About Me

Perkongsian PdPc Abad 21 di SMK Bandar Puteri Jaya

Minggu lepas saya berkesempatan untuk satu lagi perkongsian amalan pdpc Abad 21 di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah iaitu SMK Bandar Puteri Jaya. Segala urusan adalah melalui Cikgu Deeparani, guru Bahasa Melayu yang sentiasa proaktif dalam memastikan saya berpeluang berkongsi dengan rakan guru di sini. 


Perkongsian PdPc Abad 21 Cikgu Hailmi di SMK Bandar Puteri Jaya
Perkongsian PdPc Abad 21 di SMK Bandar Puteri Jaya

SMK Bandar Puteri Jaya adalah sekolah yang baru beroperasi pada tahun 2015. Tetapi lokasinya yang strategik di antara beberapa buah taman perumahan membuatkan sekolah ini menjadi pilihan ramai pelajar. Jika tak salah saya, jumlah pelajarnya saja sudah mencecah angka 1000 walaupun baru dua tahun dibuka. 

Perkongsian berlangsung di bilik Pusat Sumber yang besar dan kemas. Memang sangat selesa. Ketika saya tiba, Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya, Tuan Haji Osman bin Omar sedang berkongsikan maklumat terkini pendidikan Malaysia mengenai SKPM Gelombang 2. Dan tentunya perkongsian beliau adalah lebih banyak merujuk kepada Standard 4, yang memfokuskan kepada peranan guru dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan.


Perkongsian PdPc Abad 21 di SMK Bandar Puteri Jaya
Tenaga kerja utama Pembudayaan PAK21 di SMK Bandar Puteri Jaya

Sementara menunggu giliran, saya juga diperkenalkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, iaitu Cikgu Harun bin Salleh yang cukup bersemangat dengan program perkongsian ini. Selain daripada Cikgu Deeparani sendiri, usaha ini turut dibantu oleh Penyelaras PAK21, iaitu Cikgu Harifah Md Amin. 

Patut lah usaha pembudayaan PAK21 di SMK Bandar Puteri Jaya ini berjaya, kerana pasukan ini mendapat sokongan padu dari pihak pentadbir dan juga rakan guru lain. Tahniah saya ucapkan.


Barisan pentadbir dan pelaksana turut bersama untuk  perkongsian PAK21

Pegawai SISC+ dari PPD Kuala Muda Yan turut hadir

Boleh tonton video di bawah bagi melihat secara keseluruhan, ceramah perkongsian amalan pdpc Abad 21 yang dijalankan di sekolah ini. 




Diharapkan melalui perkongsian pengalaman ini, berjaya membuka perspektif baru dan juga memberi inspirasi kepada rakan guru di SMK Bandar Puteri Jaya bagi membudayakan Pembelajaran Abad 21 di sekolah ini. 

Harapan saya tak lain dan tak bukan, adalah segala perkongsian ilmu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh warga guru dengan pengamalan di dalam kelas. Bukan sekadar tahu, tetapi juga beramal dengan pengetahuan tersebut.


Cenderamata daripada Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya, Tuan Haji Osman bin Omar

Gambar kenangan bersama warga sekolah SMK Bandar Puteri Jaya

Saya melihat kerjasama berpasukan di sekolah ini merupakan sumber kekuatan utama dalam membantu SMK Bandar Puteri Jaya mencapai kecemerlangan. 

Dengan usaha dan semangat jitu segenap lapisan warga sekolah, daripada barisan pentadbir kepada barisan pelaksana, iaitu guru sendiri; tak mustahil sekolah ini juga boleh sebaris dengan sekolah-sekolah utama lain dalam PPD Kuala Muda Yan suatu hari nanti.




Bertemu dengan warga pendidik yang positif, merupakan suatu motivasi untuk saya terus aktif berkongsikan sedikit ilmu pengetahuan yang saya ada. Untuk warga SMK Bandar Puteri Jaya, selamat maju jaya saya ucapkan!



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Terima kasih Sifu. I still remember the African proverb which u shared to us. 😀👍 Really motivating programme.We will apply it.

    BalasPadam
  2. Thank you for taking the time to write this article. It is fantastic information that I have been looking for.

    BalasPadam