Mujurlah adik-adik yang berada dalam Bilik Mesyuarat tu sabar menunggu saya. He3.. Maafkan cikgu sekali lagi yer. Memandangkan ruang yang kurang mencukupi, maka bilangan pelajar yang menyertai ceramah ini adalah lebih kurang 90 orang, iaitu pelajar dari 4 kelas. Sebaik sahaja selesai menguruskan diri, saya terus memulakan sesi saya selama 2 jam tersebut.
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar ini mempunyai kefahaman yang sederhana dan masih boleh ditingkatkan. Beberapa konsep yang diuji memperlihatkan tahap penguasaan mereka terhadap subjek tersebut. Walaubagaimanapun komitmen mereka sepanjang sesi tersebut adalah sangat memuaskan dan interaksi yang sangat baik antara mereka dan saya.
Tanpa diduga juga, rupanya salah seorang guru yang setia menemani pelajar ini untuk sesi ceramah saya adalah merupakan guru yang pernah saya gantikan semasa beliau cuti bersalin semasa berkhidmat di SM Teknik Kangar sebagai guru bagi subjek Kimia. Pertemuan tanpa diduga dengan tuan empunya badan benar-benar memberi kesan kepada saya. Kecik nya dunia!
Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua adik-adik daripada SMK Changlun ini. Semoga berjaya menempa kejayaan bagi subjek Sains untuk PT3 yang dijangka berlangsung pada bulan Oktober nanti. Sampai bertemu lagi!
0 Ulasan