About Me

Bengkel Penyediaan Bahan VLE Guru Cemerlang 2014 Peringkat Negeri Sarawak

Kali ini saya berpeluang untuk mengikuti Bengkel Penyediaan Bahan VLE atau lebih dikenali sebagai FROG untuk Guru Cemerlang. Bengkel yang dijalankan adalah untuk peringkat negeri Sarawak, kerana melibatkan Guru Cemerlang dari PPD Sibu, Selangau, Kanowit, Sarikei, Julau, Meradong, Kapit, Song, Mukah, Dalat, Daro dan Saratok.


Bengkel Penyediaan Bahan VLE Guru Cemerlang 2014 Peringkat Negeri Sarawak


Daripada apa yang saya fahamkan sepanjang mengikuti bengkel 3 hari ini, semua Guru Cemerlang ini dikehendaki menyiapkan sekurang-kurangnya 1 page mengenai topik tertentu mengikut subjek kepakaran masing-masing. Page VLE ini kemudiaannya akan dikongsikan dengan KPM, dan jika bahan yang dihasilkan adalah bagus dengan kualiti tertentu, maka bahan itu akan dikongsikan pula dengan guru-guru lain di seluruh Malaysia.

Maka, untuk bengkel ini, kami diajar cara menghasilkan page masing-masing. Beberapa panduan seperti memuatnaik gambar dan video juga diajar. Pengajaran lebih berfokus kepada penyediaan kandungan, bukan kepada rekabentuk dan susunatur.


Bengkel Penyediaan Bahan VLE Guru Cemerlang 2014 Peringkat Negeri Sarawak


Secara jujurnya, sekalipun dah 2 tahun berblogging, tapi bila nak gunakan Frog VLE ini, terkedek-kedek juga saya dibuatnya. Butang dan function yang berbeza juga menyebabkan saya terpaksa explore dulu, sebelum melakukan apa-apa perkongsian dalam page saya. 

Walaupun ada part yang lebih kurang fungsinya, tapi ada lah jugak sikit-sikit yang masih boleh dipelajari. 

Setelah bertungkus lumus untuk 3 hari, maka ini lah hasil saya. Design page adalah menggunakan template yang disediakan. Tajuk pilihan saya adalah Ujian Makanan, subjek Sains Tingkatan 2.


Bengkel Penyediaan Bahan VLE Guru Cemerlang 2014 Peringkat Negeri Sarawak


Secara peribadi, platform Frog VLE ini merupakan inisiatif yang sangat bagus jika digunakan dan jika sekiranya dapat berfungsi dengan baik. Banyak kelebihannya, terutamanya bab perkongsian ilmu dalam kalangan guru-guru.

Walaubagaimanapun, jika dapat diperbaiki permasalahan yang wujud di sekolah dan pada platform itu sendiri, saya yakin ianya boleh menjadi sesuatu yang lebih berjaya dan bermakna!


Catat Ulasan

0 Ulasan