Menurut perkongsian Cikgu Suriana Buang, seminggu sebelum buat projek, beliau telah memohon pelajar untuk mencari maklumat di Youtube, mengenai cara membuatnya dan senaraikan bahan-bahan yang diperlukan.
Persiapan Cikgu Suriana adalah tape dan juga mounting board. Pelajar diarahkan untuk membawa sendiri bahan-bahan yang diperlukan. Antaranya adalah :
Projek Planet
1. Suratkhabar / kertas warna / butang berlainan saiz warna
2. Pita selofan
3. Gam UHU
4. Benang / tali / crayon
5. Mounting board
6. Marker pen
Projek Teleskop
1. Mounting board
2. Bekas berbentuk silinder (eg: bekas shuttle badminton)
3. 2 kanta pembesar berlainan saiz (beli di Kedai RM2)
4. Tape hitam
5. Gam UHU
6. Crayon
7. Kertas hitam
Guru bertindak sebagai pembimbing dan akan memberikan idea yang mantap untuk menambahbaik model-model yang dihasilkan oleh pelajar. Tahniah cikgu Suriana Buang. Semoga perkongsian ini memberi idea kepada rakan guru lain dan memberi manfaat kepada semua!
0 Ulasan