About Me

Contoh Soalan Nak Guide Murid Buat Inkuiri Untuk KBAT

INKUIRI UNTUK KBAT

Saya suka bahagikan pembelajaran secara inkuiri dengan murid saya kepada tiga bahagian penting; sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti.

Untuk awal, saya biarkan murid secara berkumpulan pilih satu faktor yang mereka nak kaji supaya mereka lebih rasa excited dan dapat fokus. Ghairah nak tahu, orang kata.



.
.
SEBELUM
= Apa faktor yang kamu pilih untuk kaji?
= Apa cadangan aktiviti yang kamu nak buat?
= Apa perkara yang kamu kena kawal supaya tak ganggu ujikaji kamu ni?

Kemudian saya biarkan mereka bertebaran di bumi Allah untuk menyiasat secara saintifik. Saya akan bergerak ke setiap kumpulan, sambil membimbing mereka menjalankan ujikaji dengan soalan-soalan yang dekat dengan mereka.
.
.
SEMASA 
= Cer citer apa dan bagaimana yang kamu buat untuk menyiasat faktor ini?
= Kamu rasa, berdasarkan aktiviti yang kamu buat, bahan yang mana satu lebih cepat tersejat?

Murid mungkin gagal mengaitkan apa yang dibuat dengan konsep. Di sini lah peranan guru sebagai fasilitator untuk membawa kembali murid kepada konsep dan istilah sains yang patut mereka pelajari berdasarkan objektif pembelajaran. 
.
.
SELEPAS
= OK, apa hasil dapatan daripada ujikaji kamu tu tadi?
= Mana yang lebih cepat tersejat?
= Pasai apa yang itu lebih cepat tersejat? Apa yang berlaku sebenarnya?


Dalam kelas, maka saya mintak murid kongsikan hasil dapatan mereka tadi dengan rakan lain. Communicating, omputih kata. 

Melalui perkongsian tersebut jugak rakan lain dapat mengetahui apa hasil dapatan bagi faktor lain yang mereka tidak kaji tadi. Bak kata omputih lagi, sharing is caring gitu! 

Ok, anda rasa menarik tak? 

Kalau tak faham, boleh tonton video penuh kat https://youtu.be/CS5O1JJhNGg. 

Kalau tak faham jugak, terus tanya kat komen di bawah ok! 😘

Catat Ulasan

0 Ulasan