About Me

Baucer McDonalds : Istimewa Untuk Guru

Wahhhh.. Berita baik kepada semua rakan-rakan guru! Tahu tak, bersempena dengan Hari Guru pada bulan ini, McDonald's Malaysia ingin mengambil kesempatan untuk menunjukkan penghargaan kepada para guru. Penghargaan yang macam mana?


Baucer McDonald : Istimewa Untuk Guru
Baucer McDonald : Istimewa Untuk Guru (kredit Facebook)

Dengan itu juga, lebih 420,000 orang guru yang mengajar di sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan di bawah senarai yang didaftarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia akan menerima baucar untuk 1 set hidangan sederhana McChicken atau Filet-O-Fish secara PERCUMA. 

Wah besttt... Kesemua baucar telah pun mula dihantar ke Pejabat-Pejabat Pelajaran Daerah untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah. Malah ada rakan-rakan di Facebook yang telah pun mula mendapat baucer tersebut. Sorang satu jer tau!


Set hidangan McDonald's percuma istimewa untuk guru!
Set hidangan McDonald's percuma istimewa untuk guru!


Yang pastinya, jangan lupa untuk menebus baucar McDonald's tersebut dalam tempoh tarikh 16-20 Mei di mana-mana restoran McDonald's di seluruh negara. Masa terhad, maka kenalah cepat. Apatah lagi bulan-bulan puasa nih. Maka ambiklah sedikit masa untuk berkunjung ke restoran McDonald's yang terdekat.

 Kotak-kotak yang mengandungi lebih daripada 420,000 baucar hidangan McDonald's telah dihantar kepada kesemua Pejabat Pendidikan Daerah untuk diedarkan kepada  lebih 10, 000 sekolah di seluruh negara bersempena Hari Guru Malaysia pada 16 Mei.



Kotak-kotak baucer McDonald's untuk diedar kepada guru
Kotak-kotak baucer McDonald's untuk diedar kepada guru

Terima kasih McDonald's!
Terima kasih McDonald's!



McDonald’s Malaysia telah menghantar baucar-baucar makanan kepada Pejabat-Pejabat Pelajaran Daerah untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan di bawah senarai yang didaftarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.

So apa tunggu lagi? Jom kita pegi tebus baucer Hari Guru McDonald's!



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Ater mana nok dapat nih? kalau kat KPM guano nok klim?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah kan.. kalau cikgu sekolah, PPD yang hantar ikut bilangan cikgu. Tu pun ada sekolah yang tak cukup

      Padam
  2. Alhamdulillah, dh dpt kmarin. Trm ksh raun keladi mcd, thn dpn bg la lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh best,.. jangan lupa gi tebus sebeleum 20hb Mei ok cikgu

      Padam
  3. boleh order secara online gunakan baucer nie?

    BalasPadam
  4. Assalam...just nak Tanya, baucer ni hanya utk GURU sahaja @ staff sekolah pun dpt jgk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau setakat makluman daripada McDonald's memang untuk guru sahaja

      Padam
  5. Nak tebus...habis stok....esok pergi lg..habis stok...mengecewakan ... Membosankan strategi perniagaan menipu mcm ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu sy...setkat mcchiken dgn filet xkn lh hbis stock.kmu mngecewakn diri sndri ni..
      #pkerjamcd

      Padam