About Me

Seminar Amalan PdPc Hilir Perak Bagan Datuk

Pada 2 Disember yang lalu, saya berkesempatan untuk mengikuti pembentangan untuk Seminar Amalan PdPc Hilir Perak Bagan Datuk. Bertempat di Hotel Grand Court, Teluk Intan, seramai hampir 60 orang pembentang telah membentangkan amalan terbaik masing-masing.


Seminar Amalan PdPc Hilir Perak Bagan Datuk


Yuran pembentangan yang dikenakan adalah sebanyak RM100. Saya pun mendapat peluang pada saat yang terakhir apabila lambat sangat tahu mengenai iklan seminar tersebut. Mujur dapat juga peluang untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan di Seminar di Teluk Intan ini. 

Kebetulan pula sesi saya pada sebelah petang, maka sempat la juga mengikut beberapa sesi pembentangan selari yang lain. Pengisian berfokus kepada amalan Pembelajaran Abad ke-21. Banyak input yang diperolehi, bak kata orang, akan sentiasa ada ruang untuk ilmu baharu dipelajari. 







Seminar Amalan PdPc Hilir Perak Bagan Datuk


Sesi selesai pada jam 3 petang. Saya balik lebih awal kerana datang ke Teluk Intan bersama keluarga. Semoga perkongsian di Teluk Intan nih membantu saya mendapat input berharga untuk digunakan dalam amalan Pembelajaran  Abad ke-21 bersama anak murid saya.



Catat Ulasan

0 Ulasan