Berikut adalah manual am atau pun panduan pelaksanaan Ujian Bertutur. Semoga boleh jadi panduan yang berguna untuk adik-adik yang nak menghadapi Ujian Bertutur PT3 nanti.

Manual Am Panduan Pelaksanaan Ujian Bertutur NEW!


1. Ujian bertutur dijalankan sekali sahaja mengikut jadual yang ditetapkan

2. Guru menentukan lebih awal kumpulan murid bagi setiap sesi ujian yang melibatkan 4-5 orang murid. Ujian dijalankan dalam bentuk kumpulan.

3. Ujian ini dijalankan secara serentak dalam beberapa kumpulan.

4. Ujian dijalankan dalam bilik yang disediakan.

5. Setiap kumpulan akan ditempatkan dalam bilik kuarantin terlebih dahulu secara bergilir sebelum menduduki ujian bertutur.

6. Semasa di dalam Bilik Kuarantin, murid perlu mengisi butiran peribadi yang terdapat di dalam borang penskoran. Mereka juga akan diberikan tugasan oleh guru beserta masa perbincangan selama 10 minit sebagai persiapan sebelum ujian dijalankan.


Manual Am Pelaksanaan Ujian Bertutur NEW!


7. Semasa ujian dijalankan guru berperanan sebagai fasilitator / pentaksir.

8. Ujian dijalankan dalam tempoh 10 hingga 12 minit.

9. Setiap ahli dalam kumpulan perlu memperlihatkan kemampuan berlisan.

10. Pentaksir menilai calon dengan melengkapkan borang pemarkahan yang telah disediaan mengikut peringkat dan kriteria penskoran yang telah disediakan.

11. Walaupun ujian ini dijalankan secara berkumpulan, markah diberikan secara individu.

12. Borang markah hendaklah ditandatangani oleh pentaksir dan calon.

13. Pentaksiran dijalankan sekali sahaja dan tidak boleh diulang-ulang.


Semoga berjaya yer!