About Me

Pengelasan Unsur

Semua benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang ialah jirim.jirim-jirim ini pula terdiri zarah-zarah yang kecil dan diskret yang disebut sebagai atom.

Atom tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana saiznya terlalu kecil. Atom hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop elektron dengan pembesaran berjuta-juta kali ganda. Andaikan sebiji buah oren adalah satu atom, ia akan dibesarkan saiz bumi dengan menggunakan mikroskop elektron.


Atom dan Molekul
- Atom terdiri daripada tiga zarah subatom, iaitu proton, neutron dan elektron. Proton dan neutron berada dalam nekleus atam manakala elektron beredar mengelilingi nukleis.

struktur atom
struktur atom

-Nukleus mempunyai cas keseluruhan positif kerana terdapat proton yang bercas positif didalamnya. Bilangan elektron didalam sesuatu atam pula adalah sama dengan bilangan protonnya. Oleh itu, atom adalah neutral.
-Zarah neutral yang terbina daripada dua atau lebih atom pula disebut sebagai molekul.

UNSUR- bahan yang paling ringkas. Unsur tidak boleh diuraikan secara kimia kepada dua atau lebih bahan yang ringkas lagi. Terdapat hanya satu jenis zarah dalam setiap jenis unsur. Selain besi, oksigen, hidrogen, aluminium, karbon dan kuprum juga merupakan unsur.

unsur terdiri daripada zarah yang sama jenis
unsur terdiri daripada zarah yang sama jenis


SEBATIAN- terdiri daripada dua atau lebih unsur yang bergabung secara kimia. Sebatian terhasil daripada tindak balas kimia. Sebatian boleh dihasilkan didalam makmal atau terhasil secara semula jadi di sekelilng anda. Contohnya aluminium oksida, zink sulfida, besi klorida, gula, air dan garam. Unsur-unsur dalam sebatian tidak boleh dipisahkan secara fizikal tetapi hanya boleh dipisahkan secara kimia, iaitu dengan menggunakan tenaga elektrik (elektrolisis).

contoh-contoh sebatian dalam kehidupan seharian
contoh-contoh sebatian dalam kehidupan seharian


JADUAL BERKALA- pada abad ke-18 dan ke-19, ahli-ahli sains telah menemukan banyak unsur. Usaha ini telah menghasilkan Jadual Berkala yang disusun secara teratur dan sistematik dan masih digunakan hingga hari ini.

jadual berkala
jadual berkala


Perbezaan Ciri Logam dan Bukan Logam

perbezaan ciri logam dan bukan logam
perbezaan ciri logam dan bukan logam

contoh bahan logam dan ciri-cirinya
contoh bahan logam dan ciri-cirinya

contoh bahan bukan logam dan ciri-cirinya
contoh bahan bukan logam dan ciri-cirinya


Catat Ulasan

1 Ulasan