Panduan melangsaikan hutang PTPTN dan dapat 15% diskaun potongan |
Saya kongsikan sedikit panduan saya melangsaikan hutang PTPTN saya tersebut, dan cara mendapatkan diskaun 15% potongan hutang PTPTN. Untung weyh!
Panduan Mendapatkan Diskaun 15% Potongan Hutang PTPTN
1. Semak Baki Hutang
Bila saya mendapat tahu bahawa PTPTN menawarkan diskaun sebanyak 15% potongan kepada pembayaran berbentuk lump-sum, maka saya lebih gigih mengumpulkan duit bagi melangsaikan hutang tersebut.
Ada banyak cara yang anda boleh guna untuk semak baki hutang. Boleh terus ke kaunter pejabat PTPTN, guna sms atau pun guna semakan secara online. Biasanya saya guna semakan secara online. Print satu untuk simpanan.
Penyata baki hutang Pinjaman PTPTN |
Tapi sebab kali ini, rasanya macam dah boleh nak selesaikan hutang pinjaman PTPTN, maka saya terus ke kaunter Pejabat PTPTN, semak terus di sana. Lagi mudah, sebab penyata yang dikeluarkan kepada kita dah siap kira baki terkini selepas mendapat 15% diskaun tadi. Terus dah boleh standby duit.
2. Selesaikan Hutang Dengan Bayar
Kemudian anda pegi lah ke kaunter pembayaran. Biasanya pejabat PTPTN akan sediakan kaunter khas bagi tujuan pembayaran sahaja. Maka boleh tunjukkan penyata yang diterima tadi, dan bolehlah buat bayaran.
Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai, menggunakan kredit kad / debit kad atau juga dalam bentuk cek.
Duit tunai boleh, kad kredit / debit pun boleh! |
Nak dijadikan cerita, boleh pula saya salah kira duit, bila dah kat depan kaunter. Mujur ada debit kad yang boleh digunakan waktu cemas macam tu. Maka, separuh bayaran saya hari tu menggunakan tunai, manakala separuh lagi menggunakan debit kad.
3. Potongan Gaji?
Macam kes saya, saya buat potongan gaji pada setiap bulan sejak dari mula saya bekerja. Maka bila hutang PTPTN dapat dijelaskan dengan lebih awal dari tempoh perjanjian, maka dijangka 3 bulan selepas ini gaji saya masih akan dipotong PTPTN.
Tapi jangan bimbang. Sebaik sahaja slip gaji dah tak ada lagi potongan PTPTN, maka tuan puan boleh lah ke Pejabat PTPTN sekali lagi untuk buat refund. Mudah saja kan?
4. Email
Selang beberapa hari kemudian, saya terima satu lagi email daripada PTPTN yang menyatakan saya dah melangsaikan hutang tersebut. Untuk selepas ini saya hanya perlu tunggu emel pengesahan bahawa memang hutang PTPTN saya benar-benar selesai.. Lepas tu, saya merdeka! Yeay!
Jangan lupa print untuk buat simpanan dan rujukan di masa depan.
Jom Bebas PTPTN |
Serius seronok rasanya bila dah bebas daripada hutang nih. Apatah lagi hutang PTPTN yang dah lama, macam tak habis-habis saya bayar. Selain daripada potongan gaji yang konsisten setiap bulan, antara tips yang boleh diamalkan adalah seperti:
TIPS 01
Jika dah berkerjaya tetap, pastikan anda WAJIB buat pembayaran semula pinjaman PTPTN melalui potongan gaji. Kaedah ini lebih menjamin, jimat, selamat dan pasti anda takkan ada hutang tertunggak.
TIPS 02
Gunakan duit bonus / side income untuk bayar hutang dulu. Bukan bazirkan untuk pegi melancong atau lain-lain yang tak perlu. Melancong tanpa hutang tu, jauh menenangkan!
TIPS 03
Walaupun hutang dibuat secara potongan gaji, tetapi cuba amalkan bayar tambah sedikit lagi secara online atau di kaunter (mana lebih mudah) jika ada rezeki lebih. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
TIPS 04
Rebut peluang diskaun macam nih jika ada peluang untuk mendapat potongan pinjaman yang baik. Sebabnya peluang macam nih kadang-kadang on, kadang-kadang off. Jadi kena pandai rebut peluang berharga.
OK.. kepada semua peminjam PTPTN di luar sana, saya doakan semoga anda terus istiqamah membayar pinjaman, sentiasa murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Percayalah, menyelesaikan hutang itu sangat menenangkan jiwa!
Buat PTPTN yang telah meminjamkan RM21,000 untuk tempoh pengajian saya 3 tahun di Universiti Sains Malaysia hampir 12 tahun lalu, terima kasih tak terhingga saya ucapkan!
9 Ulasan
Terima kasih untuk info ini. Ramai yang tengah mencari-cari benda ni... Semoga dipermudahkan bagi mereka yang ada PTPTN.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian cikgu. Saya dah kena potong gaji gara-gara PTPTN. Cuma terfikir juga, bagaimana dengan mereka yang tak bekerja tapi mempunyai hutang ptptn...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamtempoh bayaran balik 12 tahun ke cikgu? saya punya 10 tahun untuk satu pinjaman. diploma lain, degree lain. saya guna kaedah direct debit. habiskan satu satu dulu. diploma saya buat rm300 direct debit. 4 tahun lebih langsai untuk diploma. sekarang tengah habiskan pulak baki direct debit untuk degree. ada lagi tempoh 9 tahun. tapi kalau ikut direct debit insyaAllah 4 tahun habis la. lega di awal usia 30an nanti hutang ptptn habis langsai :)
BalasPadamsaya tak ingat pulak. Tapi alhamdulillah semuanya dah selesai.. all the best jugak untuk tuan / puan ye
PadamSekarang negara kita dah hutang banyak. Bagi mereka yang hutang PTPTN lebih baik utk bayar balik secepat mungkin pinjaman mereka supaya dapat bantu melenggangkan hutang negara.
BalasPadamsaya nak tanya. Kat mana nak dapat penyata seperti yg cikgu kongsikan di atas tu?
BalasPadamHalo semuanya! Bantu saya berterima kasih kepada Bunda Esther
BalasPadamSaya Widodo saya tinggal di Medan di Indonesia, saya telah mencari pinjaman selama beberapa tahun. Saya 6 kali menjadi korban penipuan dengan pemberi pinjaman palsu yang telah menghancurkan hidup saya, saya memang mencoba bunuh diri karena mereka. Karena saya punya hutang dan tagihan yang harus dibayar. Saya pikir ini sudah berakhir untuk saya, saya tidak lagi memiliki perasaan hidup. Saya hampir menyerah, tidak sampai saya mencari saran dari teman SISKA WIBOWO (siskawibowo71@gmail.com) yang kemudian mengarahkan saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal, Ny. ESTHER PATRICK yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 150 juta Rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau tekanan pada tingkat bunga lebih rendah dari 2%. (estherpatrick83@gmail.com)
Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya terapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji akan membagikan kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres . silakan hubungi ibu sekarang estherpatrick83@gmail.com
Dan saya tahu sebagian besar dari Anda juga telah menjadi korban penipuan, Anda tidak perlu repot lagi karena saya harus menyampaikan kabar baik dan satu-satunya pemberi pinjaman yang dapat Anda percayai, Jadi saya tidak dapat menyimpan ini untuk diri saya sendiri sehingga saya harus mulai dengan membagikan kesaksian tentang mengubah hidup ini bahwa Anda dapat menghubungi saya melalui email (widodocepi@gmail.com) Ny. Esther Patrick Saya selamanya Bersyukur atas Segala yang telah Anda lakukan untuk saya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mr dalton untuk memberikan saya pinjaman bernilai $43000. Saya telah ditipu dalam beberapa percubaan untuk mendapatkan pinjaman oleh firma pinjaman palsu yang berbeza sehingga saya bermaksud dalton. jika anda memerlukan pinjaman tulen segera hari ini mengelakkan daripada ditipu pinjaman berlian melalui emel: diamondloans24@yahoo.com
BalasPadam