About Me

9 Tips Urus Kewangan Bagi Cikgu Muda

Pengurusan kewangan bagi cikgu muda yang baru posting memang merupakan satu cabaran. Baru pegang gaji sendiri, duit sendiri, maka banyaklah benda yang nak rasa dan beli. Apatah lagi komitmen pada awal karier nih memang lain macam sket. Masa nih lah nak simpan duit untuk komitmen yang besar, macam untuk kahwin, untuk beli kereta, untuk beli rumah, nak bantu keluarga, nak modal berniaga. Itu belum lagi nak guna untuk gaya hidup, macam nak beli baju pakai, gajet, barang mekap dan lain-lain yang sebelum nih, mampu tengok saja. 


9 Tips Urus Kewangan Bagi Cikgu Muda Baru Posting
9 Tips Urus Kewangan Bagi Cikgu Muda Baru Posting


Saya sendiri struggle untuk 5 tahun pertama bekerja dalam menguruskan kewangan sendiri! Cukup makan saja. Tambah lagi menarik, sebab cikgu-cikgu nih ada slip gaji dan senang buat loan, maka ramai lah yang datang mengerumun nak offer macam-macam tawaran. Maka sebab tu tak hairan, ramai kalangan pendidik yang akhirnya terperangkap dengan jerat kewangan nih. 

Ini termasuk dengan kena tipu oleh Skim Cepat Kaya, MLM dan perniagaan lain yang akhirnya terjerat kena bayar loan bertahun-tahun untuk benda yang tak ada. Pendek cerita lepas tu akan berada pada keberhutangan yang serius, iaitu jumlah hutang lebih daripada 60% pendapatan. Nauzubillah! Semoga kita semua dijauhkan daripada hutang. So sebelum anda dijerat dan terjerat, jom kita baca beberapa tips yang saya boleh kongsikan daripada pengalaman saya dan rakan. 



1. Keperluan atau Kehendak
Ini paling basic. Walaupun mudah, tapi ramai yang tersilap langkah. Nak bezakan, apa yang perlu, dan apa yang teringin. Jadi, buat list supaya anda clear apa yang keperluan dan apa yang kehendak. Utamakan barang keperluan daripada kehendak. Macam saya kalau teringin sangat pun nak beli gajet ke apa ke, biasanya saya letak sasaran beberapa bulan duit lebihan baru lah beli. 


Contoh barang yang boleh jadi keperluan atau kehendak



2. Catat Perbelanjaan
Ini antara benda saya buat masa mula pegang gaji. Dekat 3 tahun juga buat sebab nak catu duit. Jadi saya akan tulis berapa banyak saya nak belanja untuk makan, bayar duit kereta, sewa rumah, bil dan lain-lain. Tujuan dia supaya nampak jelas ke mana duit kita mengalir. Jadi boleh lah berhemah sket untuk bulan berikutnya. 



3. Elak MLM
Seriously benda nih paling BIG NO NO. Tak yah lah rasa cepat terpedaya sangat dengan benda-benda yang jenis takdak buat apa, takyah usaha, tapi duit boleh masuk jadi cepat kaya. Serious tipu bro! Apatah lagi bila tiba-tiba dah lama tak contact, sekali ajak pi makan belanja lah apa lah, last skali nak ajak kita join benda-benda macam nih. 


Jangan jadi mangsa mudah Skim Cepat Kaya ya!
Jangan jadi mangsa mudah Skim Cepat Kaya ya!


Modus operandi depa semua sama saja, "Ini bukan MLM" katanya. Tapi hakikat dia lebih kurang saja. So elakkan kena tipu ok, sebab satgi tak pasai anda nak kena buat loan, berhutang banyak-banyak untuk benda yang tak ada last skali. Lebih malang lagi bila benda hangus, anda plak yang kena tanggung hutang loan bertahun-tahun.

SO JANGAN!



4. Elak Kad Kredit
Masa zaman saya mula jadi cikgu dulu, memang banyak tawaran kad kredit. Semua bank pakat nak bagi free, tunggu nak jerat kita bila kita guna saja. Dan godaan ada kad kredit nih memang lah sangat tinggi! Duit tak ada, tapi boleh 'beli' barang. Huhuhu. Lepas tu ko hadap lah bunga dan interest setiap bulan tu. 

Walaupon ada yang kata guna kad kredit nih ok, takdak masalah kalau pandai urus, boleh guna masa kecemasan, etc tapi seperti yang saya kata godaan dia sangat tinggi weh. Jadi kalau anda berhasrat juga nak guna, maka fahamkan betul-betul syarat dan peraturan, supaya anda tidaklah ditipu dengan hidden charges tu. 


Bergaya dengan kad kredit, jangan sampai duit tak ada
Bergaya dengan kad kredit, jangan sampai duit tak ada


Dengan gaya hidup sekarang nih yang banyak dipengaruhi dengan kehidupan media sosial apa semua, mujor sekarang nih, dah tak banyak bank yang kejar promosi kad kredit. Semua dah tukar kepada Kad Debit. Ko ada duit, ko belanja. Ko takdak duit, duduk senyap-senyap ok.



5. Simpan 10% atau Paksa
Ini antara satu teknik simpan duit yang saya rasakan berkesan untuk saya. PAKSA! So, start awal kerja saya dah mula berkira-kira nak asingkan sedikit duit supaya boleh jadi simpanan masa kecemasan terutamanya. 

Kalau ikut teknik kawan saya, dia akan simpan 10% daripada pendapatan dia. So katakan gaji dia RM3000, maka automatik dia akan simpan RM300 setiap bulan. 


Simpan 10% atau Simpan Paksa
Simpan 10% atau Simpan Paksa


Macam saya pula, awal-awal keje dulu gaji pon ciput dan banyak komitmen lain termasuk nak bayar loan belajar dulu. Maka saya potong siap-siap RM50 jer untuk masuk ke Tabung Haji. Sengaja saya potong kecik, supaya duit tu tak terasa sangat. Kiranya, simpan terus lah, tak mau usik. Bila dah tahun ke-2 atau ke-3 baru lah saya upkan sket ke RM100 setiap bulan dan seterusnya. 

Tahun berikutnya, potong pulak ke ASB dengan kadar RM100. So benda simpanan nih kita boleh buat ansur maju berapa nak simpan. Potong je lah berapa, pendek kata, jangan sampai anda pergi korek balik!



6. Kumpul dan Beli
Nih satu lagi teknik kawalan diri yang saya guna. iaitu kumpul dulu baru beli. Katakan lah saya teringin nak beli kamera DSLR. So saya survey dulu berapa harga dia, dan akan cuba bandingkan dengan baki duit yang saya ada pada setiap bulan. 

Katakan lah, perlu ambik masa sampai 6 bulan kumpul duit, maka saya akan set betul-betul sasaran simpanan. Sebab saya langsung tak ada side income masa tu, maka duit simpanan boleh ditambah melalui pengurangan duit belanja bulan-bulan. Prinsip saya, seboleh mungkin saya cuba elak berhutang yang tak mampu bayar. Sebab saya rasa seperti tidak ada keberkatan dalam kita berhutang. Nanti akan rasa macam tak habis-habis jer bayar hutang tu. Memang menjerat kita balik tu nanti. 



7. Beli Kereta? 
Ukur baju di badan sendiri orang kata. Maka jika anda terpaksa beli kenderaan masa awal-awal kerja, buat lah pilihan lebih tepat. Beli dulu kereta dalam lingkungan mampu milik, sekitar RM40k - 50k. Tak perlu nak nampak hebat bergaya, lepas tu anda yang sakit perut nak menghadap hutang bulanan. Padahal guna kereta tu, seminggu sekali saja. 


Kereta pilihan cikgu-cikgu kat Malaysia?
Kereta pilihan cikgu-cikgu kat Malaysia?


Bukan setakat tu, bila beli kereta nih kita kena consider juga duit untuk minyak, tol, parking, road tax dan insuran, serta kes rosak dan nak baiki. Semua nih kena ambil kira jugak tau!

Ada juga yang bagi tips mudah, nak tengok kereta mana yang sesuai dengan tahap pendapatan kita. Simple saja. Kalau gaji RM3000, maka darabkan dengan 12 bulan dapatlah RM36,000. So itu ler harga kereta yang sepadan dengan gaji anda. 

Buat yang tak rasa terdesak sangat nak beli kereta, so takyah beli kereta lagi ok. Bila untuk keperluan, sebab serious anda boleh guna simpanan tu untuk lebih banyak benda yang baik. 



8. Lebih Baru Belanja
Satu lagi tips yang biasa saya amalkan adalah ada duit lebih selepas disimpan, baru lah kita belanja. Bukannya tunggu lebih belanja baru kita nak simpan. Maknanya, lepas kita dah tolak apa semua perbelanjaan bulanan yang wajib, bayar hutang apa semua, tolak siap-siap duit simpanan, baki yang tinggal tu baru lah kita untuk keperluan kita hooray hooray. 



9. Side Income
Tip akhir nih adalah jika anda nak stabilkan sket kewangan anda. Saya tak galakkan jika sehingga ini mengganggu tugas hakiki kita sebagai guru. Pendapatan sampingan ini buatlah ikut tujuan kenapa anda nak kumpulkan simpanan. Motif orang tak sama. 

Seperti saya sendiri, saya dapatkan pendapatan sampingan melalui menulis blog pendidikan pada tahun ke-5 saya bekerja. Tidak lah kaya raya, tetapi cukup untuk menampung keperluan saya langgan Internet setiap bulan. Jadi ok lah kan.


Side income guru janganlah sehingga ganggu tugas hakiki kita
Side income guru janganlah sehingga ganggu tugas hakiki kita


Ada kawan yang gigih mengajar tuisyen dan juga menjadi tutor peribadi. Terutamanya mereka yang dapat mengajar di kawasan bandar yang lebih berkemampuan. Ada yang jual online dan macam-macam lagi. Apa pun anda nak buat, tetap saya ingatkan, bahawa jangan lah sehingga tugas hakiki kita sebagai guru terganggu dan kedua, janganlah sesekali kita terjerat dengan MLM atau Skim Cepat Kaya.



OK, demikian lah sedikit perkongsian kepada adik-adik yang baru menjadi guru. Uruskanlah kewangan anda dengan baik. Jangan terdorong sangat dengan hasutan syaitan untuk membazir. Jangan tiru kawan yang melaram kemain nampak kaya, nampak hebat kat Instagram, padahal duit setiap bulan pun tak ada. 

Kena ingat, keperluan duit dan komitmen kewangan setiap orang tak sama. Mudahan kita jadi orang yang beringat masa susah dan senang. InshaAllah ada rezeki nanti saya kongsikan pulak beberapa amalan yang boleh membantu kita untuk murah rezeki pulak ya. Sampai jumpa lagi yer. Muahx!


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. The first step to monetizing bank instruments is to be aware of the different types of bank instruments that exist. Bank instruments can be classified as either secured or unsecured. Secured bank instruments are typically considered as collateral for loans.

    BalasPadam
  2. Jabodetabek private tutoring services with teachers visiting the house. Over hundreds of active tutors decide to teach various skills and lessons of the to adults ... click https://kursus-mandarin.vercel.app/kursus-bahasa-mandarin-kramat-jati.html for more details

    BalasPadam
  3. Best in addition to Most inexpensive Jabodetabek Non-public Classes, the employees and also educators come to your house, arranged your own analysis timetable which enable it to select any kind of area of analysis ... visit https://privat-inggris.netlify.app/kursus-bahasa-inggris-duren-sawit.html for more information

    BalasPadam
  4. You could will find a cheaper fee as opposed to table above, make certain again in regards to the qualifications of the teacher / Kindergarten teacher recommended to your account ... click for more detail https://ipa-exed.blogspot.com/2022/06/les-privat-ipa-di-kalideres-terdekat.html

    BalasPadam