About Me

1st Seminar on Effective Teaching UPSI

Alhamdulillah pada 6 Disember yang lalu, saya telah dijemput sebagai salah seorang keynote speaker bagi Seminar on Effective Teaching yang pertama kali dianjurkan di UPSI, Tanjung Malim, Perak. Bukan senang peluang sekali sekala datang apabila digandingkan dengan ramai lagi keynote speaker yang sangat hebat.




Maka saya ambil peluang untuk bertemu dengan lebih ramai pendidik peringkat tertier, sebaik sahaja menerima panggilan daripada Prof Dr Ong Eng Tek yang sangat mesra. Lagi pula, tak selalu warga pendidik mendapat peluang dan kepercayaan sebegini bagi berkongsi pengetahuan dengan lebih ramai khalayak.





Antara mereka yang dipilih sebagai keynote speaker adalah :

1. Assoc Prof Dr Janchai Yingprayoon, Timbalan Pengarah Kolej Antarabangsa Sunandha Rajhabat, Thailand
2. Prof Dr Abdul Karim Alias, Penerima Anugerah Akademik Negara 2008, USM
3. Assoc Prof Dr Lee Ai Choo, Penerima Anugerah Akademik Negara 2010, UPSI
4. Assoc Prof Dr Raja Nor Safinas Raja Harun, Penerima Anugerah Akademik Negara 2015, UPSI
5. Puan Yasmin Noorul Amin, finalis Global Teacher Prize 2015
6. Encik Norhailmi bin Abdul Mutalib, Guru Cemerlang Sains


Disebabkan saya datang sehari lebih awal, maka sempatlah juga saya bersama rakan keynote yang lain untuk sesi makan malam. Bestnya bila dapat berkumpul dengan orang hebat-hebat macam nih. Rasa perbincangan penuh dengan ilmu, di samping menambah kenalan baru. 




Esok paginya kami terus bergerak ke Dewan yang dirancangkan. Ruang legar dipenuhi dengan pelajar, dan peserta seminar ini. Gimik perasmian yang dirancangkan oleh Dr Hafiz, menggunakan teknologi green screen berjalan dengan sangat baik. Pasti ramai yang teruja dengan gimik tersebut. Tahniah Dr Hafiz!






Sesi dimulakan dengan perkongsian daripada Prof Dr Janchai Yingprayoon yang menyentuh mengenai peranan penggunaan teknologi terbaharu dalam pendidikan. Penggunaan QR Code dan banyak lagi merupakan antara pendekatan yang cuba diketengahkan oleh Prof Dr Janchai.





Sesi kedua diteruskan oleh Prof Dr Abdul Karim Alias. Sesi beliau sangatlah membuka mata kepada lebih banyak lagi pendidikan dengan perspektif yang sangat berbeza. Saya juga sangat kagum dengan tools yang banyak sekali digunakan oleh beliau sepanjang perkongsian tersebut. 





Sesi ketiga pula oleh Prof Dr Raja Nor Safinas Raja Harun dengan perkongsian beliau yang sangat menarik. Banyak perkara yang saya bersetuju dengan beliau sepanjang perkongsian tersebut. Memang merupakan pendidik yang sangat berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan.





Sesi keempat pula oleh Puan Yasmin Noorul Amin yang lebih mesra dengan panggilan Kak Meen. Dalam sesi ini beliau banyak berkongsikan mengenai pendekatan dalam bilik darjah beliau bagi meningkatkan engagement dengan murid. 





Sesi kelima bersambung pada sebelah petang dengan perkongsian daripada Prof Dr Lee Ai Choo. Menggunakan pendekatan project based learning dengan pelajar sains sukan, ternyata memberi nilai tambah kepada pelajar kerana terlibat dengan aktiviti hands on. 





Sesi terakhir adalah daripada saya sendiri. Jenuh jugak nak menarik perhatian daripada audiens memandangkan timing yang pada waktu petang. Selain itu juga audiens juga nampak 'letih' kerana padat disumbat dengan banyak pengetahuan pada sepanjang hari ini. 





Tapi alhamdulillah, segala perkongsian dapat disampaikan dengan baik. Penggunaan video dan gambar banyak membantu audiens untuk melihat situasi sebenar pelaksanaan dalam bilik darjah. 





Seminar kebangsaan yang buat pertama kali diadakan ini akhirnya ditutup dengan ucapan bersemangat daripada Naib Canselor UPSI sendiri, iaitu Prof Dato' Dr Zakaria bin Kasa. Ucapan beliau yang selamba, kelakar, tapi penuh informasi membuatkan ramai yang membuka mata. Saya suka!




Selesai acara penutupan di dewan, kami dijemput sekali lagi untuk jamuan petang sebelum bersurai. Makanan yang sedap, dengan layanan yang baik daripada staf Fakulti Pendidikan, membuatkan rasa yang sangat selesa bila berada di UPSI. Tahniah untuk UPSI!

Sebelum balik, sempat kami bergambar kenangan sekali lagi. Merakamkan kenangan dan memori bersama orang-orang hebat dalam pendidikan di Malaysia. INshaAllah mana tahu ada rezeki untuk bertemu lagi pada masa akan datang. 







Keseluruhannya, pengalaman di UPSI ini sangat membuka mata saya mengenai keperluan kita sebagai guru untuk sentiasa proaktif dan memajukan diri. Ilmu itu sentiasa bergerak dan bertambah, maka jangan pernah rasa ada ego, dah penuh. Sentiasa lah memburu ilmu. 

Bertemu dengan ramai ahli akademik dan bijak pandai di UPSI ini, membuatkan juga saya terfikir satu perkara, "mungkinkah sudah tiba masanya untuk saya sambung pembelajaran saya?" inshaAllah, doakan saya berjaya ya!








Catat Ulasan

0 Ulasan