About Me

Harta, Pangkat, Kemewahan Bukan Rezeki Hakiki

Semakin saya berusia, saya kira semakin matang cara saya berfikir dan melihat sesuatu perkara. Jika dulu bila sebut pasal rezeki, yang nampak di kepala saya hanya rezeki berbentuk duit, berbentuk harta.

Namun sekarang, pasti cara lihatnya berbeza. Keluarga yang harmoni juga rezeki. Jarang sakit juga rezeki. Boss yang baik rezeki. Sekolah yang baik pun rezeki. Anak Murid yang baik jugak rezeki. Apatah lagi rakan yang baik. Juga rezeki!

Terima kasih untuk Cg Hafiz Mungin, yang walaupun tengah sibuk buat PhD kat UPSI, tapi masih sempat nak sarapan sekali kat Karim Corner.
Terima kasih untuk Madam Sabina, rakan Stemvengers yang ambik cuti untuk datang support talk abam di UPSI, kemudian bawak lunch kat e-Place.


Harta, Pangkat, Kemewahan Bukan Rezeki Hakiki

Harta, Pangkat, Kemewahan Bukan Rezeki Hakiki

Harta, Pangkat, Kemewahan Bukan Rezeki Hakiki

Harta, Pangkat, Kemewahan Bukan Rezeki Hakiki



Terima kasih juga Cg Goh, yang dalam perjalanan balik ke Taiping, datang jumpa Supervisor di UPSI, tapi masih sempat nak datang minum petang dengan saya kat Richiamo Coffee.
Terima kasih juga Ticer Rashidah, Guru Maahad Kajang dan suami, Prof Rasid yang ambik saya untuk makan malam di food court baru kat Pekan Lama Tanjung Malim.

Berkenal dengan orang baik-baik pun rezeki. Rezeki yang kita jarang nak nampak, tapi selalu kita dapat rasa.
Seperti yang saya katakan dengan Cg Goh semalam, dalam banyak keadaan kita jadi berjaya bukan kerana kita yang bagus. Tapi sebab disokong rezeki kita dapat family yang bagus, rakan yang bagus dan boss yang bagus.

Yang sentiasa nak lihat kita berjaya.
Yang sentiasa menyokong usaha kita.
Terima kasih semua! ❤️❤️❤️
#rezeki #kejayaan @ Tanjung Malim

Catat Ulasan

0 Ulasan