About Me

Bagaimana Saya Lindungi Inovasi Saya Dengan myIPO?

Baru-baru ini, selesai daripada mengikuti Sambutan Hari Guru 2019 Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, saya berkesempatan untuk berkunjung ke Pejabat myIPO Cawangan Utara di Pulau Pinang. Bagi penggiat inovasi, myIPO atau nama penuhnya Perbadanan Harta Intelek Malaysia bukanlah nama asing lagi dalam nak melindungi produk dan inovasi yang dicipta. 

 
Bagaimana Saya Lindungi Inovasi Saya Dengan myIPO?
Bagaimana Saya Lindungi Inovasi Saya Dengan myIPO?


Disebabkan berhasrat nak mengkomersialkan inovasi terbaharu saya, maka saya rasa sangat berkeperluan untuk mendapatkan dulu perlindungan terhadap produk saya ini. Tapi, serius cakap, memang tak ada pengalaman langsung atau ilmu berkaitan dengan urusan hak cipta ka apa ka semua nih. 

Bila bertanya dengan rakan-rakan yang lain, semuanya kata mudah. Tapi tak faham-faham jugak. Maka tak nak buang masa, saya terus ke tempat yang sebetulnya untuk dapatkan maklumat tentang apa yang myIPO boleh buat dan apa yang sesuai dengan keperluan produk inovasi saya.


Lokasi myIPO Penang
Kebetulan saya daripada Kulim, maka saya terus buat carian di Google tentang myIPO Penang. Kat situ dah siap ada alamat, nombor telefon, waktu operasi dan lokasi lengkap dengan GPS yang boleh terus sambung ke Google Maps atau Waze. Lokasinya mudah, dan takdek lah susah sangat saya nak cari. Kawasan parking pun ok semasa saya berada di sana.




Sebagai persediaan, sebab saya pun tak tahu sangat apa yang kena buat dan bawa, maka saya pastikan produk inovasi saya dan juga pengenalan diri saya, seperti ic juga dibawa. Mana lah tau, boleh terus daftarkan apa yang disarankan. Boleh terus tunjuk inovasi dan ceritakan. 


Alhamdulillah saya bertemu dengan staf myIPO Penang yang baik dan sangat baik. Tak sempat pulak bertanya nama, tapi sangatlah membantu. Sebab dari awal lagi saya dah bagitau yang saya memang langsung takdek pengalaman dan pengetahuan tentang perkara-perkara camni. Maka diorang pun bercerita lah dengan lengkapnya. 


Jenis Perlindungan
So saya daripada apa yang saya faham dan dapat permudahkan kepada pembaca, adalah seperti berikut. Ada 4 jenis perlindungan yang anda boleh mohon daripada myIPO, iaitu:


1. Trademark (Cap Dagang)
Cap dagang nih macam brand kita lah. Sebagai contoh inovasinya tu nama "HAILMI". Jadi saya nak lindungi nama "HAILMI" tu daripada digunakan oleh pihak lain. Perlindungan  cap dagang nih boleh dalam bentuk tulisan, atau logo, atau keduanya sekali. 


Contoh cap dagangan yang popular dan tersohor
Contoh cap dagangan yang popular dan tersohor

Untuk perlindungan Trade Mark nih bayaran dikenakan RM370 untuk permohonan, dan kena tambah lagi RM650 jika permohonan diluluskan. Tiada tarikh luput, tetapi pemohon mestilah kena renew setiap 10 tahun.


2. Copyright (Hak Cipta)
Hak cipta pulak adalah perlindungan yang diberi kepada pemilik inovasi atau produk tu lah. Dan dalam tu dia ada macam-macam jenis karya yang kita boleh lindungi. Antaranya adalah sastera, seni, muzik, filem, bunyi, siaran dan terbitan. 



Hakcipta melindungi karya kreatif sang pemilik
Hakcipta melindungi karya kreatif sang pemilik

Kebanyakkan inovasi pembelajaran especially yang berkaitan dengan board semua tu, memang kat bawah kategori nih lah. Untuk kes inovasi saya, pihak myIPO mencadangkan supaya saya melindungi produk tersebut dalam 2 kategori, iaitu Sastera (bagi melindungi manual dan tulisan dalam produk) dan juga Seni (bagi melindungi grafik yang ada pada produk)

Tempoh perlindungan adalah selama-lamanya, tak perlu renew. Akan tetapi boleh luput selepas 50 tahun kematian pemiliknya. 


3. Industrial Design (Rekabentuk Industri)
Rekabentuk industri nih lebih kepada melindungi layout bentuk-bentuk yang telah di hasilkan kita. Sebagai contoh inovasi kita adalah dalam bentuk mesin, maka perlindungan ini paling sesuai untuk kita usahakan.  


Rekabentuk industi

Tempoh perlindungan adalah sekitar 25 tahun, dengan perlu renew setiap 5 tahun sekali. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM500, dengan tambahan RM200 bagi setiap view. 


4. Patent (Paten)
Perlindungan paten nih lebih kurang macam perlindungan untuk rekabentuk industri, tetapi lebih mengkhusus kepada melindungi fungsi produk tersebut. 


Patent telefon pintar iPhone
Patent telefon pintar iPhone

Yuran sebanyak RM200 dikenakan untuk pendaftaran dan tambahan RM1100 bagi kos pencarian paten. Tempoh hayat lebih kurang 20 tahun dengan setiap tahun kena renew.


Untuk maklumat lanjut tentang perlindungan yang sesuai dengan produk inovasi anda, pembaca boleh lah rujuk di laman web rasmi myIPO untuk definisi sebenar bagi setiap perkara di atas. 



Langkah Mudah Lindungi Hak Cipta

Oleh sebab produk saya lebih sesuai dilindungi Hak Ciptanya, maka saya terus dapatkan maklumat lebih lanjut tentang urusan ini. Mudah saja, saya hanya perlu follow tiga langkah mudah seperti berikut: 


1. Borang Hak Cipta
Saya dapatkan terus daripada pejabat myIPO cawangan Pulau Pinang. Siap mintak bantuan daripada pegawai yang ada untuk bantu saya isi borang supaya tak buat silap. 


Dapatkan borang dengan perlindungan hak cipta yang sesuai daripada myIPO berdekatan
Dapatkan borang dengan perlindungan hak cipta yang sesuai daripada myIPO berdekatan


2. Borang Akuan
Yang nih ambik masa sket, sebab kita kena taip dan sediakan seperti Borang Akuan yang dicadangkan. Contoh disediakan bersekali dengan Borang Hak Cipta dan templatenya berbeza mengikut pemilik (individu, berkumpulan, agensi etc) 

Dalam Borang Akuan tu akan ada nama pemilik, nama karyanya dan maklumat lain yang berkaitan. Kemudian kena dapatkan pengesahan atau cop daripada mahkamah yang berdekatan.

Bagi dua salinan yang saya sediakan, Cas Akuan Sumpah yang di kenakan adalah sebanyak RM12.00 sahaja. Prosedur pun mudah. Jumpa bahagian Pentadbiran, kemudian tunjuk kan Borang Akuan dan Kad Pengenalan, buat Bayaran di Kaunter Bayaran dan serahkn resit. 


Cas Akaun Sumpah sebanyak RM12.00 bagi dua salinan

Kemudian ada upacara ringkas angkat sumpah, dengan angkat tangan kanan, dan membaca Akuan sumpah seperti yang tertera pada Kaunter. Pastu siap! 


3. Submit borang beserta bayaran.
Lepas dah siap Borang Hak Cipta dan Borang Akuan Bersumpah tu, maka bolehlah hantar ke myIPO yang berdekatan beserta salinan karya dan juga fi (yuran) yang berkaitan. RM15 bagi pendaftaran dan RM10 lagi untuk submit dokumen. 


Penggunaan Wang Pos memudahkan urusan saya 

Dalam RM25 jumlah semuanya. Bagi kes saya yang perlukan dua perlindungan hak cipta (Sastera dan Seni) maka jumlah keseluruhan lebih kurang RM50. Murah jer kan?  


Oh ya, semua dokumen juga boleh submit melalui pos, beserta bayaran dalam bentuk Kiriman Wang atau pun Wang Pos.

Untuk kes saya, selepas 3 hari menghantar Borang permohonan, urusan semua telah berjaya. Resit pula dihantar melalui pos. Ada nombor rujukan permohonan jugak untuk simpanan. Dan selepas 6 bulan, notis Hak cipta akan dihantar ke alamat yang diberi. Bagi yang nak cetak Sijil, boleh berbuat demikian dengan kos lebih kurang Rm50. 

Bagi kes sahabat saya, Ustaz Azmi pula jauh lebih mudah. Beliau terus berkunjung ke MYIPO Pulau Pinang dan selesai kan semua urusan tersebut, dan boleh terus dapat resit nombor rujukan permohonan Hak cipta pada hari yang sama. Anggaran urusan semua diselesaikan dalam tempoh dua jam sahaja. 

Cumanya sebagai langkah peringatan, sila bawak fotostat bahan keterangan anda be serta Surat akuan sumpah yang telah ditaip siap-siap. Nanti sampai ke pejabat, terus isi Borang, pi angkat sumpah dekat mahkamah yang sangat dekat dengan lokasi myipo Penang, buat Bayaran secara tunai atau kredit kad dan dah terus boleh dapat resit tadi di myIPO.. Kan jauh lebih mudah? 



Laman web rasmi myIPO Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Laman web rasmi myIPO Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Alhamdulillah, rasa sangat berbaloi luangkan masa untuk berkunjung ke myIPO Penang tempoh hari dengan penjelasan yang diberikan oleh pegawai yang ada. Saya kongsikan juga ilmu dan pengalamannya di sini supaya boleh membantu lebih ramai guru terutamanya dalam melindungi karya-karya kreatif dan inovasi mereka, sebelum dikomersialkan supaya tak diciplak dan ditiru sewenang-wenangnya.

InshaAllah jika dah selesai urusan mendapatkan Hak Cipta bagi produk inovasi saya ini, saya akan cuba kemaskini artikel ini dari masa ke semasa supaya boleh menjadi rujukan kepada semua yang berminat nak dapatkan Hak Cipta bagi produk mereka. 

Untuk itu, selamat berinovasi!







Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Tahniah Cikgu.

    Saya juga pernah kali pertama daftarkan Sistem Pengurusan Sijil iaitu eCerT.my pada tahun 2017 dan ambil masa 8 bulan juga untuk diberikan surat CopyRight.

    Ehsan
    http://www.ecert.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah.. kena ada kesedaran macam nih. Kalau tak, memang senang2 orang curi dan ciplak idea kita..

      Padam
  2. cikgu sy nk tnya contoh krya tuu kna submit dalm bentuk tulisn ke pic shja..

    BalasPadam
  3. syabas dan tahniah atas usaha cikgu serta terima kaseh atas nasihat yang diberikan.

    BalasPadam
  4. kalau mohon hak cipta copyright untuk hasil gambar photography kita boleh tak ? diterima tak utk hal
    macam ni....

    BalasPadam
  5. Artikel ini sangat bagus dan juga bermanfaat. Terima kasih.

    trademark Malaysia

    BalasPadam
  6. As a designer, you'll need to solicit input on your logo ideas at some point. As a client, you may wish to get feedback on designs generated for you in order to make the best selection possible. Logo designers will present work to clients or share ideas with other designers individually or in design communities in order to get honest criticism that will help them improve their skills.

    BalasPadam
  7. It was very useful for me. Keep sharing such ideas in the future as well. This was actually what I was looking for, and I am glad to come here! Thanks for sharing such information with us.
    services of digital marketing

    BalasPadam
  8. Such precisely written and explained! I love the idea behind your concept as many people fail to represent the main aim behind their whole story. So I appreciate it and I connect to every word. Looking forward to more words from your side. Cheers!

    BalasPadam
  9. The blog that you have written is quite helpful and informative. I found the exact information that I was looking for and it has helped me a lot.
    leather lounge cleaning gold coast

    BalasPadam
  10. "WebsLeagues: Your Source for cheap wordpress design services. Every company should, in our opinion at WebsLeagues, have a polished web presence without going over budget.

    BalasPadam