About Me

PKP Sebulan 'Paksa' Kita Semua Untuk Masuk Dunia Pendidikan Digital

PKP selama sebulan banyak merubah dan 'memaksa' pembelajaran kita berlaku dengan cara yang berbeza.

Semua orang, 'dipaksa' masuk ke dunia digital walau tak mahu atau tak tahu. Hasilnya kita ada letusan pendigitalan ke tahap, yang mungkin kita sendiri tak jangka dan tak bersedia.

PKP Sebulan 'Paksa' Kita Semua Untuk Masuk Dunia Pendidikan Digital
PKP Sebulan 'Paksa' Kita Semua Untuk Masuk Dunia Pendidikan Digital


Masa bila lagi kita boleh saksi kan webinar online berlaku secara rakus sedangkan teknologinya sudah lama sedia ada?

Masa bila lagi kita boleh saksi kan guru-guru ghairah buat video sedangkan ilmunya ini dipelajari sudah sekian lama?

Cuma ghairahnya kita, sampai tools ringkas dan asas seperti BLOGGING, kita tak pandang sangat pon. Sedangkan potensi dia, sangat lah besar!

Tahu tak anda, pengunjung ke blog cikguhailmi.com mencecah angka 1,000,000 untuk sebulan sahaja musim PKP nih. Selalunya dalam 300,000 saja. Peningkatan lebih 300%!

Subscribers bagi YouTube channel jugak meningkat sebanyak 2,000 kepada lebih 12,000 subs, dengan majoriti 40% viewer datang melalui embedded video pada blog.

Jadi sebenarnya, ada banyak pilihan  untuk kita, sesuai dengan tahap kemahiran dan keupayaan kita dalam menyumbang tenaga dan kepakaran. Terutamanya pada saat genting musim PKP ini.

Jika kebanyakan masa kita jumpa dengan orang yang banyak cakapnya dari buatnya, maka ini lah masa untuk kita jadi orang yang banyak buatnya dari cakapnya.

Cakap pasal video, tapi satu video pon tak ada hasilkan. Boleh nampak tak beza kat situ?

Maka jom lah kita jadi orang yang buat! Jom kita buat blog! Jom kita buat video! ❤️

#edufluencers #cikgooTUBE

Catat Ulasan

1 Ulasan