About Me

Top 50 Global Teacher Prize 2020: Kisah Isi Borang Sampai Impian Jadi Kenyataan!

Cikgu Hailmi finalis Top 50 Global Teacher 2020? Ya, saya sendiri pun tak percaya. Tapi, Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan. Selepas 5 kali mencuba, sampai juga rezeki saya untuk tahun 2020. Datang tepat pada masanya, kira saya.

Sebenarnya pada tahun lepas juga hampir-hampir menjadi finalis, selepas melepasi tapisan kedua, iaitu sesi interview secara video call. Dengan kurangnya pengalaman dan tanpa cukup persediaan, maka tak ada rezeki lagi. Saya redha, dan saya tunggu untuk tahun seterusnya sambil tambahbaik apa yang ada pada kerja buat saya. 


Top 50 Global Teacher Prize 2020: Kisah Isi Borang Sampai Impian Jadi Kenyataan!
Top 50 Global Teacher Prize 2020: Kisah Isi Borang Sampai Impian Jadi Kenyataan!

Dengan saingan yang cukup sengit dari tahun ke tahun, jumlah penyertaan yang semakin meningkat, maka saya rasa untuk terpilih memasuki senarai 50 Guru Terbaik Dunia itu adalah sesuatu yang saaaaaaangaaaaat mencabar. Bukan kaleng-kaleng, orang cakap. Cer tengok sket jumlah penyertaan dari tahun ke tahun. Gilo banyak!

2019 - 12,000 penyertaan untuk GTP 2020


Tapi alhamdulillah saya dipertemukan dengan ramai insan yang sentiasa tak lokek membantu dan memberi bimbingan. Antaranya adalah Cikgu Noorjahan Sultan (Top 50 Global Teacher 2016) dan Dr Khairul (Top 50 Global Teacher 2019) yang sentiasa percaya dengan kebolehan saya. 




Juga adik beradik kembar, Cikgu Azrul Arefe (SK Desa Tun Hussein Onn) dan Sir Azrul Afeze (SMK Keladi) yang sentiasa menolong proofread esei-esei saya sejak tahun 2015 lagi. Thank you, I love you all!

So meh saya share sket, apa pengalaman yang saya lalui untuk sampai ke tahap ini. Jom!



Fasa 1 : Isi Borang
Oleh kerana dah 4 kali mencuba, maka permohonan kali ke-5 nih lebih mudah sebab dah ada esei-esei yang terdahulu. Cuma nak kena murnikan supaya lebih umpphh dan sesuai kot-kot lah kalau soalan berubah. Nih contoh soalannya yer..

Q01: Cerita keseluruhan
Q02: Cabaran sebagai guru
Q03: Pendekatan mengajar
Q04: Inovasi dalam kelas
Q05: Pencapaian dalam bilik darjah
Q06: Impak kepada komuniti
Q07: Global citizen
Q08: Sumbangan anda dalam profesyen keguruan
Q09: Pengiktirafan dan anugerah
Q10: Kalau menang, nak guna duit untuk apa?


Kenangan indah ikon pendidikan Malaysia dengan mantan KPPM, Datuk Amin Senin
Kenangan indah ikon pendidikan Malaysia dengan mantan KPPM, Datuk Amin Senin

Untuk iklan GTP tahun 2019, tarikh tutup nya ialah pada 15 Oktober kalau tak salah saya. Ingat lagi, sebab hari yang sama saya ada perjumpaan dengan KPPM bersama ikon-ikon pendidikan yang lain. Dah submit, kemudian terus senyap sambil tunggu khabar berita daripada Varkey F0undation.



Fasa 2 : Soalan Lanjutan
Kemudian selang dua bulan pada tarikh 21 Disember 2019, saya terima satu emel daripada pihak Varkey Foundation untuk saya jawab beberapa lagi soalan tambahan. Agak pelik juga sebab tahun sebelumnya tak ada pulak. Interview dulu, baru isi soalan nih. Huhuhu. Tapi happy lah jugak, sebab ada jugak emel daripada depa.




So jawab lah pulak dan terus hantar semula kepada mereka. Soalan lanjutan nih tak lah susah sangat dan tak lah banyak sangat nak jawab berbanding masa Fasa 1. Antaranya adalah pasal anugerah dan pencapaian, serta momen paling bangga kita bergelar sebagai guru. 

Selepas hantar pada tarikh tutup 7 Januari 2020, maka saya pun terus tunggu lagi apa fasa seterusnya. Dengan harapan, tolong lah terus berjaya masuk list Top 50. Hahahhaa.. Malaih betui nak interview-interview plak nih. 



Fasa 3 : Interview Video Call
Seminggu selepas tarikh tutup tu, datang pulak emel menyatakan bahawa akan ada sesi interview. Huhuhu trauma lah saya. Last year tu yang tak dapat sebab sangkut masa interview lah.. Takut mimpi berulang kembali. 

Tapi saya rasa, azam saya nak buat dengan lebih baik kali nih. Tahun lepas tu rasa macam banyak sangat mistake dan kekurangan. Jadi ini peluang untuk saya tambahbaik. Apatah lagi saya dah ada pengalaman dan boleh bersedia jika soalan yang sama diajukan. 

Maka selepas set tarikh pada 20 Januari 2020, berlangsung lah sesi interview menerusi video call tu. Sebab interview jam 11.30 malam waktu Malaysia, maka saya bersedia lebih awal siap dengan pakai earphone supaya dapat dengar soalan mereka dengan lebih baik. Yer lah, English diorang kan berdesup desup, jenuh saya nak perembang (fokus) dengar. Hahahah..


Interview kali pertam secara online daripada Global Teacher Prize masa tahun 2019. Tapi gagal!
Interview kali pertama secara online daripada Global Teacher Prize masa tahun 2019. Tapi gagal!

Tepat jam 11.30 malam tu pun pihak Varkey Foundation video call. Kalau tahun 2019 cuma seorang saja interviewer, tapi tahun 2020 nih ada dua orang interviewer. Tapi bagusnya, yang sorang tu cam dan ingat saya lagi daripada tahun lepas. So, perbualan jadi lebih mudah lah sebab saya pun rasa selesa dan tak nervous sangat. 

Soalan interview pun lebih kurang sama saja, iaitu apa projek terkini kita di sekolah, apa pencapaian yang kita rasa paling suka dan etc. Saya all out saja cerita apa yang saya dah buat di sekolah dan kerja-kerja advokasi saya dalam mempromosikan Pembelajaran Abad ke-21 dan STEM di seluruh negara. Gituuu.. 


Kenangan masa rakam penggambaran bagi video Guru Adiwira PAK21
Kenangan masa rakam penggambaran bagi video Guru Adiwira PAK21

Soalan paling susah nak jawab ialah soalan kenapa anda rasa anda layak untuk Anugerah Global Teacher Prize? Huhuhu.. saya rasa majoriti kita, cikgu Malaysia pun akan rasa susah sebab kita bukan jenis pandai nak jual diri dan jual kerja buat kita nih. Ada benda yang kita rasa biasa dan tak perlu cerita pun pada siapa-siapa. Tapi saya cuba sajalah jawab yang terbaik saya boleh. 



Fasa 4 : Berakhir Satu Penantian
Dan akhirnya selepas 3 minggu dari tempoh temuduga, maka tibalah emel yang dinantikan. Sampai ke inbox saya jam 1 pagi, hampir saya tertidur. Allahuakbar... Serius saya cakap, sebaik lihat emel tu, hanya air mata saja yang mampu mengalir. No words best to describe my feeling at that time. (tiber cakap omputih..) Semua perasaan menerpa saya sekaligus, seolah-olah berakhirnya suatu penantian gembira yang sekian lama. Hanya kesyukuran pada Allah saya panjatkan atas rezeki yang dikurniakan. 


Kegembiraan yang melampaui batas
Kegembiraan yang melampaui batas

Hati membuak-buak nak cerita dan kongsi kegembiraan dengan ahli keluarga dan rakan lain. Tapi awal-awal lagi dah dinyatakan dalam emel, perkara ini sulit dan hanya boleh diceritakan sehingga tarikh pengumuman pada 27 Februari 2020, iaitu kira-kira lagi 2 minggu. Huhuhu.. tersiksa weyh nak simpan rahsia gembira lama-lama... 

Arahan mereka seterusnya adalah pegi photoshoot gambar lawa-lawa dan hantar kepada mereka untuk dijadikan gambar rasmi bagi tujuan promosi dan lain-lain. OK lah jugak kan.. Barulah senonoh sket gambar yang digunakan untuk tayang seluruh dunia tu. Hahahaha.. Nih sampel gambar saya pegi photoshoot, encem tak? 


Gambar profile yang digunakan untuk edaran Global Teacher Prize
Gambar profile yang digunakan untuk bahan edaran Global Teacher Prize


Fasa 5 : Pengumuman
Pengumuman awal sepatutnya pada 27 Februari 2020, tetapi ditunda kepada tarikh baharu. Dan tarikh keramat 19 Mac 2020 jadi saksi diumumkan senarai finalis Top 50 Global Teacher 2020. Jam 8 pagi waktu Malaysia. Ketika ini saya berada di rumah sedang kerana cuti sekolah, serta cuti tambahan kerana kuarantin bencana COVID-19. 


Cikgu Hailmi Finalis Top 50 Global Teacher Prize 2020
Cikgu Hailmi Finalis Top 50 Global Teacher Prize 2020

Cikgu Hailmi Finalis Top 50 Global Teacher Prize 2020
Cikgu Hailmi Finalis Top 50 Global Teacher Prize 2020

Bangga sangat bila kejayaan ini terpateri dalam sejarah pendidikan negara, bahawa ada anak muda dari kampung di Perlis, mengajarnya di Kedah, mencipta nama di persada dunia. Alhamdulillah, dan syukur tak terhingga Allah atas rezekinya. 

Saya ambil kesempatan ini juga nak ucapkan jutaan terima kasih buat kedua ibubapa saya, ahli keluarga, pentadbir sekolah, rakan guru, kenalan guru dan terutamanya anak-anak murid saya yang sentiasa mendoakan kejayaan saya dan sentiasa membantu memudahkan urusan saya sebagai pendidik. Saya dedikasikan kejayaan ini untuk anda semua! 


Kejayaan saya adalah kejayaan guru Malaysia di persada dunia
Kejayaan saya adalah kejayaan guru Malaysia di persada dunia

Yang paling penting adalah doakan juga semoga kejayaan ini menjadikan saya seorang yang merendah diri, tidak sombong dan tidak terpesona dengan kehebatan dunia mudah-mudahan. Doakan juga semoga saya sentiasa diberikan kekuatan dan kelapangan untuk terus berkongsi ilmu dengan rakan guru dan murid di seluruh Malaysia. Sama-sama juga kita buat yang terbaik untuk pendidikan kita. Amin!

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Tahniah cikgu Hailmi. Saya tumpang bangga 😍

    Semoga segala impian cikgu terus tercapai ke arah membantu anak didik di Malaysia.

    BalasPadam
  2. Global Teacher Prize adalah anugerah yang diberikan kepada guru terbaik di seluruh dunia untuk mengiktiraf pencapaian incredibox mereka dan menyumbangkan kepada pendidikan. Pada tahun 2020, Zane Powles dari sekolah dasar di Inggris dinobatkan sebagai pemenang Global Teacher Prize.

    BalasPadam
  3. Your shell shockers words have given a voice to the voiceless. Thank you for your unwavering commitment to justice.

    BalasPadam
  4. Making it to the Top 50 signifies that these educators have stood out among numerous nominations worldwide. It's a testament to their commitment, innovative approaches to teaching, undertale yellow and their impact on students and communities.

    BalasPadam

  5. The Global Teacher Prize is a prestigious award that recognizes exceptional teachers worldwide for their remarkable contributions to education. In 2020, Ranjit Disale, an educator from India, minecraftle won the Global Teacher Prize for his innovative approach to education and dedication to improving the lives of students.

    BalasPadam
  6. This post is a supernova, it explodes with brilliance and leaves me utterly captivated. build now gg

    BalasPadam
  7. Pengalaman yang Cikgu Hailmi kongsi menunjukkan ketabahan dan semangat yang tinggi dalam mengejar impian. Proses yang melalui beberapa fasa dari mengisi borang hingga menjalani That's Not My Neighbor sesi temuduga melalui video call merupakan pengalaman yang memerlukan persiapan dan keberanian.

    BalasPadam