About Me

Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global


Baru-baru ini saya berpeluang untuk mengikuti satu lagi program yang mengimbau kembali kenangan 3 bulan saya di Korea pada tahun 2015, iaitu Sesi Debriefing bagi Program Pertukaran Guru Malaysia – Korea (KOMTEP) 2018. Program yang diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sendiri, iaitu Dato Sulaiman Wak di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur.


Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global
Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global


Menariknya sesi kali ini adalah perhimpunan buat pertama kalinya kesemua alumni KOMTEP sejak tahun 2014 sehingga tahun 2017. Sedar tak sedar juga, sudah seramai 46 orang guru Malaysia yang telah mengikuti program pertukaran guru ke Korea ini, yang dianjurkan oleh United Nations Educational, Scientific and Culturual Organization (UNESCO) Asia-Pacific Center of Education for International Understanding (APCEIU) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Korea.

Perhimpunan ini juga membuka peluang untuk kami saling mengenali alumni KOMTEP yang lain, serta mewujudkan satu peluang kolaboratif yang sangat baik. Apatah lagi program pertukaran guru yang telah berlangsung selama 5 tahun nih juga telah berjaya melahirkan ramai guru-guru yang berbakat dengan minda global.


Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global

Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global

Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global

Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global

Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global


Mana taknya, proses pemilihan guru peserta KOMTEP dibuat dengan sangat teliti. Guru yang dipilih memiliki tahap pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan secara global, pernah menerima anugerah atau pengiktirafan dalam apa jua peringkat di dalam atau luar negara serta mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Jika boleh berbahasa Korea sudah pasti menjadi satu kelebihan kepada guru tersebut.

Guru-guru yang ditempatkan di sekolah tuan rumah bukan sahaja berpeluang untuk mengajar malah terlibat dengan aktiviti-aktiviti pendidikan sepanjang tempoh tiga bulan berada di Korea. Selain dapat mempraktikan bidang kepakaran masing-masing di sana, guru-guru ini juga dapat berkongsi dan mempelajari adat dan budaya masyarakat setempat serta terlibat dengan beberapa aktiviti kebudayaan bersama komuniti di sana.


Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global

Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global

Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global
Pengalaman pertama jadi moderator untuk forum nih



Malah saya sangat gembira bila dimaklumkan bahawa aktiviti Hari Malaysia yang dianjurkan oleh guru-guru Malaysia KOMTEP 2018 mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan masyarakat setempat di Korea. Sebagai “Duta Kecil Pendidikan Malaysia” mereka telah menampilkan sikap profesionalisme yang tinggi dan berada pada tahap yang sangat membanggakan. Syabas adik-adik!

Pegawai Pengurusan KOMTEP, Cik Noraini binti Abdul Latiff juga ternyata sangat berpuas hati dengan impak program KOMTEP ini dalam membantu guru-guru meningkatkan pembangunan profesionalisme mereka terutamanya kepelbagaian kreativiti dan inovasi dalam PdPc.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menyokong penuh program-program seumpama ini dalam usaha melahirkan guru-guru yang berketerampilan, berdaya saing dan mampu melonjakkan potensi diri ke peringkat global. Ini selaras dengan anjakan keempat Pendidikan negara ke arah trasnformasi keguruan sebagai profesion pilihan.


Reunion Alumni Guru Korea KOMTEP: Bina Guru Berminda Global
Alumni Program Pertukaran Guru Malaysia ke Korea (KOMTEP) dari tahun 2014 - 2018


Selaku merupakan salah seorang guru Malaysia yang pernah mendapat manfaat daripada program pertukaran guru KOMTEP ini, sangatlah saya cadangkan supaya ada lebih banyak program seumpamanya bagi memberi lebih banyak pendedahan dalam meningkatkan kualiti guru-guru Malaysia.

Semoga komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru ini dapat memberi inspirasi kepada guru-guru yang berminat untuk menyertai program seperti ini pada masa akan datang.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Well said, Discover SSO ID Login Rajasthan, pioneering digital governance by offering streamlined access to diverse government services. Empowerment through seamless authentication ensures efficient, transparent interactions across departments.

    BalasPadam