Wanra hijau yang dipaparkan dalam sistem bermaksud terdapat kekosongan, manakala warna merah bermaksud penjawatan telah diisi penuh. Pejabat Pendidikan Wilayah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri akan berperanan sebagai pembuat keputusan dan kelulusan bagi semua permohonan pertukaran. Manakala Kementerian Pendidikan adalah sebagai pembuat dasar dan penguatkuasa.
Sistem Traffic Light Dalam Pertukaran Guru |
Kebaikan menggunakan sistem traffic light ini dalam pertukaran guru adalah membolehkan para guru melihat terus peluang untuk mereka bertukar. Ini akan membantu guru untuk memilih mana-mana negeri berdasarkan indikator warna yang dipaparkan.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata antara alasan yang dikemukakan semasa guru membuat permohonan adalah mengikut pasangan, sakit kronik dan ancaman keselamatan. Walaubagaimanapun, kelulusan permohonan pertukaran guru adalah bergantung kepada tiga perkara utama, iaitu keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan juga keperluan opsyen di negeri yang dimohon.
Bagi sesi Jun 2015, sebanyak 16 296 permohonan pertukaran guru telah dibuat. Sebanyak 719 permohonan telah diluluskan. Proses pertukaran guru masih dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan iaitu Prosedur Kualiti PK 02, Pengurusan Pertukaran Guru yang berlandaskan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008.
Permintaan ke negeri Kelantan adalah yang paling tinggi, diikuti Kedah dan Terengganu. Sehingga Jun 2015, pertukaran guru masih dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada Januari dan Jun setiap tahun. Permohonan pertukaran bagi Jun adalah bermula pada 1 April hingga 25 April, manakala permohonan bagi pertukaran Januari adalah bermula pada 1 September hingga 30 September.
Sumber : http://m.utusan.com.my/berita/nasional/16-296-guru-minta-bertukar-sesi-jun-2015-1.106458
0 Ulasan