About Me

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 - 21 Mac yang lalu. Tempat pertandingan masih dikekalkan, di SMK Bukit Assek kerana lokasinya yang strategik. Seperti biasa, pasukan sekolah saya menyertai dengan 2 kategori, iaitu lelaki 18tkb dan juga perempuan 18tkb.

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Sesi latihan telah bermula sejak awal Februari lagi. Apatah lagi dengan ketiadaan ramai pemain senior, maka saya merasakan wajar untuk saya memulakan latihan lebih awal dari biasa. Kali ini, saya tidak lakukan sesi pemilihan pemain. Pesanan saya kepada pelajar, jika anda berminat nak main sofbol, sila turun sesi latihan. 

Kemudian semua pelajar yang turun selama berminggu-minggu, saya pilih sebagai pemain sekolah. Sekalipun ada pelajar yang lebih berbakat, namun perkara utama yang jadi faktor pemilihan saya adalah KOMITMEN TERHADAP LATIHAN!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Bimbang juga saya pada mulanya, memandangkan majoriti daripada pemain yang saya pilih, adalah pemain baru yang kurang pengalaman. Mereka hanya ada pengalaman bermain sofbol semasa Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan dan juga Karnival Sofbol Merdeka Sibu. Namun saya tetap meletakkan harapan positif terhadap mereka. 

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Bak kata orang, nak mengekalkan kejuaraan sebenarnya jauh lebih susah daripada nak mendapatkan kejuaraan. Sebagai rekod, alhamdulillah pasukan lelaki sekolah saya memegang rekod kejohanan peringkat Sibu untuk tempoh 6 tahun berturut-turut. Lebih manis lagi, dengan rekod tanpa kalah!

Pada hari pertandingan, permainan awal menentang pasukan Dragons Sibu Jaya telah berjaya menundukkan pasukan tersebut dengan skor 4 - 0. Bermain sehingga inning ke-5, permainan dihentikan atas faktor masa setelah pasukan Dragon Sibu Jaya tidak mampu mengejar lagi, sekalipun pasukan kami masih berbaki 1 kali lagi giliran memukul.

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Permainan kedua adalah menentang pasukan Bukit Lima. Keyakinan setelah berjaya menundukkan Sibu Jaya, menyebabkan pemain telah bermain dengan lebih baik. Kali ini, mengalahkan Bukit Lima, 16 - 0. Akhir sekali, berjaya mengalahkan pasukan Bukit Assek dengan skor 8 - 1.

Pasukan perempuan tak kurang hebatnya. Memulakan langkah dengan mengalahkan pasukan Sibu Jaya 21 - 1, kemudian mara mengalahkan pasukan Bukit Lima, 16 - 8 sekalipun 2 inning yang pertama sudah ditinggalkan pasukan lawan. Namun berjaya bangkit dan menewaskan pasukan lawan dengan agak selesa.

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Perjuangan diteruskan dengan mengalahkan pasukan Bukit Assek 8 - 1. Perlawanan akhir menentang pasukan yang memberi saingan, pasukan Chung Hua, juga menyaksikan pasukan sekolah saya berjaya menewaskan mereka dengan skor 10 - 0.

Agak menggembirakan kejayaan kali ini, memandangkan kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan menunjukkan prestasi yang cemerlang. 

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Pasukan lelaki terus mengekalkan kejuaraan buat kali ke-7 serta rekod tanpa kalah. Manakala pasukan perempuan pula berjaya meraih semula kemenangan setelah hampir 4 tahun tidak pernah muncul Johan. 

Hadiah terbaik daripada mereka-mereka yang tidak pernah dijangka!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!


Keputusan akhir kejohanan adalah seperti berikut

Lelaki 18tkb
Johan : SMK Luar Bandar No.1 Sibu
Naib Johan : SMK Sibu Jaya
Ketiga : SMK Bukit Lima

Perempuan 18tkb
Johan : SMK Luar Bandar No.1 Sibu
Naib Johan : SMK Chung HUa
Ketiga : SMK Bukit Assek


Seramai 7 orang pemain lelaki telah terpilih mewakili bahagian Sibu untuk ke peringkat negeri yang akan berlangsung di Mukah pada hujung April nanti. Manakala bagi pasukan perempuan, belum ada kepastian sama ada pasukan akan dihantar atau pun tak.

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

InshaAllah kami akan usahakan bagi mendapat keputusan yang lebih baik di peringkat negeri nanti. Doakan jugak yer! ;)

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. congratulation cikgu! yang pasti muka anda makin gelap okeh.boleh geng!.hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Nurul!.. memang dah gelap terbakar giler nih... ;)

      Padam
  2. Assalamualaikum cikgu.. Tahniah! anak murid cikgu berjaya. Cikgu, saya wakil pelajar IPTA di utara.. Saya dan rakan2 mempunyai tugasan yang memerlukan blog cikgu sebagai rujukan. Saya wakil rakan-rakan saya ingin meminta kebenaran cikgu untuk menggunakan blog cikgu sebagai rujukan. Tetapi, saya mempunyai satu permintaan. Saya ingin mendapatkan details2 cikgu seperti tempat latar belakang pendidikan dan serba sedikit tentang latar belakang cikgu. Harap cikgu boleh berkongsi dengan kami dan membantu kami menyiapkan tugasan ini. Terima Kasih cikgu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. terima kasih.. Bella boleh hubungi cikgu melalui pm facebook page atau pun emel.. ;)

      Padam