About Me

Tingkatkan Prestasi Sains SPM? Kembalilah kepada Inkuiri dan Eksplorasi!

Maaf lah yer. Abam takble nak move on lagi dengan result SPM arituh. Apatah lagi bila hari ni dapat berita yang lebih menggembirakan hati. Ada benda yang dah dibuktikan.
GP Sains Kebangsaan turun dari 5.00 ke 5.19
GP Sains Kedah turun dari 4.99 ke 5.22
GP Sains Kubang Pasu turun dari 4.83 ke 5.03
GP Sains Jerlun naik dari 4.66 ke 4.17
Ranking di Kedah nombor 51/193 buah sekolah.
Manakala ranking dalam daerah plak nombor 3, selepas 2 buah sekolah premier. Kiranya nombor 1 lah bagi kategori sekolah harian biasa. Wow!
Alhamdulillah. Berjaya juga misi nak 'menumbangkan' beberapa sekolah hebat dalam daerah yang ada guru-guru pakar yang jauh berpengalaman. Terima kasih sebab sentiasa jadi sumber motivasi saya!
Memang tak sangka. Sebab bukan itu target kami. Hanya nak buat yang terbaik demi anak-anak Jerlun nih.


Tingkatkan Prestasi Sains SPM? Kembalilah kepada Inkuiri dan Eksplorasi!

Tingkatkan Prestasi Sains SPM? Kembalilah kepada Inkuiri dan Eksplorasi!

Tingkatkan Prestasi Sains SPM? Kembalilah kepada Inkuiri dan Eksplorasi!

Tingkatkan Prestasi Sains SPM? Kembalilah kepada Inkuiri dan Eksplorasi!


Dan bila berpeluang tanya seorang guru berpengalaman lebih 20 tahun juga pemeriksa, katanya kerana pelajarnya tak dapat jawab soalan KBAT. Buat pertama kalinya juga ada pelajar gagal Sains setelah 5 tahun sekolah dia maintain 100 peratus lulus.
Semuanya sebab soalan KBAT yang semakin banyak. 2020 akan banyak lagi.
Jadi apa solusi terbaik untuk baiki KBAT murid kita, sekaligus baiki pencapaian mereka dalam Sains?
Maka kembali lah ke pangkal jalan Sains, yang mengutamakan eksplorasi dan inkuiri.
Latih tubi bukan lagi satu-satunya strategi yang kita ada nak tingkatkan pencapaian murid dalam akademik. Murid perlu keseronokan, murid perlu aktiviti dan eksplorasi yang membolehkan mereka terus berfikir dan berkreativiti. Jangan sekat potensi dan keupayaan mereka!
Bila abam decide beralih sepenuhnya kepada menjalankan #PAK21 dan #IBSE dalam kelas, abam tak pernah berhajat nak tengok pada peningkatan keputusan periksa. Sebab target abam nak kembang kan potensi murid abam, dengan bagi peluang mereka untuk berfikir dan berkreativiti.
Tapi alhamdulillah, hasil pelaksanaan yang betul maka abam dah boleh menuai hasilnya sekarang. Malah lebih dari jangkaan. Semuanya bermula dengan keberanian untuk ubah cara mengajar, daripada 'guru pulun mengajar' kepada 'murid plak pulun belajar'.
Maka, apa pilihan anda sekarang? @ Smk Jerlun

Catat Komen

2 Ulasan

  1. KBAT macam mana pun,kalau penyampaian Dan pengajaran sains tidak dilakukan dengan medium yang betul Tak berguna juga,sepatutnya para pelajar perlu diajar ilmu sains Dan matematik di dalam English kerana banyak terma sains Dan matematik tidak sepenuhnya diterjemahkan ke BM lagi.selain itu,para pelajar juga akan berasa lebih senang apabila ingin melanjutkan pelajaran ke alam pembelajaran tertier.

    BalasPadam
  2. Memang betul cikgu. Pelajar perlu pendedahan sains dan matematik yang meluas bukan hanya coretan di papan putih yang rata2 pelajar lihat seperti cerita kosong yang tak masuk akal.

    BalasPadam