Majlis dilangsungkan di dewan perkahwinan. Di dewan tersebut ada 6 lagi majlis perkahwinan yang sama juga sedang berlangsung. Kami ke kaunter yang menempatkan nama pengantin, dan diberikan kupon untuk makanan nanti. Ramai jugak rakan-rakan guru yang turut serta bersama meraikan majlis tersebut.
Sebelum berarak ke dewan utama, pengantin ada sesi fotografi terlebih dahulu di bilik menunggu. Memang cantik betul cikgu sekolah saya tu hari nih. Hehehe. Sekali seumur hidup kan nak melawa melawa macam nih. Jadi kami pun ambil peluang untuk bergambar dengan beliau.
Selesai bergambar di sana, kami bergerak ke dewan utama untuk majlis. Majlis berlangsung dengan sangat cepat. Sinonim dengan Korea yang memang nak cepat dan pantas bagi semua perkara. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pengantin. Kemudiaan upacara bacaan ikrar perkahwinan dan restu daripada ibubapa kedua-dua belah pengantin.
Paling menarik sebab pelajar kelas Cikgu Chae Sol A nih kemudiannya membuat persembahan istimewa untuk guru kelas mereka ini. Memang sweet sangat! Hadirin pun suka sangat tengok persembahan cute budak-budak nih.
Acara selesai lebih kurang 30 minit sahaja. Kemudian semua tetamu dan jemputan akan bergerak ke dewan makan yang menyediakan makanan secara buffet.
Menjadi adat orang Korea adalah memberikan sejumlah wang kepada pasangan pengantin sebagai tanda terima kasih dan juga tahniah atas perkahwinan. Bagi tetamu yang tidak hadir, tetapi juga turut memberikan wang, mereka akan dikirimkan dengan hadiah yang senilai dengan harganya.
Satu lagi kelainan pada majlis kahwin orang Korea adalah, mereka akan adakan majlis perkahwinan terlebih dahulu. Kemudian baru berdaftar dengan undang-undang. Tak seperti orang Malaysia yang akan mendaftar dulu, kemudian baru melangsungkan majlis perkahwinan.
Selesai semua acara, kami pun terus balik ke rumah. Berehat.

6 Ulasan
Wahhh.. bertuahnya cikgu dapat join majlis ni. bukan semua orang berpeluang ni
BalasPadambetul tu.. kebetulan pula ada majlis kahwin. sekurangnya boleh juga tengok camna majlis kahwin orang Korea
Padambiasa tgok dalam tv je hehe.. untung cikgu berpeluang dpt tgok live.
BalasPadamitu lah.. beruntung jugak dapat merasa banyak pengalaman dok sini
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMajlis perkahwinan Korea sounds like an interesting look at how wedding traditions can reflect a country’s culture and social values. I enjoyed seeing how different customs can make a wedding feel unique while still keeping the focus on family, celebration, and shared traditions. Posts like this are also a nice way to discover cultural details that may not be obvious from a general description of Korea. For students working on technology or university coursework, computer science assignment helper can be useful for academic work, while new assignment help uk may also support broader study projects.
BalasPadam