About Me

Refleksi Saya Untuk Tahun 2019


Tak sangka, tahun 2019 ini adalah tahun ke-13 saya bergelar sebagai cikgu. Pantas sangat masa berlalu. Masih terbuai dengan kisah kejayaan tahun 2018, tengok-tengok dah nak habis tahun 2019. Baki tahun berkhidmat rasanya ada lagi hampir 20 tahun kot. Saya sendiri pun tak tahu ke mana Allah akan channelkan diri saya ini pada masa akan datang. Namun yang penting, jaga niat, jaga tujuan, InshaAllah saya yakin Allah mudakan semuanya.







Refleksi Cikgu Hailmi untuk tahun 2019


Buat yang kali pertama baca blog saya, artikel ini adalah refleksi ke-7 tentang diri dan kerjaya saya sebagai cikgu. Setiap tahun pun saya tulis. Boleh baca refleksi nih sejak tahun
2013, 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 untuk melihat suka duka saya dalam bidang pendidikan. Benda bukan senang. Benda bukan mudah. Kadang-kadang kita suka tengok tang yang berjaya saja. Onak duri tu, siapa yang tahu kan?

Yang seronok menulis relfeksi macam nih ialah bila dapat baca balik di tahun mendatang. Sekurang-kurangnya boleh nampak apa progress yang dah berlaku pada diri kita dan kerjaya kita, yang mana mungkin boleh dijadikan suatu motivasi dan inspirasi di kala rasa down dan tak bersemangat. Siapa tahu kan?



Yes, you can do it!

BLOGGING
Secara peribadi, saya rasakan blog www.cikguhailmi.com nih lah yang memainkan peranan sangat penting dalam perkembangan karier saya sebagai guru. Majoriti mengenali nama dan kerja buat saya menerusi blog.

Dan tanpa saya sedar juga dah 7 tahun saya menulis. Seperti yang selalu saya katakan, nak buat blog tu mudah. Nak maintain tu yang perlukan kesungguhan. Sebab tu perlu terus menulis dan berkongsi kat sini supaya sentiasa relevan. Design blog yang legend dulu pun dah upgrade kepada design yang lebih mesra mobile phone. 



Design blog Cikgu Hailmi yang dah tinggal kenangan


Sehingga kini blog dah mencatatkan jumlah view hampir 33, 000, 000. Sebanyak 1,700 artikel dah ditulis, majoritinya untuk pendidikan. Perkongsian di media sosial lain juga banyak membantu perkembangan blog ini. Yang belum follow, sila gi follow na. 

Alhamdulillah saya dah ada team sendiri yang terdiri daripada bekas murid saya yang membantu menguruskan blog dan media sosial saya yang lain. Acah-acah retis gitu. Tapi, kalau harapkan kepada masa saya sendiri untuk update, memang berhuhuhu lah jawab dia. 





Pertemuan kedua Edublogger Meet Up #2



Pertemuan para
guru yang aktif berblog dalam Edublogger Meet Up #2 pada Disember lalu juga memberi lebih banyak motivasi untuk saya terus menulis. 



CERN
 Kemuncak tahun ini juga saya rasa bila terpilih bagi Program CERN International High School Teacher 2019 di Geneva, Switzerland. Tambah lagi menarik sebab saya merupakan guru Malaysia pertama yang terpilih ke program tersebut sejak lebih 30 tahun diperkenalkan. Wow!

 

CERN International High School Teacher 2019 di Geneva, Switzerland

Peluang berkenalan dengan lebih ramai rakan guru dari serata dunia, inshaAllah membuka lebih banyak ruang dan peluang ke peringkat antarabangsa lagi lepas nih. Diorang suka berkongsi. Boleh juga baca catatan setiap hari sepanjang 2 minggu saya berada di CERN. Mana tahu rezeki anda pulak kan nanti!

Rezeki juga sekembalinya saya dari Geneva, terus
dijemput untuk perkongsian di Astro Awani. Hehhe.. Merasa lah jugak keluar TV lagi sekali pada tahun nih. Tapi yang paling penting pada saya, adalah penyebaran ilmu dari sana tu dapat berlaku dengan lebih baik lagi. Sempat juga buat perkongsian di sekolah sendiri, SMK Jerlun dan bersama Maahad Hamidiah Kajang berkaitan pengalaman kat CERN. Excited budak-budak tu.

 



Perkongsian pengalaman CERN bersama ASTRO Awani



INOVASI
Alhamdulillah juga, inovasi pertama saya meGENEX yang akan dikomersialkan dah siap dicetak. Dalam fasa akhir penghasilan sebelum betul-betul boleh masuk pasaran pada tahun depan inshaAllah. Inovasi yang berkaitan dengan tajuk pewarisan genetik ini sebenarnya adalah hasil idea daripada aktiviti bersama murid dalam kelas, bila diorang asyik tak dapat jer nak ingat dengan baik. Cerita sket, kalau pakai meGENEX nih anda boleh guna bagi tajuk pewarisan genetik, penentuan jantina dan juga mutasi. Terbaik tak? ;)

 

Inovasi meGENEX bakal menemui anda tahun 2020

 
Sekalipun tak pernah bawak inovasi nih pergi bertanding, tetapi saya dah siap-siap lindungi hakcipta dengan myIPO. Jadi bila dikomersialkan nanti, tak lah rasa ada yang nak ambik kesempatan ke apa daripada idea kita. Cikgu-cikgu pun kena ingat. Bila ada idea inovasi, cepat-cepat daftar myIPO untuk lindungi idea kita tau. Mudah jer tau!



PENULISAN
Sasaran saya dalam menulis adalah, satu tahun satu buku sekurang-kurangnya. Alhamdulillah tahun 2017 dapat hasilkan buku "Pembelajaran Abad ke-21 - Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja" manakala tahun 2018 pula buku "STEM - Amalan Terbaik Bilik Darjah". 

2019 pula saya slow down sket sebab bagi laluan untuk misi meningkatkan ilmu diri.  Lagipun sibuk benau tahun nih. Idea nak hasilkan buku tu serious banyak. Bersusun je nih. Cuma masa saja yang mencemburui. Hahahaha. 





Antologi kisah 30 guru pertukaran Malaysia ke Korea. Dapatkan tahun 2020 ya!



Tapi Allah bagi juga rezeki untuk saya ada ruang masa mengumpulkan karya-karya pengalaman rakan guru Alumni KOMTEP (Korea Malaysia Teacher Exchange Programme) daripada tahun 2014 hinggalah tahun 2019. 30 artikel semuanya. Sekarang dah pun masuk percetakan, fasa akhir setting dan inshaAllah dijangka akan di pasaran pada awal tahun 2020 juga. 

Selaku Ketua Editor bagi buku "Annyeong Haseyo Cikgu! Antologi Guru Pertukaran Malaysia ke Korea Selatan" maka satu kepuasan yang tak ternilai bila dapat jadikan projek kolaboratif ini sebagai medan kami dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan guru-guru Malaysia. 





Sebahagian alumni KOMTEP dari tahun 2014 hingga 2018



So nak tau apa kisah menarik yang kami kongsikan, sila ready untuk dapatkan di pasaran tau pada tahun depan!



PELUANG RARE
Tahun ini juga saya mendapat beberapa peluang yang saya sifatkan sebagai peluang high profile. Peluang ekslusif untuk berkongsi dan mengenali orang-orang besar dalam Kementerian dan dalam pendidikan. Antaranya adalah; 





Team STEM bersama Dr Yunus ASTI untuk Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara






High Performing Teachers Bersama Pengerusi JKDPN, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid






Penilaian Finalis untuk anugerah oleh TKPPM, Datuk Sulaiman Wak dan Pengarah BPG, Datuk Maimunah




Perkongsian PLC dalam mesyuarat KPM bersama Pengarah Negeri dan Bahagian














 Perkongsian Amalan PLC di Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan 2019


 
TAHUN ANUGERAH
Tahun 2019 ini juga saya gelarkan Tahun Anugerah. Ya! Banyak sangat kot anugerah dan gelaran yang diberi kepada para guru pada tahun ini. Mungkin juga berpunca daripada hasrat Menteri Pendidikan kita, Dr Maszlee Malik yang mahu guru menjadi Adiwira masyarakat dalam usaha mengangkat kembali imej guru kita.

Saya senaraikan kat sini beberapa anugerah dan pengiktirafan guru yang saya terlibat sepanjang tahun ini. serta penjelasan cara pemilihan dan apa tujuan anugerah tersebut. Banyak sangat katanya, sampai pening.. ;)


10 guru yang mendapat Top 10 bagi pertandingan amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) anjuran PADU Education. 



10 Guru Adiwira PAK21
16 guru dari setiap negeri yang dipilih oleh JPN masing-masing atas kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Majlis penganugerahan disampaikan semasa sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pulau Pinang.



16 Guru Adiwira Kebangsaan
30 orang guru yang terdiri daripada 16 Guru Adiwira Kebangsaan dan 14 guru influencers media sosial bagi satu roadshow mengangkat martabat guru di seluruh negara.




Duta Guru Nadi Negara


25 orang guru 'berprestasi tinggi' yang dijemput khas bagi satu sesi pertemuan khas bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin bin Senin. Pertemuan diuruskan oleh Pusat STEM Negara, Dr Ihsan Ismail dan pasukan.




25 Ikon Sesi Temu bersama KPPM


Nih award yang saya dapat semasa berlangsungnya International University Carnival on e-Learning (IUCEL 2019) di UNIMAS, Sarawak.




Best Trendsetter Award


Sekali lagi diberi penghargaan oleh BTPN Kedah atas usaha-usaha menggunakan teknologi dalam pdpc di bilik darjah terutamanya.



Anugerah Khas Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kedah


Anugerah yang diberikan oleh CMN Academy kepada saya semasa penganjuran Simposium Tutor Profesional Malaysia 2019 di Universiti Putra Malaysia.



Futuristic Teacher Award


100 orang guru yang mendapat Top 100 dalam pertandingan amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) anjuran PADU Education supaya menjadi agen perubahan kepada pendidikan di Malaysia.



Edufluencer



Duta Guru Petronas
150 orang guru majoritinya berkaitan STEM yang dipilih untuk menjadi ejen perubahan pendidikan di peringkat daerah dan negeri dalam amalan terbaik. Kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pusat STEM Negara, Yayasan Petronas dan juga Teach for Malaysia. 



Duta Guru Petronas



cikgooTUBE
Pasukan guru-guru yang aktif berkongsikan amalan terbaik mereka menerusi penghasilan video pdpc di Youtube. Inisiatif diuruskan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP). Saya berbangga kerana terlibat sebagai antara jurulatih utama dalam pasukan cikgooTUBE nih bersama rakan baik saya, Cikgu Romie dan Cikgu Razif.



Bengkel cikgooTUBE pertama di BTPN Perak



Saya melihat pengiktirafan seumpama ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam mengangkat kembali martabat guru di mata masyarakat. Saya perhatikan juga bila ada penghargaan dan pengiktirafan seperti ini, maka lebih ramai guru yang berani tampil berkongsi dan mahu ambil tahu tentang apa yang trending di dunia pendidikan.

Malangnya satu lagi sisi, saya melihat dengan adanya banyak sangat pengiktirafan seperti ini, menjadikan anugerah itu jadi kurang bernilai. Ramai sangat dapat. Kurang sifat exclusive nya tu. Kadang-kadang sifat pengiktirafan yang kurang jelas, menyebabkan ramai pula yang mempertikaikan kenapa dia nih dapat, dia nih tak dapat. 

 

cikgooTUBE bersiaran di RTM1 untuk Selamat Pagi Malaysia

 
Malah jangan tak tahu, ada segelintir yang juga mula bekerja untuk anugerah. Sedangkan mereka tak sedar, ramai yang diberi anugerah sebelum ini, kerana atas kerja buat mereka yang bertahun-tahun. Kerana passion mereka.

Jadi pesan saya, berhati-hatilah dalam kita mengejar apa pun. Salah langkah, tersungkur mungkin susah dah nak bangun balik. Jaga niat. Jaga niat. Semoga usaha kita semua dipermudahkan.



MISI SENDIRI
Seperti yang saya kongsikan dalam Refleksi Saya Untuk Tahun 2018, sebagai langkah mempersiapkan diri, maka saya ambil keputusan untuk sambung pelajaran ke peringkat Master. Jarang sangat sebenarnya saya kongsikan tentang ini. Yang tahu je tahu, bak kat budak Twitter sekarang. Cikgu sekolah saya pun ramai yang tak tahu. Huhuh... 

 

Pecut hingga ke garisan terakhir

Alhamdulillah juga, di celah kesibukan masih gigih untuk terus berada pada landasan yang betul. Dah masuk Semester Akhir, sedang buat penulisan Kertas Projek yang terakhir, prosiding dan inshaAllah rezeki untuk bergraduasi pada tahun depan. 80% dah katanya. Doakan saya ya! 




PENUTUP
Sebagai penutup kepada refleksi saya sebagai guru pada tahun 2019, saya melihat saya berada pada fasa kelima dalam karier saya, iaitu fasa untuk saya bukan lagi memikirkan pasal pencapaian diri, sebaliknya fasa untuk saya membantu lebih ramai guru supaya lebih cemerlang, dan keluar dari kepompong keselesaan kita. Bukan ambil sebagai accountability, sebaliknya responsibility.


Beberapa inisiatif saya menggerakkan lebih ramai guru-guru di sekeliling saya dan di serata negara seperti menerusi penulisan buku "Anneyong Haseyo Cikgu!" oleh Alumni KOMTEP Guru Malaysia ke Korea, bantuan sokongan di telegram "Bimbingan GC to Be" untuk guru yang berminat dengan info dan tips menjadi Guru Cemerlang, serta Program Mentor Mentee saya dengan beberapa guru untuk perjalanan karier mereka dengan lebih baik. 


Setuju kan?



Hasrat saya juga pada tahun depan adalah menggerakkan program perkongsian "Cikgu Sains Kreatif" menerusi aktiviti setempat. Pakat ramai guru-guru yang berminat, kita datang berkampung kat Kedah ka KL ka, pastu kita wat perkongsian. Bayar sendiri, belajar sendiri atas minat dan keperluan profesionalisme. Dan siapa tahu, Cikgu Sains Kreatif yang bermula di Facebook dan Telegram, boleh diangkat menjadi sebuah Persatuan Guru Sains sepertimana Kumpulan Aspirasi Guru-Guru Matematik Malaysia atau lebih dikenali sebagai KAGUMM.

Apa pun rezeki dan takdir yang menanti pada tahun mendatang, doakan yang terbaik buat saya. Doakan semoga saya terus diberi kekuatan dan rezeki masa untuk terus berkongsi dengan guru-guru dan murid-murid. Marilah kita sama-sama jadi manusia yang bukan saja bermanfaat, tetapi juga memberi manfaat kepada orang lain. Amin!


Catat Komen

0 Ulasan