About Me

Masalah Pendidikan Guru Internasional

Social event untuk hari nih di #CERN adalah main tukar-tukar hadiah. Tapi bukan yang tu abam nak cerita. Nak cerita pasal kesamaan antara negara-negara nih bila kita kongsi pasal isu pendidikan.

Hampir semua akan sebut,
1. Budak mereka semakin tak minat sains
2. Guru kurang semangat sebab rasa tak dihargai
3. Ramai guru dalam comfort zone
4. Banyak sangat tukar kurikulum sana sini
5. Nak ubah dari teacher centred kepada lebih student centred
6. Guru susah nak collaborate antara satu sama lain
7. Murid tak bersungguh belajar
8. Bla bla bla

Masalah Pendidikan Guru Internasional









Pendek kata, isunya sama saja kat negara mana pun, termasuk yang maju. Malah saya rasa bersyukur, sebab pendidikan kita tak lah teruk sangat macam yang diperkatakan sesetengah orang tuh.

Banyak jugak yang kita mendahului, atau pun sekurangnya dah sama par dengan negara hebat lain!

Dan kami juga sepakat bahawa perubahan dan penambahbaikan yang berterusan kepada sistem #pendidikan tu adalah PERLU.

Nak jadi rentan kepada perubahan tu kena jadi guru yang DINAMIK. Kena sentiasa bergerak, berubah, boleh ubah dan boleh diubah.

Kemudian terus saya bertanya kat diri sendiri, kita guru yang mana satu? @ Centre Européen De Recherches Nucléaires






Catat Ulasan

0 Ulasan