.

.

KARTiKEL

Selasa, 25 Mac 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

KAT atau pun Kejohanan Antara Teknik merupakan antara kejohanan yang dinantikan oleh Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik. Ini kerana kejohanan yang menggabungkan beberapa jenis sukan dan permainan serta aktiviti seperti debat dan nyanyian. Bagi yang memenangi pada peringkat negeri, akan terus membawa saingan ke peringkat kebangsaan.

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Pada tahun ini, Kolej Vokasional Sibu (KV Sibu) telah menjadi tuan rumah kepada KAT Peringkat Sarawak. Ada 7 acara yang dipertandingkan, termasuklah sukan sofbol. Maka Cikgu Joshua Tingom pun secara tak langsung telah melibatkan kami, guru-guru penggiat sukan sofbol di Sibu sebagai umpire (pengadil). Tidak lah beberapa sangat ilmu di dada untuk menjadi umpire, tapi sanggup menerima kerana nak bantu Cikgu Joshua.
 
Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014


KAT untuk sofbol di Sibu ini disertai oleh 6 buah KV dan Sekolah Teknik seluruh Sarawak. KV Sejingkat, KV Matang, KV Betong, KV Sibu, KV Bintulu dan KV Miri. Yang dipertandingakan hanya lah bagi kategori perempuan sahaja. Buat pengetahuan, KV Miri yang mewakili Sarawak pada tahun lepas merupakan Johan bagi KAT Peringkat Kebangsaan 2013.

Pertandingan dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Johan bagi setiap kumpulan, akan terus ke Final. Manakala pasukan yang menjadi naib johan kumpulan akan ke pusingan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Seperti dijangka, KV Miri muncul Johan bagi kumpulan A, manakala KV Sejingkat muncul Johan bagi Kumpulan B. KV Matang pula naib johan kumpulan A dan KV Sibu naib johan kumpulan B.

Pertandingan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 menyaksikan KV Matang telah berjaya mengalahkan KV Sibu. Faktor picther merupakan faktor penentu kepada kejayaan pasukan ini untuk muncul sebagai pemenang.

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Manakala pada pertandingan final antara KV Miri dan juga KV Sejingkat, pertandingan sengit dapat disaksikan. KV Sejingkat bermain dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat tinggi dalam menentang pasukan bekas johan kebangsaan ini. Memang sengit! Namun akhirnya, pengalaman mengatasi segalanya. KV Miri muncul Johan sofbol KAT peringkat negeri Sarawak.

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang berlangsungnya kejohanan.

6 ulasan:

  1. wuaaaa...baru je rindu2an nk main sofbol..terbaik laaa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. he3... best kan Niesa main sofbol?.. teruskan minat anda k.. ;)

      Padam
  2. softball untuk murid perempuan je ke? murid lelaki tak ada yang minat ke cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak2.. ada Azwan.. cuma untuk pertandingan ini, tak ditawarkan kategori lelaki.. ;)

      Padam
  3. teknik johor bahru juga aktif dalam permainan sofbol. semoga ada rezeki berjumpa dalam KAT peringkat kebangsaan 2014 pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. ada gank!.. ;)
      InshaAllah ble jumpa tu

      Padam