Dah hampir jadi lumrah, setiap kali ada pelajar yang dibawa ke KL, maka saya pasti akan cuba usahakan untuk bawa mereka mengunjungi beberapa tempat sekitar KL, terutama sekali KLCC. Menara kebanggaan rakyat Malaysia!
Saya pilih untuk menginap di hotel kawasan KL Sentral sebab senang nak bergerak nanti ke mana-mana destinasi, termasuk untuk perjalanan balik menuju ke KLIA2 nanti. Jadi dari sana senang lah kami bergerak ke tempat yang nak dituju. Jadi sasaran pertama adalah KLCC!
Sampai ke KLCC, macam biasa ada sesi-sesi bergambar di taman. Tentulah mereka excited sangat. Sebelum nih tengok dalam TV, tengok dalam buku, majalah saja. Sekarang dah tengok sendiri Menara Berkembar Petronas dengan mata sendiri. So, kalau mereka nak excited terlebih pun, saya tak marah.. ;)
Habis bergambar, kami bergerak ke Petrosains. Hajat hati memang nak masuk dalam tengok dan alami sendiri keajaiban dunia Sains di Petrosains. Sayangnya, masa kami sampai, tiket untuk hari tersebut dah habis dijual. Sedihnya la hai! Tak tau bila lah lagi nak dapat datang bawak budak-budak nih. Apa-apa pun redho jer lah. Bukan rezeki kami.
So, tak nak menghampakan pelajar-pelajar saya, maka bergambar lah sket kat pintu masuk Petrosains tu. Sekurang-kurangnya dah boleh bagitau dah pernah sampai Petrosains kan?. He3..
Dalam pada itu, terima kasih tak terhingga buat Kak Yu dan Kak Mimi dari ASWARA yang sanggup menemani kitorang jalan-jalan. Walaupun jelas nampak keletihan di muka Kak Yu yang terlibat sebagai fasi untuk #kamera2014, tapi Kak Yu tetap sudi nak bawak kitorang pegi jalan-jalan. Kali nih dia bawak ke Times Square!
Antara tempat yang menjadi fokus utama adalah theme park dia lah. Super teruja bila pelajar-pelajar saya tengok benda-benda camtu. Sebenarnya, cikgu dia pun lebih kurang je. Ha3..
Oleh sebab keletihan, maka Kak Yu dan Kak Mimie hanya tunggu di luar. Bersama juga dengan Roderick yang tak nak masuk. Gayat mungkin! Jadi hanya saya, Charry, Esther dan Lilian yang bergumbira di dalam sana. Part paling best dah tentu lah naik roller coaster! Hak3.. lagi best kalau dapat rakam video sepanjang naik benda alah tu..
Selesai di sana, maka kami pun bergerak kembali ke hotel tempat kami menginap. Manakala Kak Yu dan Kak Mimi pulak, meneruskan perjalanan kembali ke ASWARA. TQ banyak yer atas kesudian menemani kami!
Esok pagi pulak, disebabkan si Charry nih nak mencari keyboard, maka pada awal pagi kitorang dah keluar ke Plaza Low Yat. Disebabkan menginap di kawasan KL Sentral, maka kami gunakan monorel untuk ke sana. Sekejap je kan.
Plaza Low Yat ni jugak adalah antara destinasi yang saya akan bawa pelajar jika berkunjung ke KL. Boleh kata nak apa saja barang-barang komputer, telefon, gajet terkini semua nya ada kat sini. Pilihan pun banyak. Kalau pandai mencari, boleh dapat dengan harga yang murah dan lebih baik.
Dah dapat barang yang dicari, maka kami terus pulang ke hotel untuk check out dan bergerak ke KLIA2. Walaupun penerbangan sebenarnya adalah pada jam 4 petang, tetapi atas nasihat mereka yang kerap ke sana, maka kami terus bergerak untuk tiba di sana seawal mungkin.
Memang awal kami sampai kat KLIA2. 4 jam sebelum penerbangan! Sambil menunggu untuk drop luggage, maka sempat jugaklah kami pusing-pusing meninjau kedai-kedai di KLIA2. Persekitaran dia jauh lebih selesa berbanding LCCT dulu. Jadi tak kisah sangat lah kalau berada awal di sini pun.
Akhirnya, selesai drop luggage maka bergerak lah ke Balai Pelepasan. Agak sedih untuk meninggalkan kenangan-kenangan yang best sepanjang hampir 1 minggu berada di KL. Terutamanya yang berkaitan dengan Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014!
Saya berharap, moga ilmu dan pengetahuan yang diperolehi semasa #kamera2014 ini boleh menjadi sesuatu yang berharga dan boleh digunakan pada masa akan datang bagi pelajar-pelajar ini. InshaAllah ada rezeki, kita jumpa lagi yer!
0 Ulasan