Rakam Video Guru Terbaik di Malaysia; Apa Lagi Pilihan Kita? |
Ada yang sambut baik, ada juga yang katakan ini bakal jadi projek gajah putih, yang nampak elok pada awalnya, tapi akhirnya tak banyak impak yang kita dapat. Silap haribulan, boleh dapat rugi pulak. So nih saya nak respon sket kepada perkara tersebut seperti yang saya kongsi di laman Facebook saya.
Saya setuju separuh. Beserta separuh lagi kena ada mekanisme lain yang boleh membantu meningkatkan kualiti guru kita.
Separuh pertama, sebab ya kadang-kadang ada kalangan guru kita, (meskipun semuanya terlatih) yang perlukan motivasi dan inspirasi untuk jadi guru yang lebih baik. Tak semua orang dilahirkan kreatif. Tapi boleh jadi Kreatif jika di bantu dan di bimbing.
Separuh kedua sebab kita dah ada banyak bahan sedia ada seperti EduWebTV, Video STEM KPM etc. Semua tu contoh terbaik dari kumpulan guru bagus yang dipilih rapi. Guru yang tak berkualiti tu boleh jer pegi Google cari dari sana.
Antara guru aktif berkongsi pengajaran di Youtube bersama Dr Amin Senin. Cg Safuan, Cg Hailmi dan Cg Romie |
Malah ramai juga guru kita yang ambil inisiatif sendiri buat perkongsian pasal pdpc menerusi video di YouTube macam Matematik kita ada Cikgu Romie, dan Sains kita ada Cikgu Hailmi (eheemmm 😂) etc. Bezanya tak viral sangat ler berbanding yang dok kongsi pasal cerita-cerita sendu. Yer lah benda-benda pedagogi nih mana lah orang nak highlight sangat.
Yang perlu difikirkan oleh kita bersama, adalah mekanisme bagi mengawal atau menguruskan guru-guru kualiti rendah seperti yang dikatakan oleh Tun M.
Sebagai contoh, dalam menjaga kualiti guru, negara-negara seperti Korea, Singapura dan banyak negara lagi, guru-guru mereka perlu ada lesen mengajar. Ini perlu diperbaharui setiap 1 atau 2 tahun dengan beberapa keperluan.
Contoh video penuh Pdpc STEM oleh Cikgu Hailmi dirakam dan diupload Youtube |
Prestasi guru dan pentadbir pula di nilai secara 360 (pentadbir, rakan sekerja, murid, ibubapa) dan penilaian holistik termasuk komitmen kerja, sumbangan luar, bilangan hari berkursus bagi meningkat Profesionalisme juga di ambil kira untuk markah prestasi.
Yang lepas markah, akan diperbaharui. Yang tak lepas diberi peluang untuk tambahbaik. Jika tak meningkat jugak akan disingkirkan dari sistem.
Saya juga pernah usulkan cadangan ini semasa menghadiri bengkel bersama Jawatan Kuasa Dasar Pendidikan Negara bagi Pendidikan STEM bersama Dr Yunos. Sekali pun ada yang 'meloncat' tapi niat saya hanya lah bagi menjaga kebajikan guru-guru kompeten, daripada terus terusan 'dibuli' guru bawah prestasi. Dan sebenarnya, jika anda guru yang mencapai kualiti seperti yang dihasratkan KPM, maka anda tak perlu risau pun!
Bengkel bersama JK Dasar Pendidikan Negara bagi Pendidikan STEM bersama Dr Yunos |
Nampak macam kejam dan tak bertimbangrasa. Tapi tidak kah kita terpikir, ketidakcekapan guru tersebut mungkin hanya menyebabkan guru yang lain juga terbeban, tak dapat perform sebab tanggung kerja dia. Sekaligus meruntun semua daripada menunjukkan potensi sebenar. Setuju tak?
Dan jika ditanya, sudah pasti mana-mana organisasi (lagi lagi swasta weyh..) pun tak mahu pekerja yang tidak kompeten dan bawah prestasi.
Sudah sudah lah kita simpan guru dan pegawai yang bermasalah dalam sistem kita. Kalau nak pegi jauh, dah tiba masa untuk kita semua sederap, berlari sama laju!
So apa komen anda pulak?
0 Ulasan