About Me

Google Form : Soalan Sains SPM Sebenar Kertas 1 [2017 - 2003]

Google Form memang merupakan satu platform yang baik untuk menggalakkan penyertaan murid dalam menjawab soalan Sains SPM Kertas 1. Malah inisiatif ini sudah terbukti kepada murid saya sendiri sejak beberapa tahun mula berkenalan dengan Google Form. Kaedah pelaksanaan secara teratur dan bersistem, mampu memberikan impak tinggi kepada murid.


Google Form : Soalan SPM Sebenar Kertas 1 [2017 - 2003]
Google Form : Soalan SPM Sebenar Kertas 1 [2017 - 2003]

Justeru itu, saya ucapkan jutaan Tahniah kepada usaha kolaboratif guru-guru Sains seluruh Malaysia yang telah menyiapkan set soalan SPM Sebenar dari tahun 2017 hingga 2003 dalam bentuk Google Form bagi membantu anak-anak Malaysia. Semoga Allah jualah yang membalas jasa baik kalian. 

Saya kumpulkan dan letakkan dalam artikel ini bagi membantu memudahkan lebih ramai murid untuk mendapat manfaat daripada usaha guru-guru hebat ini. Di bawah ini adalah link kepada Google Form tersebut. Semoga membantu!


GOOGLE FORM SOALAN SAINS SPM SEBENAR

Kertas 1 Soalan SPM 2017
Kertas 1 Soalan SPM 2016 [Cg Ruheil Fathein Mohamad]
Kertas 1 Soalan SPM 2015 [Cg Roslaini binti Zali]
Kertas 1 Soalan SPM 2014 [Cg Sharifah Ros Aznira]
Kertas 1 Soalan SPM 2013 [Cg Syahida binti Omar]
Kertas 1 Soalan SPM 2012  [Cg Nordiana binti Ahmad]
Kertas 1 Soalan SPM 2011 [Cg Suhailah binti Nor Asim]
Kertas 1 Soalan SPM 2010 [Cg Mohd Sharul Hafez]
Kertas 1 Soalan SPM 2009 [Cg Suhaina Khalid]
Kertas 1 Soalan SPM 2008 [Cg Azlina Latif]
Kertas 1 Soalan SPM 2007 [Cg Suriati Nasir]
Kertas 1 Soalan SPM 2006 [Cg Syahida binti Omar]
Kertas 1 Soalan SPM 2005 [Cg Faridah Derani]
Kertas 1 Soalan SPM 2004 [Cg Syahida binti Omar]
Kertas 1 Soalan SPM 2003 [Cg Syahida binti Omar]
         

Saya kongsikan juga beberapa manfaat yang saya dapat daripada menggunakan kaedah Google Form ini sebagai sebahagian daripada program meningkatkan akademik Sains SPM di sekolah saya. Ternyata, keputusan Sains SPM semakin meningkat pada setiap tahun. Gred purata mata pelajaran yang semakin dan juga peratusan murid yang mendapat A juga bertambah setiap tahun.


Keputusan Sains SPM di sekolah saya
Keputusan Sains SPM di sekolah saya


KAEDAH PELAKSANAAN
1. Murid menjawab set soalan sehingga mendapat markah 40 dan ke atas
2. Jika gagal mencapai sasaran, murid perlu jawab semula sehingga tercapai
3. Murid perlu screenshot / printscreen sebagai evidens telah menyelesaikan tugasan
4. Murid lengkapkan 10 set soalan Google Form bagi melengkapkan tugasan



KELEBIHAN MENGGUNAKAN GOOGLE FORM
1. Melatih murid menjawab lebih banyak set soalan. Cuba bayangkan murid dah jawab 10 set soalan secara online, maka bermaksud juga murid sudah menjawab 500 soalan objektif. Kekangan masa jika nak buat benda yang sama secara bukan online. 

2. Pembelajaran kendiri. Kaedah ini membolehkan murid belajar di rumah mengikut keupayaan masing-masing. Bila-bila masa, dan di mana saja.

3. Dengan kekangan masa semasa berada di sekolah, guru boleh fokus pada Kertas 2 di sekolah, yang memerlukan bimbingan secara face to face dengan murid.

4. Peningkatan prestasi pada Kertas 1 juga menyumbang kepada peningkatan markah pada Kertas 2 secara tak langsung, terutamanya pada Bahagian B yang banyak memfokuskan kepada fakta sains.



Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Google form memang menyenangkan banyak kerja saya. Buat form pun jadi senang sekarang.

    BalasPadam
  2. Lepas ni tak payah lah nak beli buku latihan ��

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian. Saya minta izin untuk dimasukkan dam site frog vle tuan. Moga usaha tuan dan rakan-rakan diganjari Allah

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, google form memang memudahkan. Bolehkah jika saya ingin menggunakan dan menganalisa markah pelajar saya daripada soalan2 ini?

    BalasPadam
  5. tq very much cikgu
    doakan saya dapat semua A

    BalasPadam
  6. Terima kasih!! Tapi untuk tahun 2017 blum ada lgi eh?

    BalasPadam
  7. Why not they just give this earlier of this year and teaches us all the science chapter..
    If they had did that, we are now already pro in doing exam questions even kbat questions, all the important papers will be out before the exam within a week,early year there will be nothing to them to post rather than tuition classes

    BalasPadam
  8. Semngat nk jawab,hmm ,xperlu bli bku dhh 😂🎈hwheh

    BalasPadam
  9. hebatttt bagussss soalam utk tolong pd SPM


    BalasPadam
  10. Macam mne nak tahu skema jawapan dia eh?

    BalasPadam
  11. nk tnya neh.. .Soalan SPM Sains kertas 1 mmpunyai soalan berulang tx stiap thun ?

    BalasPadam
  12. soalan nii bnyak keluar masa exam bulan 3😂

    BalasPadam
  13. Apa semua ini . Terlalu susah!! Kerajaan seharusnya mempermudahkan soalan daripada mempermudahkan soalan disebabkan lockdown ini . Gunalah otak dulu sebelum keluarkan soalan ujian ini . You think every student in home studying . You guys are hilarious . I bet everyone right now are playing their phones at home . So think about it .

    BalasPadam
  14. Hi cikgu, terima kasih cikge menyediakan google form. Cikgu ada menyediakan untuk kertas sebenar sains 2018 dan 2019 ?

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah .saya dah siap kesemuanya set soalan objektif yang Ada di atas

    BalasPadam