About Me

Salah Guna Kawalan Kehamilan

Seperti yang dikongsikan sebelum ini 6 kaedah kawalan kehamilan yang boleh dipraktiskan oleh pasangan yang sudah berkahwin, sudah pasti akan ada berlaku penyalahgunaan terhadap kaedah kawalan tersebut. Tiada kawalan yang tegas terhadap penjualan alat cegah hamil dan juga penjualan yang berleluasa, membolehkan golongan yang tidak sepatutnya mendapatkan bahan tersebut, boleh mendapatkannya dengan mudah. 

Salah Guna Kawalan Kehamilan

Di sini saya kongsikan beberapa keburukan yang diakibatkan oleh salah guna kawalan kehamilan.

1. Merebaknya Gejala Sosial
Oleh kerana mudahnya golongan remaja untuk mendapatkan alat cegah hamil ini, maka tidak mustahil ada yang mengambil kesempatan di atas perkara ini. Seks sebelum nikah dan bertukar-tukar pasangan boleh mengakibatkan keruntuhan masyarakat bermoral. Gejala sosial yang berleluasa juga boleh mendorong kepada perkara-perkara yang tidak bermoral lain seperti kes buang anak dan dera seksual.

2. Penyakit Seks Yang Berleluasa
Kaedah kawalan kehamilan yang digunakan kadang-kadang juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Maka ini boleh mendedahkan remaja kepada penyakit yang berkaitan dengan sistem seksual seperti siflis dan gonorhea.

3. Peningkatan Kadar Jenayah
Penggunaan alat cegah hamil bagi tujuan yang disalahgunakan juga boleh mengakibatkan peningkatan pada kadar jenayah. Kes buang bayi dan jenayah rogol boleh berlaku apabila bahan-bahan ini boleh didapati dengan mudah.

4. Kemandulan Kekal
Bagi kebanyakan remaja yang ingin mencuba kaedah kawalan kehamilan ini, beberapa risiko terpaksa diambil seperti kemandulan kekal. Ini boleh berpunca daripada bahan kimia yang digunakan atau juga pil cegah hamil yang boleh menganggu hormon badan. Gangguan yang berlaku memungkinkan berlakunya kemandulan kekal kepada seseorang individu itu.


Seperti yang telah saya jelaskan berulangkali dalam artikel sebelum ini, penggunaan kaedah kawalan kehamilan ini hanyalah untuk pasangan yang sudah berkahwin. Penyalahgunaan kaedah ini boleh membawa kepada kemudaratan jangka masa pendek, dan jangka masa panjang.


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. benda2 ni dah makin banyak org g belum kawin pun dh biasa beli

    BalasPadam
  2. budak2 pun makin licik sekarang ni....ohhh duniaa

    BalasPadam
  3. dah terdedah luas dan mudah dapat tak segan-segan membelinya.

    BalasPadam
  4. Urmmm.. Kena bawa kad kawin kalau nak beli :-)

    BalasPadam
  5. apakah penyakit siflis dan gonorhea?Boleh jelaskan sedikit? :) thanks..

    BalasPadam
  6. boleh tak cikgu jelaskan maksud penyakit siflis dan gonorhea?

    BalasPadam
  7. boleh tak cikgu jelaskan maksud penyakit siflis dan gonorhea?

    BalasPadam
  8. cikgu dah update pada artikel yang terbaru yer.. boleh tengok kat sini
    http://www.cikguhailmi.com/2014/03/8-penyakit-jangkitan-seksual-std.html

    BalasPadam
  9. terbaiklah cikgu ni

    http://sek-kesihatan.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Ia membantu saya utk membuat PBL sains di sekolah saya. Terima kasih cikgu!

    BalasPadam