About Me

Pengajaran GTP 07: Cari Circle Positive Anda!

Cabaran sebenar dalam nak berjaya, bukan lah pada menjadi cemerlang. Tetapi untuk mempertahankan kecemerlangan tersebut.
Kata-kata saya kepada murid, Johan sekali itu nasib. Johan banyak kali, itu legend!
Nak berjaya banyak kali, kita perlu berada dalam mood sentiasa bermotivasi. Dan untuk sentiasa bermotivasi, perlu ada dalam pasukan yang positif. Pasukan yang sentiasa mendorong dan menyokong. Itu pengajaran ke-7 dalam misi 5 tahun saya mengejar Global Teacher.
Positif cara berfikirnya
Positif cara bertindaknya
Positif cara mengawalnya
Positif cara menyokongnya

Dimana Hendak Cari Pasukan Yang Positif?

Jika tak ada rakan yang positif di sekolah anda, percaya lah ada ramai lagi wujud di sekeliling anda. Maka cari mereka gunakan media sosial dan melalui seminar atau pertandingan inovasi. Great minds think alike! 💕
Saya cukup berterima kasih kepada ramai rakan-rakan yang sentiasa memahami dan menyokong usaha saya.
Orang yang negatif dan toksik pulak, saya tinggal kan sedikit demi sedikit. Yer lah, asyik komplen dan merungut saja memanjang, takkan ko nak acah Ikon, Adiwira, Edufluencer, Duta Guru bagai kan?

Catat Komen

0 Ulasan