About Me

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Saya Mohon Guru Cemerlang?

Antara soalan yang selalu saya dapat daripada rakan guru adalah, "bila masa yang sesuai untuk saya mohon Guru Cemerlang?" Jawapannya, dah tentu lah bergantung kepada individu itu sendiri dari segi kesediaan. Namun, saya cuba kongsikan di sini adalah tempoh masa yang sesuai untuk mohon Guru Cemerlang berdasarkan kepada tahun berkhidmat dalam gred semasa, mengikut Iklan Guru Cemerlang Tahun 2019.


Bila Masa Yang Sesuai Untuk Saya Mohon Guru Cemerlang?
Bila Masa Yang Sesuai Untuk Saya Mohon Guru Cemerlang?


Untuk permohonan Guru Cemerlang di Sekolah Rendah, berikut adalah tempoh tahun perkhidmatan, iaitu:

DG41 ke DG44 adalah tidak kurang daripada 5 tahun
DG44 ke DG48 adalah tidak kurang daripada 3 tahun

Sebagai contohnya, jika Cikgu A dipostingkan pada 3.1.2015 dengan gred DG41, beliau hanya genap 5 tahun pada 3.1.2020. Maka Cikgu A boleh memohon Guru Cemerlang DG44 pada iklan Guru Cemerlang Tahun 2021.


Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Rendah
Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Rendah


Manakala untuk Guru Cemerlang di Sekolah Menengah pula, berikut adalah tempoh tahun perkhidmatan iaitu:

DG41 ke DG44 adalah tidak kurang daripada 5 tahun
DG44 ke DG48 adalah tidak kurang daripada 3 tahun
DG48 ke DG52 adalah tidak kurang daripada 2 tahun
DG52 ke DG54 adalah tidak kurang daripada 1 tahun
DG54 ke DG GRED KHAS C adalah tidak kurang daripada 1 tahun


Sebagai contohnya, jika Cikgu M dinaikkan gred secara timebase pada 3.1.2016 dengan gred DG44, beliau hanya genap 3 tahun pada 3.1.2019. Maka Cikgu M boleh memohon Guru Cemerlang DG48 pada iklan Guru Cemerlang Tahun 2020.


Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah

Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah

Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Tempoh perkhidmatan bagi permohonan Guru Cemerlang Sekolah Menengah


Jadi untuk mereka yang berminat dengan permohonan Guru Cemerlang, pastikan tempoh perkhidmatan anda betul-betul mencukupi sebelum anda teruskan dengan permohonan. Bimbang ada yang gigit jari nanti menunggu kehadiran tuan nazir yang tak kunjung tiba.

Persiapkan diri dengan strategi dan keperluan yang perlu anda tambahbaik. Nasihat saya, ke arah persediaan menjadi Guru Cemerlang, maka cuba lah isi terlebih dahulu borang permohonan bagi mendapat idea dan gambaran awal apa yang perlu anda sediakan ke arah mencapai impian bergelar Guru Cemerlang.

Boleh juga pegi baca artikel saya pasal Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 1 (Mengisi Borang Permohonan)

Apa pun impian anda, saya ucapkan selamat maju jaya buat semua!




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Assalamulaikum Cikgu Hailmi, saya adalah guru yang mengajar di sekolah rendah,sya ingin bertanya, jika saya memohon GC untuk gred 48, saya perlu berada di Gred 44 dan telah mengajar sekurang-kurang 3 tahun.

    dan apabila saya permohonan diluluskan untuk ke gred 48, Adakah saya perlu memohon lagi GC untuk gred 52? atapun menunggu time base untuk naik ke DG 52 ? saya agak musykil di sini. harap cikgu dapat menjawab soalan saya.

    BalasPadam
  2. Executive-Education.id is a professional private tutoring institution in Jabodetabek and surroundings that can bring students with their best teachers ... click https://privatmurah.vercel.app/les-privat-duren-sawit-murah.html for more details

    BalasPadam
  3. Best and also Most economical Jabodetabek Private Instructions, our own workers as well as teachers occur home, fixed your own personal analysis timetable and will choose just about any area connected with analysis ... click https://privat-jabodetabek.netlify.app/les-privat-kemayoran.html for further

    BalasPadam
  4. This site offers private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an incorporated and accelerated method, it's hoped that this should be able to foster a generation of people with good morals... click for more information https://matematika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-matematika-terdekat-di_3.html

    BalasPadam