About Me

Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh

Misi perkongsian ilmu saya di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka tidak terhenti di situ sahaja. Minggu yang sama juga saya berkesempatan untuk berkongsi dengan sekumpulan rakan guru daripada sekolah agama swasta di Kuala Lumpur. Ini juga ceramah pertama saya bersama guru-guru untuk perkongsian mengenai Micro Teaching. Secara jujur, saya terima tawaran ini kerana peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama rakan-rakan guru yang pada asasnya tidak pernah mendapat sebarang pendidikan formal dalam bidang pendidikan.


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Sesi ceramah ini diuruskan oleh Pengurusan Al-Amin dan kumpulan Musleh yang memiliki beberapa rangkaian sekolah agama swasta sekitar Kuala Lumpur. Seramai 62 orang guru daripada 9 buah sekolah agama telah hadir bagi sesi perkongsian ini. Pada mulanya dimaklumkan hanya dengan guru-guru yang baru mula mengajar di sekolah tersebut. Tetapi rupanya ramai yang nak mengikuti sesi perkongsian ini, termasuk juga guru-guru yang sudah mempunyai pengalaman mengajar lebih 10 tahun! Hu3..


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Sesi perkongsian dibahagikan kepada 2 bahagian. Sesi pertama adalah mengenai Pengurusan Bilik Darjah dan sesi kedua adalah mengenai Micro Teaching.

Sesi pertama saya lebih banyak kongsikan mengenai bagaimana menguruskan bilik darjah dengan berkesan,  rutin bilik darjah, masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Selain itu saya masukkan juga perkongsian mengenai ciri-ciri guru yang efektif dan juga dah tentu saya masukkan sekali dengan SKPM Standard 4 yang banyak memfokuskan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.



Sesi kedua pula saya fokuskan kepada Micro Teaching. Sedikit pengenalan mengenai micro teaching, ciri-ciri set induksi yang menarik, serta bagaimana mengembangkan pengajaran dan pembelajaran semasa proses tersebut berlangsung dalam kelas. 

Sesi kemudiannya lebih menarik, lebih hands-on apabila ada sesi bagi guru-guru berbincang memikirkan satu rancangan pengajaran sebelum tampil berkongsi mengajar di depan dewan. 

Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Selesai sesi perbincangan mengikut sekolah masing-masing, maka bermula lah sesi pembentangan micro teaching yang seperti mengajar di dalam kelas masing-masing. Saya cukup kagum sebenarnya melihat kan kesungguhan guru-guru ini memberikan yang terbaik semasa sesi perbincangan dan juga pembentangan. 

Walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam pendidikan, tetapi kesungguhan mereka sangat memberi kesan kepada saya. Sehingga kan saya terpikir, betapa ruginya apabila sebahagian daripada insan-insan yang telah dipilih menjadi guru tetap, tetapi melaksanakan nya dengan alang-alang sahaja. Alangkah lebih baik, jika mereka juga dapat menyerap semangat guru-guru ini.


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Sesi ini berlangsung dengan sungguh santai. Kebanyakkan mereka juga sungguh sporting, santai dan rileks. Hanya ada beberapa penambahbaikan kecil yang boleh dilakukan bagi menambahbaik lagi sesi micro teaching mereka. Terbaik!

Setelah selesai semua sesi, majlis penyampaian cenderamata kepada encik penceramah. Tetiba plak saya dijemput untuk memberikan Sijil Pencapaian kepada guru-guru rangkaian Al-Amin yang telah berjaya menamatkan semua modul dengan cemerlang dan kini layak bergelar pendidik di rangkaian Al-Amin dan Musleh. Tahniah!!


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Sesi tamat pada jam 4 petang. Dari saya, saya rasakan saya sudah melakukan yang terbaik bagi perkongsian bersama rakan guru di sini. Semoga sedikit perkongsian ilmu nih akan menjadi ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada guru-guru ini untuk dipraktikkan bersama anak-anak pelajar di sekolah nanti. Semoga berjumpa lagi! 




Catat Ulasan

0 Ulasan