About Me

Bercuti ke Pontianak : Hari 3

Hari ketiga kami di Pontianak hanya berkisar kepada perjalanan pulang dari Pontianak ke Malaysia. Bagi menjaga masa supaya tiba di persempadanan sebelum pintu sempadan ditutup pada jam 6 petang, maka kami bangun pada jam 5 pagi, bersiap dan kemudiannya bersarapan pada jam 6. Lebih awal lebih bagus. Mana tahu ada apa-apa di pertengahan jalan yang boleh melambatkan masa anda.


Melintasi Jambatan Sungai Kapuas Pontianak sebelum pulang ke Malaysia
Melintasi Jambatan Sungai Kapuas Pontianak sebelum pulang ke Malaysia

Selesai bersarapan, tanpa buang masa, kami terus bergerak menuju arah Jambatan Sungai Kapuas. Sebelum mengikut arah seterusnya, minyak diisi penuh terlebih dahulu. Dicadangkan Rp150 000, iaitu lebih kurang RM45. Ini adalah kali pertama kam isi minyak semula, selepas isian minyak yang terakhir di Tebedu, Sarawak. Jimat kan?


Pertamina yang paling hampir dengan bandar Pontianak sebelum perjalanan pulang ke Malaysia
Pertamina yang paling hampir dengan bandar Pontianak sebelum perjalanan pulang ke Malaysia

Sebagai maklumat tambahan, berikut adalah istilah yang anda kena tahu bila nak isi minyak di Indonesia :

BBM (be.be.em), bahan bakar minyak = bahanapi
Pertamina = stesyen minyak (kalau di Malaysia, lebih kurang Petronas ler)
Pentamax = petrol kualiti tinggi (kalau di Malaysia, lebih kurang RON97)
Premium = petrol kualiti sederhana (kalau di Malaysia, lebih kurang RON95)
Solar = diesel

Di sepanjang jalan juga akan ada kelihatan, Pertamini, iaitu stesyen minyak mini yang menjual Premium (petrol) atau pun Solar (diesel). Tapi tahap kebolehpercayaan tu tak dapat nak dipastikan. Saya syorkan lebih baik isi di Pertamina. Lebih selamat. Lebih dipercayai.


Perjalanan diteruskan dengan mengikut jalan seperti yang ditanyakan kepada staf di hotel. Sepanjang jalan agak pelik jugak, sebab melihat pemandangan baru yang macam tak pernah tengok. Beberapa kali berhenti bertanya, tetapi masih menunjukkan arah yang betul. Tips bertanya yang betul adalah, "jalan ke Entikong", bukan "jalan ke Malaysia". 

Tiba di satu persimpangan di Tayan, maka kelihatan signboard ke "Pekan Sosok". Maka betullah ini adalah jalan yang betul menuju arah ke Entikong.

Walaubagaimanapun, jalan yang kami lalui adalah jalan yang tidak sama seperti jalan kami pergi ke Pontianak. Jalan Tayan - Sosok ini rosak teruk. Jalan dengan tanah merah dan berlubang-lubang ini memang sangat tak digalakkan untuk diikuti. Walaupun dekat (menjimatkan masa lebih kurang 1 setengah jam) tetapi azab nak menunggu penghujung jalan nih, hanya anda saja yang akan  tahu. 


Jalan Tayan - Sosok ini rosak teruk

Jalan Tayan - Sosok ini rosak teruk


Jika anda menggunakan kereta 4X4, saya amat mencadangkan jalan Tayan - Sosok ini kerana akan menjimatkan masa perjalanan anda. Tapi jika menggunakan kereta cantik, saya cadangkan baik saja gunakan jalan Pontianak - Sungai Pinyuh - Anjungan - Senakin - Ngabang dan akhirnya tiba di Sosok.

Disebabkan kami TERguna Jalan Tayan - Sosok, maka kami tiba di persempadanan hanya menggunakan masa 6 jam setengah. Kalau tak salah saya jam 3 petang dah tiba di Imigresen Indonesia. 

Urusan passport dan juga kereta kali ini berlaku dengan lebih cepat berbanding dahulu. Tak sampai 30 minit sudah melepasi bahagian Indonesia dan juga bahagian Malaysia. Sedangkan masa nak masuk, 2 jam! 


Sempadan Entikong - Tebedu
Sempadan Entikong - Tebedu

Alhamdulillah dapat kembali ke Malaysia dengan selamat. Satu perjalanan yang cukup meninggalkan kenangan buat kami. Melihat negara orang dengan masuk ke kampung-kampung jauh lebih indah berbanding masuk ke kota besar dengan menggunakan kapal terbang. Rasa lebih dekat. Rasa lebih akrab.

Benar kata orang-orang dulu, Jauh perjalanan, luas pandangan!



TRAVELOG LENGKAP KE PONTIANAK
Bercuti ke Pontianak : Hari 1 (Perjalanan Pergi)
Bercuti ke Pontianak : Hari 2 (Tempat Menarik di Pontianak)
Bercuti ke Pontianak : Hari 3 (Perjalanan Balik)


Catat Ulasan

2 Ulasan