.

.

Isnin, 30 Januari 2017

SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan penambahbaikan dan peningkatan kualiti pada beberapa standard seperti aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.



SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Untuk entri ini saya memfokuskan kepada standard yang perlu dicapai dalam Standard 4 SKPMg2 iaitu Pembelajaran dan Pemudahcaraan yang menekankan kepada peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Download




Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Aspek 4.1 Guru Sebagai Perancang
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc) 

4.1.1 Guru Merancang Pelaksanaan Pdpc secara profesional dan sistematik
Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik / ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan arahan yang berkuat kuasa


Aspek 4.2 Guru Sebagai Pengawal
Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan pdpc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan

4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran secara terancang
Mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam pdp



SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru mengawal proses pembelajaran secara terancang

4.2.2 Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang
Mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara berhemah, mengikut kesesuaian dan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan



Aspek 4.3 Guru Sebagai Pembimbing
Guru bertindak sebagai pembimbing  untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran  dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran

4.3.1 Guru membimbing murid secara profesional dan terancang
Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber pendidikan, dan mengabung isi pelajaran dengan kemahiran / mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara berhemah dan bersungguh-sungguh



Aspek 4.4 Guru Sebagai Pendorong
Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran

4.4.1 Guru mendorong minda murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang
Merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjuru kepada pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajara, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan



SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru mendorong emosi dan minda murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang

4.4.2 Guru mendorong emosi murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang
Memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid secara berhemah, menyeluruh dan berterusan



Aspek 4.5 Guru Sebagai Penilai
Guru sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid

4.5.1 Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang
Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta menyemak hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan


SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Murid sebagai Pembelajar AKtif

Aspek 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif

4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan
Memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan berhemah



EXTRA INFO :  SKPM Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran 


5 ulasan:

  1. Salam perkenalan.. blogwalking & done follow blog ini. :)

    BalasPadam
  2. Program yg baik dan perlu penambahbaikan dari semasa ke semasa.

    BalasPadam
  3. skpmg2 nak buka pun payah guaneee ni

    BalasPadam
  4. TERIMA KASIH TN ATAS PERKONGSIAN BAHAN

    BalasPadam