sebagai Ustad Abah.
Saya tumpang bangga bila Ustad Abah maklumkan beliau mula ambik inisiatif hasilkan video PdPc ini setelah mengikuti webinar Flipped Classroom semasa musim PKP. Hingga kini, sudah lebih 60 video beliau hasilkan, dengan subscribers juga dah lebih 1.4k. Tahniah ustad!
Kejayaan usaha tersebut, studio kini akan dikembangkan lagi kegunaannya kepada rakan guru lain di sekolah beliau. Memang best lah!
Saya gembira bila usaha sebegini mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak. Macam SPI JPN KEDAH dengan kehadiran Ustad Mohd Asrulnizam, PPD Baling oleh Ustad Rosmadi, dan Pengetua SMK Syed Abu Bakar sendiri, Cikgu Md Noor sendiri. Cikgu-cikgu pon mesti lagi bersemangat pasnih.
Video konsultasi boleh tengok kat sini https://youtu.be/uaIwgEogouY
Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar, Baling.

Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar, Baling.

Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar, Baling.

Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar, Baling.

Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar, Baling.

Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar, Baling.

Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar, Baling.

Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar, Baling.

Pembangunan Studio Green Screen Pendidikan Islam di SMK Syed Abu Bakar, Baling.

Semoga studio Green screen tersebut dapat dimanfaatkan oleh lebih banyak guru dan murid di sekolah tersebut.
Oh ya, sempat jugak jumpa dengan Cikgu Roziana Mohd Sabri yang juga merupakan bekas rakan sekerja masa kat Sibu dulu. Dah jadi retis dia la ni! 🤪
P/s: Lawa dan kreatif bangat tau PSS SMK Syed Abu Bakar yang di uruskan oleh Ustad Azlan. Next post saya share gambar dia tau! 💕 @ SMK Syed Abu Bakar

Catat Ulasan

0 Ulasan