Jutaan terima kasih buat JPN Kedah, melalui Sektor Pengurusan Akademik atas jemputan perkongsian amalan pdpc STEM bersama lebih 400 kumpulan Pengetua dan Guru Besar dari negeri Kedah Zon Utara sempena Seminar Pendidikan Revolusi Industri 4.0.
Punya ralit abam sharing sampai terlebih-lebih masa. Part hujung tu dah kena cepat-cepat sebab dah langgar masa orang lain dah. Mujor bukan slot Pengarah lepas tu. Hehehehe..
Yang penting pada pandangan abam, mana-mana guru pun perlu kan sokongan daripada Pengetua / Guru Besar untuk berkembang menjadi guru yang hebat. Bak kata omputih, leader creates leaders.
Pengalaman abam sendiri, Pengetua pertama abam di Sarawak lah yang telah membuka ruang laluan kerjaya Guru Cemerlang. Sebelum tuh, Guru Cemerlang pun abam tak tahu.
Di Kedah pula, Pengetua ketiga dan keempat banyak membina jatidiri abam sebagai guru dengan memberi ruang untuk abam cari peluang dan bina karakter sebagai pendidik berjiwa besar.
Manakala Pengetua kelima pula banyak menyedia platform untuk ilmu-ilmu tadi di kongsi dan disebar luas dengan lebih baik kepada guru lain, terutamanya di sekolah.
Seperti abam kongsikan tadi, dalam nak menjadikan sistem pendidikan kita yang terbaik, setiap pihak harus lah main kan peranan masing-masing dengan baik dan seperti yang dihasratkan.
Kerjasama lah elok-elok. Hentikanlah salah menyalah. InshaAllah semuanya akan oke-oke saja!
@ Ipgm Kampus Darulaman
@ Ipgm Kampus Darulaman
0 Ulasan