PENDIDIKAN PASCA PANDEMIK
Sekali lagi diberi peluang berkongsi pengalaman dengan SEROJA, kumpulan guru Jawa Barat, Indonesia. Kali keempat dah untuk tahun nih.
Kali nih bagi tajuk 'Transformasi Pendidikan Pasca Pandemik di Luar Negeri'. Bersama seorang lagi narasumber (panel) adalah Pak Setiawan, pegawai pendidikan Indonesia di Belanda. Bahagian saya kongsikan tentang persiapan kita di Malaysia untuk buka sekolah minggu depan.
Transformasi Pendidikan Pasca Pandemik di Malaysia |
Tetapi yang lebih menarik perhatian audiens adalah pelaksanaan PdPc secara online di Malaysia, serta tantangan (cabaran) yang perlu diatasi. Banyak juga kisah menarik yang dikongsi guru Indonesia tentang perjuangan mereka semasa pandemik. Kita perlu banyak bersyukur, OK!
Saya turut kongsikan bagaimana kolaboratif hebat guru-guru Malaysia menerusi inisiatif cikgooTUBE, yang disokong penuh oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kerjasama guru yang sangat hebat tau. Masa meeting Global Teacher pun saya suka nak kongsikan pasal kerjasama nih, sebab susah rupanya nak suruh cikgu-cikgu bekerja sama nih.. 😂
Saya harap juga usaha ini akan terus berkembang ke peringkat lebih global, mungkin kolaboratif cikgu Malaysia dengan Cikgu luar negara suatu hari nanti pulak.
InshaAllah sampai ada rejeki untuk kita ketemu lagi ya bapak-bapak dan ibu-ibu!
0 Ulasan