About Me

Pusat Tingkatan Enam Mula Operasi

Kuala Lumpur: Penubuhan dua Pusat Tingkatan Enam pertama di negara ini iaitu masing-masing di Kota Kinabalu, Sabah dan di Petaling Jaya, Selangor memberi peluang kepada pelajar Tingkatan Enam merasai pengalaman belajar seperti di kolej atau pusat matrikulasi.
 
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya 2, Kota Kinabalu, Sabah sebagai Pusat Tingkatan Enam mula beroperasi pada 5 Februari lalu, manakala SMK Petaling Jaya, Selangor pula memulakan sesi persekolahan pada 17 Februari lalu. 


Pusat Tingkatan Enam Mula Operasi

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan, Datuk Mazlan Mohamad, berkata berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan pada November tahun lalu, kementerian meluluskan dua fokus utama iaitu berkaitan pengoperasian premis dan pakaian.

Beliau berkata, premis merujuk kepada penggunaan bangunan sekolah baharu sebagai Pusat Tingkat Enam yang dikategorikan sebagai Mod 1, manakala 14 sekolah lagi dikategorikan dalam Mod 2 yang juga akan bermula tahun ini.

Dikategori Mod berbeza


Mod 1 merujuk kepada sekolah yang hanya menempatkan pelajar dan guru Tingkatan Enam saja, manakala Mod 2 pula ialah pelajar Tingkatan Enam tempatkan di blok berasingan tetapi di dalam sekolah aliran perdana, sementara Mod 3 pula pelajar bercampur dan berkongsi bangunan dengan pelajar sekolah harian biasa.


Mazlan berkata, tiga lagi Pusat Tingkatan Enam Mod 1 dijangka dibuka pada Mac hingga April ini iaitu SMK Sri Bandar Pontian, Johor; SMK Desa Mahkota, Kuala Lumpur dan SMK Taman Mahsuri, Kulim, Kedah. 


Katanya, satu sekolah Pusat Tingkatan Enam Mod 2 sudah beroperasi pada 2 Januari lalu iaitu di SMK Tunku Muhamad Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala 13 sekolah lagi dijangka dibuka di Kedah, Perak, Sabah dan Selangor.


Selain premis dan pakaian, kementerian juga akan memberi perincian kepada tiga lagi fokus utama iaitu pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum.


Bincang subjek bersesuaian


Semua aspek ini masih memerlukan perbincangan terperinci dengan banyak pihak termasuk universiti, bagi membincangkan mengenai mata pelajaran yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak universiti sekali gus memastikan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dapat menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), katanya ketika dihubungi BH semalam.


Beliau berkata, melalui penubuhan Pusat Tingkatan Enam itu, diharapkan sekolah dapat menawarkan lebih banyak pilihan mata pelajaran kepada pelajar sekali gus menjadikan ia sebagai pilihan utama pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT. 


Sumber

Catat Ulasan

57 Ulasan

  1. sekarang dah dahsyat dah diorang nabila.. ada sekolah sendiri.. ;)

    BalasPadam
  2. asalamualaikum saudara dan saudari sekalian, jika ingin membuat pemohonan ke pusat tingkatan enam ini macam mane ea???mohon pencerahan daripada yang ingin membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Faris.. tak perlu mohon untuk ke Tingkatan 6. Nama yang layak akan keluar senarai secara automatik.. Kalau tak tersenarai barulah buat rayuan.. Semoga berjaya yer!

      Padam
    2. Assalamualaikum,,,saya bekas pelajar smk petaling jaya,, smk petaling jaya terletak di PJS 5, taman medan...

      Padam
    3. TQ Rusdy untuk perkongsian.. Moga membantu mereka yang dah bertanya

      Padam
  3. Assalamualaikum Cikgu, Kelayakannya bagaimana ye? Saya tercari-cari di mana letaknya SMK Petaling Jaya tetapi tak berhasil. Di mana agaknya lokasi sekolah tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Hawa.. lokasi sekolah, cikgu sendiri pun tak tahu.. ;)
      Untuk kelayakan boleh tengok "Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6" http://www.cikguhailmi.com/2014/04/syarat-kelayakan-masuk-tingkatan-6.html

      Padam
    2. Assalamualaikum....saya pasti rmai yg t'cari2 lokasi SMK Petaling Jaya...sejujurnya lokasi sekolah ini agak trsorok...utk mncrinya anda perlu memasuki kawasan Taman Medan...berdekatan dengan tapak pasar malam dan pagi(dikenali sbg pasar ahad dikalangan penduduk setempat)

      Padam
    3. Terima kasih untuk yang berkongsi maklumat...

      Padam
    4. SMK Petaling Jaya berhampiran dengan Kg Dato Haron, PJ. Kira-kira 2km fr. stesen komuter kg dato haron

      Padam
  4. salam cikgu, tawaran kemasukan ke tingkatan 6 dapat bile ye...dan pendaftarannye pula bagaimana ye....semoga dpt ,mmbntu...terima kasih

    BalasPadam
  5. Salam cikgu,kalau dapat tawaran tingkatan 6,kemungkinan boleh ke dapat tawaran upu lagi?

    BalasPadam
  6. assalammualaikum w.b.t...cikgu...pusat tingkatan enam smk bandaraya 2, ada menyediakan asrama untuk pelajar ka ?

    BalasPadam
  7. assalammualaikum w.b.t...cikgu...pusat tingkatan enam smk bandaraya 2, ada menyediakan asrama untuk pelajar ka ?

    BalasPadam
  8. assalamualaikum cgu.. cgu,mcm mna cara nak tukar jurusan and besarkah peluang permohonan tukar jurusan tu diluluskan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. boleh cuba memohon.. tapi bergantung kepada banyak perkara.. antaranya ujian psikometrik dan yang lain...

      Untuk bertukar jurusan, boleh hubungi Guru Kaunseling di sekolah tingkatan 6 yang anda daftar. Ada kena isi borang dan buat ujian psikometrik.

      Padam
  9. assalamualaikum. pelajar yg layak tgktan 6 bg daerah pontian akan belajar di sk bandar pontian ?

    BalasPadam
  10. Cikgu, semalam dah rikey SMK Petaling Jaya... nampak gaya kena menghantar jugak le jawabnya. Adui, 3 orang anak mula jam 7.20 am, Sri Aman, Sult Ab. Samad & SMK PJ. Tawaf satu PJ lah jawabnya.... Bagi yang mencari SMK Petaling Jaya, boleh masuk dari Lebuhraya Persekutuan masuk ke belakang Kontena Nasional dan masuk area Taman Medan. Jangan masuk kat PJS5/1. Atau masuk melalui lebuhraya NPE, lepas tol, masuk kiri dan jalan terus ke dalam. Nape lah tak buat dekat dgn laluan LRT...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak puan atas perkongsian.. InshaAllah boleh bantu pelajar lain juga yang berminat ke SMK Petaling Jaya ini.. ;)

      Padam
  11. assalammualaikum....nak tnye adekah pusat tingkatan 6 ni menyediakan asrama utk pelajar....terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalikumsalam.. bergantung kepada sekolah.. ada yang ada asrama ada juga yang tidak.. boleh rujuk terus dengan sekolah terbabit

      Padam
  12. Assalamualaikum cikgu.Betul ke pelajar tingkatan enam tahun ini memakai pakaian bebas seperti pelajar matrik dan universiti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. setahu cikgu tak pulak.. mungkin bergantung kepada pusat tingkatan 6 masing-masing kot..

      Padam
  13. as'salam..boleh ke dftar ting.6 lewat?

    BalasPadam
  14. Nak tya..smk bandaraya dua kota kinabalu tu ada disediakan asrama ka?

    BalasPadam
  15. tumpang tanya, ada phone contact smk taman mahsuri tak ? i really need it

    BalasPadam
  16. Salam. Skolah f6 mana yg ada asrama ye kawasan kuala lumpur?

    BalasPadam
  17. Sesiapa ada tak yg tahu skolah tingkatan 6 mana yg sediakan asrama? anyone?

    BalasPadam
  18. Nak tanya. Betul ke stpm susah nak score?

    BalasPadam
  19. Assalammualaikum cikgu, sekolah smk petaling jaya ada sediakan asrama tak untuk tingkatan enam ?

    BalasPadam
  20. Pusat Tingkatan 6 Sri Bandar Pontian juga sudah mula beroperasi. Menempatkan 18 buah kelas. 9 kelas Junior dan 9 kelas Senior. 4 kelas adalah aliran sains iaitu 2 kelas senior dan 2 kelas junior. Asrama tidak disedialan. pelajar yang jauh telah menyewa di rumah yang berdekatan. Sekolah ini terletak di Taman Megah, Pontian, dikelilingi oleh taman perumahan. Pentadbiran setakat ini masih menggunakan pentadbiran yang asal. Sekolah ini menggabungkan 2 buah sekolah iatu SMK Dato' Penggawa Barat dan SMK Sri Pehentian. PK T6 dr SMK Dato' Penggawa Barat menjalankan tugas pentadbiran. PK T6 dari SMK Sri Perhentian menjalankan tugas HEP, dan dua PK kokurikulum masing-masing 1 dari sekolah asal diketuai oleh Guru KOKu dari SMK Sri Perhentian. Perjalanan sekolah berjalan lancar sambil menunggu struktur pertadbiran yang baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas perkongsian maklumat..
      inshaAllah ramai yang dapat manfaat dari info anda ini..
      terima kasih!

      Padam
  21. salam cikgu..adakah skolah2 lain di malaysia juga akn melaksanakan modul sprti skolah2 di ats?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. setakat pengetahuan saya, menjelang tahun depan semua sekolah yang dikhususkan untuk pusat tingkatan enam ini akan mula beroperasi sepenuhnya.. maka akan mengikut modul seperti yang tersedia sekarang..

      Padam
    2. maknanya semua sekolah yang mmpunyai tingktan 6 akan diubah imej pemakaian?..terima kasih ats perkongsian cikgu..

      Padam
    3. bergantung kepada pengurusan sekolah..

      Padam
  22. tumpang tanya, sekolah baru smk petaling jaya tu dekat mana yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh rujuk komen kat atas yer.. ada yang bagi petua camna nak ke sana.. ;)

      Padam
  23. Slm, sya stdent f6 SMK TAMAN MAHSURI.. Anyone ada x yg sma kampus dgn sya? :D

    BalasPadam
  24. Salam cikgu. Saya lepasan spm 2012. Macammana nak memohon untuk masuk ke tingkatan 6? Perlu ke ppd ke?

    BalasPadam
  25. Saya nak mengadakan lawatan sambil belajar di sekolah ini, boleh hubungi saya ke wakyatiman@yahoo.com

    BalasPadam
  26. Salam....
    Cikgu ...sekolah ni ade Form 6 kan ?....Subjek ape yg ade ek ?.....

    BalasPadam
  27. Salam sejahtera cikgu, nak tumpang tanya.. Bagaimana untuk memohon sebagai tenaga pengajar di Pusat Tingkatan Enam ni

    BalasPadam
  28. Salam cikgu.. Sekolah ni ada asrama tak?

    BalasPadam
  29. Salam ckgu..sek ni ade aliran sains x?asrama ade disediakn x?

    BalasPadam
  30. As-salam, cikgu Halim. Di SMK Bandaraya 2 KK tu ditawarkan Pengajian Perniagaan @ Perakaunan?

    BalasPadam
  31. Salam cg, bolehkah saya membuat rayuan untuk masuk ke pusat tingkatan 6 walaupun telah mendaftar tingkatan 6 di sekolah harian biasa

    BalasPadam
  32. Salam cikgu,cikgu taw tak skolah mna ada subjeck geografi d area KL nie? Sebab saya dah buntu..

    BalasPadam
  33. Slm cg.. Ada x skolah t6 yg berasrama dan masih boleh buat rayuan tuka skolah ke pusat t6 ke wlauon sya dh mula belaja d skolah t6 biasa

    BalasPadam
  34. Ckgu kolej t6 smk bandaraya 2 ada asrama kh?

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum cg kos apa je yang ada di smk petaling jaya

    BalasPadam
  36. Kalau sy SPM 2009 boleh ke memohon?

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum cg sekolah yang di sabah tu apa namanya? Ada asrama ?

    BalasPadam