About Me

Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 bersama PPD Kinta Utara

Berkesempatan semalam untuk sesi diskusi dan perkongsian ilmu bersama pasukan pegawai SISC+ dan juga SIPartner+ PPD Kinta Utara bagi amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di Insitut Aminudin Baki Utara, Jitra. Mendapat undangan daripada mereka merupakan satu lagi ruang terbaik untuk saya berkongsi sudut pandangan dengan pasukan penghubung PPD dan guru terutamanya. 


Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 bersama PPD Kinta Utara
Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 bersama PPD Kinta Utara

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Walaupun kalangan pegawai PPD Kinta Utara hanya seramai 18 orang sahaja, tetapi majlis perkongsian ilmu berlangsung dengan santai dan sangat berfokus. 


Saya sampaikan perkongsian saya dari sudut pandang seorang guru, dan dalam masa yang sama turut menyatakan apa keperluan saya jika diberi peluang untuk mendapat bimbingan daripada pihak terbabit. 


Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 bersama PPD Kinta Utara
Kedudukan pendidikan Malaysia dalam negara ASEAN

Saya juga memberikan beberapa jawapan kepada persoalan bagaimana saya mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan Pembelajaran Abad ke-21. Pertanyaan seperti cara menghabiskan sukatan pelajaran, bagaimana memberikan teknik menjawab soalan dan beberapa perkara lain yang selalu bermain di benak guru ketika mempertimbangkan untuk menjalankan PAK21.


Sesi bersambung dengan sesi kedua selepas minum petang. Kali ini berkisar kepada impak pelaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 ke atas anak murid saya di SMK Jerlun. Alhamdulillah, aktiviti adalah selari dengan SKPMg2 dan juga Aspirasi Murid yang kita nak capai melalui PPPM. 


Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 bersama PPD Kinta Utara


Harapan saya semoga perkongsian ilmu pada hari ini menjadi perkara berkat dalam kita menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pendidik, tak kira di lapisan peringkat mana kita berada. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. 




Catat Ulasan

0 Ulasan