About Me

Idea P&P Sains : DIY Telephone

Idea kreatif Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Farah Farhanah Kahalit dalam group Cikgu Sains Kreatif. Ideanya mudah dan sememangnya dekat dengan pelajar. Bagi pengenalan tajuk Ciri-ciri Bunyi, Sains Tingkatan 2, Cikgu Farah menggunakan aktiviti yang dinamakan 'DIY Telephone'. Rasanya ramai yang dah biasa bermain seperti ini semasa waktu kecil dahulu.














Aktiviti yang menggunakan alatan mudah ini mampu menjelaskan mengenai beberapa perkara seperti ciri-ciri bunyi yang boleh bergerak melalui medium seperti pepejal, cecair dan gas. 


Pada pendapat saya, aktiviti boleh dimeriahkan lagi dengan mempelbagaikan jenis telefon (tin, polystryrene, plastik, kertas dll) serta jenis tali yang berbeza juga. Melalui kepelbagaian jenis-jenis cawan dan tali yang digunakan juga boleh meningkatkan inkuiri pelajar untuk menyiasat dengan lebih lanjut. 




Selamat bertelefon!





Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. A telephone may play an important role in the Philippines SIM registration process, as users may need to provide a mobile number for identification, communication, or account-related purposes. Depending on the registration requirements and the information submitted, a telephone number could possibly be used to receive verification details or important updates. The process may vary based on the service provider and applicable guidelines, so users may have a chance of encountering different requirements. Philippines SIM registration could therefore involve the use of a telephone number as part of the overall registration procedure.

    BalasPadam