About Me

80 Hari di Korea : Hari 14 (Observe Kelas Sains Korea)

Saya gembira pada hari ini kerana berpeluang untuk observe cikgu-cikgu Sains di Korea. Memang teringin nak tengok sangat memandangkan pendidikan Korea memang terkenal dengan kualiti pendidikan antara yang terbaik di dunia. Jadi peluang hari ini akan digunakan dengan sebaik mungkin bagi berkongsi dengan cikgu-cikgu Sains di Malaysia juga.





Kelas Korean Language
Sebelum ke kelas Sains, kami berpeluang untuk observe kelas Bahasa Korea terlebih dahulu. Teknik pengajaran mereka sebenarnya tak jauh beza dengan teknik pengajaran cikgu-cikgu di Malaysia, cuma ada beberapa perbezaan kecil sahaja. 




Guru mulakan dengan menulis tajuk dan objektif pembelajaran di papan putih. Gurunya juga sangat confident dan secara kasarnya saya boleh katakan mereka sangat celik IT. Setakat nak operate video camera dan computer di kelas, rasanya semua reti kot. 



Sejak daripada hari pertama dan kedua kami observe, dapat diperhatikan hampir semua kelas kami masuk merakamkan pdp mereka. Semua lapisan cikgu, tak kira junior atau senior pandai mengendalikan sendiri video kamera ketika pdp berlangsung. Bila ditanya baru lah kami tahu, setiap sebulan sekali, semua guru akan berhimpun dan menonton video-video pengajaran guru lain. Kemudian mereka akan mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi kelas tersebut.




Nampaknya mereka mengamalkan PLC, Profesional Learning Communities dengan baik sekali. Kaedah yang digunakan ini adalah Video Critique. Memang terbaik! Patut ler masing-masing mengajar dengan terbaik sepanjang berlangsungnya pdp.


Kelas Sains
Kelas Sains yang saya masuk ini berlangsung di dalam kelas. Jika lebih spesifik, ianya adalah bagi subjek Biologi. Mula-mula ingatkan akan ke makmal Sains, sebaliknya kelas hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja. Disebabkan pelajar akan menghadapi peperiksaan, maka pdp adalah lebih kepada ulangkaji dan latihtubi kepada pelajar. 

Sekalipun hanya sekadar kelas latih tubi dan ulangkaji, guru masih mengekalkan ciri pdp yang kami perhatikan. Kelas dimulakan dengan menulis tajuk dan objektif pembelajaran terlebih dahulu. Kemudian sedikit set induksi ringkas dan disusuli dengan perkembangan idea melalui teknik soal jawab.




Aktviti penting iaitu pembelajaran secara kolaboratif sesama rakan, memang wajib ada. Saya cuba melihat juga bahan lain yang dipunyai oleh pelajar. Buku teks ada, tetapi tidak digunakan semasa pdp berlangsung sekarang. Buku teks pula saya lihat lebih kepada ensiklopedia dan konsep majalah. 

Walaupun tak faham Bahasa Korea, tapi saya cuba melihat buku teks Biologi mereka. Daripada pemerhatian saya yang buat-buat faham nih, saya dapati buku pembelajaran mereka dibahagikan kepada beberapa tema. Ada tema benda hidup, ada tema gerakan, ada tema mikroorganisma. Lebih kurang ler..












Dan setiap tema ini dibahagikan kepada beberapa bab serta subtopik yang lebih kecil. Sebagai contohnya, ada bab mengenai sel yang kemudiannya dikembangkan kepada jenis-jenis sistem, bab neuron yang dikemudiannya dikembangkan kepada otak, tindakbalas fizikal dan tindakbalas kimia, seperti hormon. Bab mikroorganisma dimulakan dengan virus bakteria, kemudiannya dikembangkan kepada jangkitan darah dan penyakit.

Seperti juga subjek Bahasa Inggeris yang saya observe pada 2 hari lepas, subjek Biologi juga mengintegrasikan dunia antarabangsa ke dalam sukatan pelajaran nya. Mereka tidak hanya bercerita mengenai penyakit di Korea sahaja, tetapi sehingga ke negara antarabangsa. Jadi pelajar mereka memang dah sedia ada pengetahuan mengenai dunia luar. Lebih bersikap terbuka.






Saya perhatikan juga pada buku teks mereka, tidak ada banyak sangat eksperimen/ aktiviti. Sebagai contohnya bagi topik Gerakan, yang mempunyai 4 subtopik dalam 23 muka surat, hanya ada 11 aktiviti atau eksperimen bagi topik berkenaan. Kalau nak bahagi aktviti dan eksperimen di makmal, rasanya jauh lebih sikit. 

Di setiap akhir bab, akan ada peta minda, nota ringkas dan juga latihan sebanyak 1 mukasurat. Saya difahamkan juga pelajar sangat jarang diberi kerja rumah. Kekangan masa, kadang-kadang ada yang ke sekolah sehingga 10 malam menyebabkan kerja rumah adalah sesuatu yang tidak realistik di Korea. So latihan hanya dibuat di dalam kelas. Jadi takde masalah pelajar tak siapkan kerja rumah!






Oleh kerana sesi pdp tidak berlangsung di makmal, maka saya mohon daripada guru berkenaan untuk membenarkan saya ke makmal Sains. Nak jugak tengok apa yang ada kat dalam makmal Sains mereka. Canggih sangat ke.

Rupanya makmal Sains mereka sangat kecil jika dibandingkan dengan makmal Sains di Malaysia. Dan hanya ada 1 sahaja makmal Sains di sekolah ini untuk dikongsi bersama 10 kelas. Oh ya! Hanya pelajar Grade 2 (Tingkatan 5) sahaja yang belajar mengenai Sains. Dan daripada jadual yang terdapat pada makmal, satu kelas hanya ada peluang satu kali untuk masuk makmal bagi setiap minggu.








Meja juga tidak disusun seperti yang biasa kita lihat di makmal sains di Malaysia. Bilik bagi persiapan guru dan juga bahan pelajar turut disediakan di sebelah makmal. Kelihatan beberapa model sains yang bersaiz kecil juga ada diletakkan dalam almari yang berada di tepi dinding makmal.



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Padanlah mereka sentiasa bersemangat.. penilaian PLC sentiasa berjalan.. tak mustahil lah sekiranya sentiasa membuat penambaikan dalam pdp mereka

    BalasPadam