About Me

Peluang Anda Sertai Program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva 2020!

Ingat lagi tak kisah tahun nih, rezeki abam mengikuti kursus antarabangsa di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneva? Yes, kali nih anda pun berpeluang untuk turut serta dalam program yang sama, sebab iklan untuk tahun 2020 dah dibuka. Yeayyy!



Peluang Anda Sertai Program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva 2020!
Peluang Anda Sertai Program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva 2020!




Apa Program Yang Ada?
Secara ringkasnya, ada dua program untuk guru antarabangsa yang disediakan oleh CERN, iaitu International High School Teacher Programme (HST 2020) dan International Teacher Weeks Programme (ITW 2020). Yang abam pergi tu yang International High School Teacher Programme (HST 2019). Biasanya yang HST tu akan lebih awal berbanding ITW.


Peluang Anda Sertai Program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva 2020!
Peluang Anda Sertai Program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva 2020!

Kedua-dua program memfokuskan kepada bidang Particle Physics yang sangat rare. Ada bengkel, lawatan, ceramah dan pembentangan pada akhir kursus. So English kena agak ok lah jugak yer. Abam punya English pun ke laut, tapi masih boleh difahami lah.. Hahahha

So kalau tanya abam yang pengisian program satu lagi, memang abam taktau. Cuma yang confirm, adalah kedua-dua program akan melibatkan 2 minggu anda berada di CERN, Geneva!



Siapa Yang Boleh Cuba?
Guru fizik, Guru Sains, Guru sains komputer, Guru Matematik etc yang berkaitan dengan fizik zarah. HST 2019 mencatatkan sejarah bila ada guru pertama dari Malaysia yang terpilih untuk ikuti kursus tu sepanjang dah 30 tahun dianjurkan. Abam lah tu! Hehehe


Iklan bersejarah buat saya bila menyertai HST 2019 di CERN, Geneva
Iklan bersejarah buat saya bila menyertai HST 2019 di CERN, Geneva



Apa Kelebihan Kalau Dapat Kursus Nih?
1. CERN nih tempat rare. Tempat idaman ramai saintis, selain International Space Station. Hahahha. Bukan semua orang ada peluang nak masuk sesuka hati. So bila lagi nak dapat akses camnih kan?

2. Kursus nih ditanggung sebahagiannya. Kalau tak lupa saya EURO500 untuk pengangkutan dan EURO1400 untuk 14 hari kita berkursus. Meskipun tak full, tapi ingat senang ke nak dapat berjalan ke negara orang dengan kos ditanggung separuh.


Kad akses masuk ke CERN yang sangat rare
Kad akses masuk ke CERN yang sangat rare


3. Ilmu dia pasal Particle Physics sangat rare. Susah nak cari tempat lain. Apatah lagi bila anda berada di pusat segala ilmu Particle Physics. Separuh daripada saintis di dunia yang berkaitan dengan Fizik Zarah ini bekerja di CERN tau!

4. Peluang berkolaboratif dengan ramai guru antarabangsa. Biasanya satu guru dari satu negara, kecuali beberapa dari US dan Australia. Alhamdulillah, HST 2019 memberi peluang untuk saya membina rangkaian dengan rakan guru dari Sepanyol, Turki, Kuwait dan lain-lain.



Saya Nak Cuba, So Apa Saya Kena Buat?
OK bagi guru-guru yang berminat nak cuba nasib, boleh lah klik link kat bawah nih. Cuba jer, mana tahu rezeki cikgu kan pegi Geneva tahun depan. Tapi ingat! Sila isi borang dan siapkan sebelum 13 Januari 2020.


HST 2020 : https://teacher-programmes.web.cern.ch/international-high-school-teacher-programme
Akan berlangsung 5 - 18 Julai 2020.


ITW 2020 : https://teacher-programmes.web.cern.ch/international-teachers-week-programme
Akan berlangsung 2 - 15 Ogos 2020.


Yang berminat boleh lah pegi daftar dan tengok apa tugasan yang kena sedia dalam permohonan. Last year abam kena buat video 1 minute juga sebagai promo. Hehehe. Malu pulak nak tagged kat sini. So pandai-pandai korang lah buat yer.





Selain tu ada 7 esei kena buat. Bahagian A pasal pendidikan kita; pendidikan dan latihan yang kita pernah ikuti, pengalaman profesional dan tugas lain yang melayakkan kita dipilih.

Bahagian B pula lebih mencabar. Esei 1 pasal kenapa kita nak hadir kursus HST tu? Esei 2 pasal bagaimana cara kita nak sebarkan ilmu dan pengalaman kat HST tu? Esei 3 pasal amalan terbaik kita dalam menjalankan aktiviti fizik zarah dengan murid dan Esei 4 berkenaan jika ada detector baru yang nak dipasang pada Large Hadron Collider, apa nama kita nak bagi dan kenapa?



Tips Nak Berjaya Dipilih
1. Pergi lah study dulu pasal CERN, Particle Physics, Large Hadron Collider etc semua tu dulu sebelum jawab semua soalan esei dia tu... Reti lah sket kan nak goreng apa nanti walaupun tak faham.


CERN International High School Teacher Programme 2019
CERN International High School Teacher Programme 2019


2. Menjawab esei dengan cara omputih berfikir dan melihat. Kadang-kadang benda kita cerita tu, depa omputih tak boleh nak bayang ok. So, bukak minda ke international sket ok.

3. Omputih nih dia tak kalut nak mintak senarai jawatan dan anugerah kita masa kita apply. So, be honest. Ceritakan apa yang anda buat, apa yang murid anda buat. Itu pun dah cukup untuk dia dengar dan nilaikan anda!



Akhir sekali pesanan abam, walaupun anda takut, walaupun anda tak confident, cuba lah mana tahu rezeki anda! Rebut segala peluang yang ada, bagi mendapat pengalaman yang rare nih. Kalau dah memang rezeki anda, memang tak ke mana. Abam ucap Selamat maju jaya ya semua!

Catat Ulasan

0 Ulasan