About Me

SKPM Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran Berkesan

Berdasarkan kepada Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model yang lain, JNJK telah menggubal SKPM 2010 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) sebagai rujukan kepada penilaian kualiti sekolah di Malaysia, yang mengandungi 5 Standard yang perlu dicapai iaitu:
Standard 1 : Kepimpinan dan Hala Tuju
Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid
Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran
Standard 5 : Kemenjadian Murid

DOWNLOAD SKPM 2010 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

SKPM Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran Berkesan


Bagi entri untuk kali ini, saya ingin memfokuskan kepada Standard 4 iaitu piawaian yang lebih menjurus kepada peranan guru dalam memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Aspek-aspek yang diperincikan dalam Standard 4 ini ternyata boleh membawa kita ke arah menghasilkan guru-guru yang berkualiti tinggi yang kreatif dan berinovasi.
 
Huraian Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran (m/s 88 - 99)
Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru haruslah memastikan :
1) penglibatan murid dalam aktiviti p&p bagi membolehkan pengajaran berkesan
2) penguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat
3) hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran
4) perancangan dan persediaan yang rapi bagi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
5) kaedah penyampaian yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran
6) komunikasi yang mudah dan berkesan bagi mempercepatkan pemahaman murid dan menggalakkan pembelajaran murid
7) penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid
8) penilaian yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan p&p
9) kepelbagaian teknik menyoal bagi meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran serta memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis murid
10) penguasaan fakta dan konsep bagi membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat
11) pengurusan kelas yang cekap bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan p&p
12) pematuhan etika kerja dan amalan nilai positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru

Penglibatan Murid


Aspek 4.1 Penglibatan Murid
- hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan / memberi respons kepada guru / membuat catatan / membuat gerakan fizikal atau arahan guru
- hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru, atau murid dengan bahan
- hampir keseluruhan murid memberi tumpuan kepada pelajaran pada sepanjang waktu pembelajaran


Aspek 4.2 Penguasaan Pembelajaran Murid
- Murid dapat memberi respon dengan tepat kepada arahan / soalan guru
- Murid memberi pandangan atau idea yang sesuai dan berkaitan dengan pelajaran
- Murid berupaya melakukan tugasan secara akses kendiri, terarah kendiri atau kadar kendiri
- Hampir keseluruhan murid mencapai objektif pembelajaran


Aspek 4.3 Hasil Kerja Murid
- Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan dengan kemas serta mematuhi prosedur dan format
- Hampir keseluruhan murid menyiapkan semua tugasan atau latihan yang diberikan
- Hampir keseluruhan murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan secara berterusan
- Jumlah dan kekerapan tugasan atau latihan yang dibuat sesuai dengan keupayaan murid

Hasil kerja murid


Aspek 4.4 Perancangan dan Persediaan Guru
- Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan meliputi sepanjang tahun pembelajaran berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan
- Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan bersesuaian dengan Rancangan Pelajaran Tahunan. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.
- Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran
- Refleksi p&p digunakan sebagai panduan untuk merancang Rancangan Pelajaran Harian yang seterusnya


Aspek 4.5 Kaedah Penyampaian
- Guru mewujudkan kesediaan kepada pelajar untuk belajar
- Kaedah pengajaran adalah sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid
- Aktiviti yang dilaksanakan berkait rapat dengan pengalaman atau pengetahuan murid
- Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak)
- Aktiviti yang dijalankan menarik dan menjurus kepada pencapaian objektif pelajaran
- Aktiviti pembelajaran merangsang pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk nilai dalam kalangan murid
- Aktiviti pemulihan dan pengayaan dilaksanakan dengan terancang
- Guru menyampaikan pelajaran dengan fleksibel mengikut situasi
- Masa pelajaran digunakan dengan optimum

 

Aspek 4.6 Kemahiran Komunikasi
- Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat dan nada suara yang sesuai
- Guru berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan
- Guru berjaya memotivasikan murid dengan memberi galakan dan pujian


Aspek 4.7 Penggunaan Sumber Pendidikan
- Guru memilih / menyediakan sumber pendidikan yang sesuai, menarik dan merangsang pemikiran murid
- Penggunaan sumber pendidikan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran
- Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan


Aspek 4.8 Penilaian
- Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat penilaian formatif semasa p&p untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid serta memastikan objektif / hasil pembelajaran tercapai
- Guru menggunakan maklum balas penilaian formatif untuk membentuk tindakan pembetulan / penambahbaikan segera dalam p&p
- Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten

Teknik Penyoalan


Aspek 4.9 Teknik Penyoalan
- Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah, meliputi pelbagai aras kognitif dan disebarkan ke seluruh kelas
- Guru memberi respons yang sesuai kepada soalan murid
- Soalan yang dikemukakan berjaya meningkatkan minat hampir keseluruhan murid untuk terlibat dengan p&p
- Soalan yang dikemukakan dapat mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid


Aspek 4.10 Penguasaan Isi Kandungan
- Guru berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran
- Guru dapat menjelaskan konsep / fakta atau memberi jawapan dengan jelas, yakin dan tepat
- Guru menghuraikan isi pelajaran dengan mengaitkannya dengan isu semasa / pengalaman murid
- Guru berkemahiran memeringkatkan isi pelajaran mengikut tahap potensi murid


Aspek 4.11 Pengurusan Kelas
- Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses p&p
- Guru berjaya mengawal tingkahlaku murid dengan menegaskan pematuhan kepada peraturan serta memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran
- Guru menegur salah laku murid (jika berlaku) dengan serta merta tanpa menjejaskan maruah mereka
- Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran

Pengurusan Kelas


Aspek 4.12 Amalan Profesionalisme Keguruan
- Guru menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam menyampaikan pelajaran
- Guru prihatin terhadap pelajaran murid dan bersikap adil serta bertimbang rasa terhadap setiap murid dalam kelasnya
- Guru menepati masa
- Guru bersikap mesra, sabar dan mudah didekati
- Guru memperlihatkan perwatakan positif dan mengamalkan nilai murni yang boleh dicontohi murid


DOWNLOAD SKPM 2010 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia


Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Yup.. Memang boleh berjaya kalau ikut.. ;)

    BalasPadam
  2. cikgu..kalu dlm kelas ramai murid yg xmau blajar camne....cikgu dh sungguh2..cuba mcm2.. tp xmenjadi juga...leh bagi tips?

    BalasPadam
  3. perlu diingatkan setiap masa kpd semua guru. ini tugas
    asas seorang guru. tk

    BalasPadam
  4. Berdasarkan aspek 4.3 iaitu hasil kerja murid. Apabila diberikan kerja y perlu disalin di papan putih, murid2 gagal untuk menyalin dan menyiapkan semua soalan yang diberi.

    Saya mengambil inisiatif lain iaitu menyediakan lembaran kerja kpd setiap murid... tetapi persoalannya. Sampai bila murid perlu disediakan lembaran kerja... dan aspek penulisan murid juga menjadi kebimbangan saya.

    Apa yang patut saya lakukan? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cadangan saya, sekali sekala selang selikan memberi lembaran kerja dan juga mencatat daripada papan putih. Buat sedikit ansur maju dalam usaha ini. Maksudnya, bagi salin sedikit daripada papan putih. Kemudian tambah kuantiti dari masa ke semasa bergantung kepada tahap kemampuan mereka. Selamat mencuba cikgu.. ;)

      Padam
  5. Cikgu bagaimana cara cikgu mengatasi trend murid di sekolah yang malas htr kerja rumah dan tidak menyiapkan kerja rumah mereka. Dah besar2 takkan nak didenda dan dimarahi selalu... Mohon idea cikgu. Trm kasih cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu Ieta,
      Saya cadangkan cikgu tidak perlu beri kerja rumah.
      Buat latihan dalam kelas dan bincang dalam kelas. Apabila ibu bapa tanya, berilah justifikasi. Dalam SKPM Standard 4 aspek 4.3 iaitu Hasil kerja murid menyatakan murid menghasilkan tugasan atau latihan dengan kemas. Tidak menyatakan perlu buat di rumah. Maaf cikgu, sekadar pandangan.

      Padam
    2. Cdgn diterima cikgu. Trm kasih ya ^__^

      Padam
  6. Tahniah, Cikgu.. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  7. PdP amat berkesan jika guru gunakan Standard 4 keseluruhan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau pengurusan sekolah gunakan buku SKPM... bukan setakat PdP sahaja berkesan... dah tentu layak untuk Tawaran Baharu Pengetua/ Guru Besar

      Padam
  8. Satu artikel yg baik, Izinkan saya menggunakan bahan tuan untuk tujuan pdp

    BalasPadam
  9. 100% guru wajib memahami,menghayati, mengamalkan dan berkongsi amalan terbaik PdP berasaskan 12 aspek S4.

    BalasPadam
  10. Tahniah cikgu Hailimi berkongsi kompetensi berkaitan Standard 4

    BalasPadam
  11. Setiap guru wajib membaca, memahami, menghayati, ingat, simpan dalam memori, dan melaksanakannya untuk warga pendidikan...standard 4 .berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran kepada pelajar, guru dan ibu bapa...atau siapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan pendidikan. Kualiti pendidikan mesti dicapai dengan kerjasama semua pihak.Terima kasih.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum wbt...
    setelah dicerap oleh pegawai ppd dan mendapat markah 70%, adakah bermaksud guru tidak memenuhi prestasi kerja yg tlh ditetapkan... mohon pencerahan... tq

    BalasPadam
  13. saya ingin mendapatkan penjelasan tentang 4.7 penggunaan sumber pendidikan. Boleh jelaskan jenis2 sumber pendidikan dan contoh...tkasih daun keladi

    BalasPadam
  14. SKPM Standard 4 memang amat berguna dalam memacu kecemerlangan PdP seorang guru. Namun amat menyedihkan jika 12 element dalam standard 4 itu pun guru tidak dapat menghayati dengan baik

    BalasPadam
  15. 100% guru wajib memahami,menghayati, mengamalkan dan berkongsi amalan terbaik PdP berasaskan 12 aspek S4.

    BalasPadam
  16. Terbaik kerana memberi perkongsian. Thumb up to you.

    BalasPadam
  17. Very best along with Least expensive Jabodetabek Confidential Classes, the personnel plus tutors are available to your house, arranged your personal analysis program and can opt for any kind of field involving analysis ... click https://bimbel-calistung.netlify.app/les-privat-calistung-kemayoran.html for more information

    BalasPadam
  18. Maybe you will see a cheaper fee versus table above, make certain again in regards to the qualifications of the teacher / Kindergarten teacher recommended to your account ... for detail https://fisika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-fisika-di-tanah-abang.html

    BalasPadam
  19. Are you ready to set about a transformative language chance to learn? Look no further than Executive-Education.id's language you are studying course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers a holistic method of language acquisition. Explore the good thing about a different language, broaden your horizons, and get a edge against your competitors in today's interconnected world. Go to https://kursus-turki.github.io/kursus-bahasa-turki-kebayoran-baru.html for latest information.

    BalasPadam