About Me

Asas Pengenalan Genetik: Jom Kenal Kromosom, DNA dan Gen

Oleh sebab tak dapat nak jalan kan PdPc secara Zoom ka Teams ka dengan anak murid, maka abam pilih untuk sediakan bahan dalam bentuk video dan slaid.

Abam dah share semasa PKP nih, walaupun feedback murid kurang menarik, dan abam akan gunakan juga bahan nih selepas PKP.





Sains KSSM Tingkatan 4

Asas kepada Genetik, iaitu kajian tentang gen, pewarisan dan variasi.

Yang nak belajar pasal DNA ka kromosom ka gen ka, meh tengok video nih.

Sel - Unit asas benda hidup

Nukleus - mengawal semua aktiviti sel

Kromosom - Bebenang halus yang terdiri daripada asid nukleik dan protein.
Ada 46 kromosom yang terdiri daripada 23 pasang (kromosom homolog)
Jika kita susun mengikut bentuk dan saiz, kita panggil sebagai kariotip

Ada dua jenis kromosom
1. Autosom - gen yang mengawal sifat-sifat seperti warna mata, kebolehan gulung lidah dan jenis rambut
2. Kromosom seks - gen yang tentukan jantina, sama ada lelaki atau perempuan

DNA
Asid deoksiribonukleik terdiri daripada 2 rantai polinukleotida berpintal secara antiselari
- heliks ganda dua

Terdiri daripada nukleotida, iaitu gula deoksiribosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat

GEN
Unit asas pewarisan
Ciri individu yang diwarisi adalah seperti warna kulit, warna bulu
Beribu ribu gen dalam 1 molekul DNA

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Thank you for sharing this information driving directions mapquest it was quite helpful to me.

    BalasPadam
  2. The replies on this forum caught me off guard. I am very happy to have connected with people who share the same passion as me. Let's play poppy playtime chapter 2 together so we can discover new passions. We will see you at the game.

    BalasPadam