About Me

Idea P&P Sains : Bina Dam Ular

Idea kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Noorhasimah Wahab dalam group fb Cikgu Sains Kreatif. Kata beliau, idea ini merupakan idea asal daripada guru Sejarah sekolah beliau iaitu, Puan Roseniy Connei. Aktivitinya adalah menghasilkan 'Dam Ular' bagi pdp dalam kelas. Maka Cikgu Noorhasimah cuba aplikasikan bagi matapelajaran Sains.


Idea P&P Sains : Bina Dam Ular


Idea P&P Sains : Bina Dam Ular


Antara aktiviti yang dilakukan di dalam kelas adalah, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan subtopik kecil. Pelajar kemudiannya akan membina soalan dan jawapan daripada buku teks. Dan akhirnya dizahirkan pada sebuah papan permainan Dam Ular mereka sendiri.

Hasilnya, memang menarik. Apatah lagi di bulan puasa, yang mana kebanyakan pelajar terkulai layu, macam tak ada tenaga. Maka aktiviti sebegini boleh membantu guru-guru untuk menceriakan lagi suasana pdp.


Idea P&P Sains : Bina Dam Ular


Idea P&P Sains : Bina Dam Ular


Idea P&P Sains : Bina Dam Ular


Saya sendiri merasakan idea ini sebuah idea yang sangat menarik. Sangat sesuai bagi guru-guru mencari kelainan, terutamanya bagi topik yang membosankan pelajar. Bab yang banyak-banyak baca. Waktu ulangkaji juga, ini merupakan satu aktiviti yang menarik. InshaAllah akan saya cuba nanti! 

Buat cikgu Noorhasimah dan Cikgu Roseniy, tahniah!



Catat Ulasan

1 Ulasan