About Me

Klinik Sofbol Manuel Bacarisas di Sibu

Selesai berpanasan di padang kerana Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 dan Kejohanan Sofbol KAT 2014 Peringkat Negeri Sarawak, ada satu lagi program sofbol yang berlangsung, iaitu Klinik Sofbol. Ini merupakan klinik sofbol yang pertama diadakan di Sibu sejak sekian lama. Atas usaha Cikgu Joshua Tingom (KV Sibu) dan juga Cikgu Syahmi Tan (KV Miri) maka berjaya jugaklah warga sofbol Sibu merasa pengalaman berharga ini.

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Sememangnya sudah terdapat semakin ramai pemain sofbol di daerah Sibu ini. Kehadiran bekas pemain sejak 2 / 3 tahun kebelakangan ini dalam hampir setiap kejohanan peringkat sekolah yang dianjurkan, memberi petanda baik dalam perkembangan sofbol di Sibu. Saya juga berharap suatu hari nanti, satu pasukan Sibu akan berjaya dibentuk atas kerjasama semua bekas pemain.

Bagi klinik sofbol ini, Coach Manuel Bacarisas telah dijemput sebagai penceramah. Beliau merupakan jurulatih sofbol pasukan SUKMA Sarawak yang beroperasi dari Miri. Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Coach Onee, merupakan bekas pemain sofbol pasukan kebangsaan Filipina. 

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Beliau juga bergiat aktif dalam memberi tunjuk ajar kepada pasukan-pasukan sofbol yang aktif bermain di daerah Miri. Kebetulan beliau juga baru pulang daripada Klinik Sofbol di Bintulu yang memakan masa sehingga 1 minggu.

Klinik sofbol di Sibu bermula pada pukul 2.30. Ramai juga pemain dan bekas pemain yang hadir, hampir seramai 20 orang. Ditambah lagi dengan kehadiran beberapa orang guru pembimbing dari sekolah lain sekitar Sibu dan juga guru-guru dari Kolej Vokasional daerah Kuching. Malah ada guru dari daerah Betong yang sanggup datang dari jauh bagi mengikuti klinik ini. Tahniah atas usaha anda!

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Dalam klinik tersebut, ada 2 kemahiran asas yang dikongsi oleh Coach Manuel Bacarisas, iaitu kemahiran pitching dan kemahiran hitting / batting. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, dengan slanga Filipina. Tahniah atas usaha beliau untuk mempelajari Bahasa Malaysia, sekalipun baru setahun 2 berada di Malaysia.

Jom kita tonton video tersebut kat bawah ini.







Kami guru-guru juga tidak melepaskan peluang mencuba sendiri teknik yang diajar. Ini bagi membolehkan teknik kami dibetulkan oleh Coach Manuel Bacarisas, dan dapat pula diajarkan kepada anak murid kami masing-masing. Mula-mula melucukan. Tapi lama-lama, makin bersemangat pulak.

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Yang bagusnya mengenai Coach Manuel Bacarisas ini adalah kerana beliau memberi peluang kepada semua pemain untuk mencuba teknik yang diajarkan. Jadi, setiap kesalahan pelajar dibetulkan serta merta, sebelum balik dan praktis di rumah. Cuma semasa mencuba teknik hitting / batting, kekangan masa menyebabkan ada sebahagian kecil pemain yang tak dapat peluang untuk mencuba.

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Maklumbalas daripada para pemain juga agak positif. Teknik yang diajarkan agak mudah difahami dan senang untuk dipraktikkan.

Saya berharap dengan adanya klinik ini, akan memberi peluang kepada pemain Sibu untuk terus bergiat aktif dengan sofbol. Juga berharap klinik seumpama ini diadakan lagi pada masa akan datang bagi membantu pasukan Sibu memperbaiki mutu permainan ke peringkat yang lebih tinggi.

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Akhir sekali, terima kasih banyak kepada Coach Manuel Bacarisas dan semua yang telah menjayakan klinik sofbol ini!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. hebat pasukan sibu sekarang..saya bangga menjadi bekas pemain smk bukit assek..tapi sya di uitm johor ni agak berduka cita kerana tiada permainan sofbol

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah.. mudah2an lebih hebat lagi pasnih..
      cuba lah cari kelab2 sofbol di sana dan cuba join
      pendek kata main sofbol nih memang best!

      Padam