Bengkel PAK21 Bersama Pensyarah Matrikulasi |
Walaupun konsep belajar yang sedikit berbeza antara sistem di sekolah dan di Kolej Matrikulasi (lecture dan tutorial), tetapi itu tidak menghalang daripada perkongsian ilmu PAK21 berlangsung.
Malah maklumbalas yang diterima daripada kebanyakan pensyarah yang hadir juga memberi input menarik kepada saya, bagi dikongsi dengan lebih ramai warga pendidik. Antaranya adalah sikap pelajar Matrikulasi bagi setahun dua ini, kemahiran berfikir dan juga aspek lain yang pada saya inshaAllah boleh diselesaikan dengan pendekatan Pembelajaran Abad ke-21.
Sesi Ceramah
Bersama Guru Matematik saya semasa di sekolah menengah, Cikgu Md Zain |
Sesi Bengkel
Alhamdulillah sebab segalanya berjalan dengan lancar. Perkongsian ilmu juga memberi input baik buat kedua pihak, penceramah dan juga peserta bengkel sendiri. Akhirnya, pada saya pelaksanaan amalan PAK21 inilah yang menjadi penentu kepada kejayaan kerja buat kita.
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua. Amin!
0 Ulasan